lima

Romance Series 4901

Jelas terpampang keceriaan di wajah Puan Asyikin setelah Reen dan Jazz sah bergelar suami isteri. Senyuman tidak lekang dari bibir wanita itu.

Reen mengekori langkah Jazz, bertegur sapa dengan tetamu yang hadir. Majlis pernikahan itu cuma dihadiri oleh saudara terdekat dan kenalan rapat keluarga Jazz. Sesekali Jazz menarik tangan Reen agar berdiri rapat di sebelahnya.

"Wah, kau! Tak pernah cerita pun pasal awek. Tup tup potong queue! Aku yang bertunang, kau yang kahwin dulu!" seloroh Shafik, rakan sekerja Jazz.

Jazz senyum. "Jodoh jatuh dari langit," balasnya selamba. Pinggang Reen diraih membuatkan gadis itu terkedu seketika. 'Eh nak kena karate ke mamat ni? Main sentuh-sentuh pulak aih!"

Reen sengih terpaksa. "A'ah jatuh dari langit. Nasib baik ada superhero sambut. Kan sayang?" tangannya memaut bahu Jazz. Giliran lelaki itu pula yang terkedu. 'Boleh tahan berani dia ni ya.'

Matanya melekat di wajah gadis yang sedang tersenyum manis itu. 'Hm... ada lesung pipit sebelah kanan.'

Leka Jazz merenung hingga bahunya ditepuk Shafik.

"Agak-agaklah kot iya pun. Boleh berlubang muka wife kau kena tenung macam tu."

Reen ketawa. "Tengok i takpe. Jangan tengok perempuan lain sudah."

**********

"Tak rimas ke bertudung dari tadi?" soal Jazz yang tak lepas memerhati gelagat Reen. Kejap ke sana kejap ke sini.

Reen yang sedang memunggah baju dari luggage menoleh sekilas. Tudung di kepala dibetulkan biar rapi. "Saya takut kalau saya buka tudung, nanti ada yang terpegun dengan kecantikan saya ni," ujarnya selamba.

Jazz mencebik. "Tak kot. Bukan tak pernah nampak rambut awak. Biasa je."

'Wah! Jujurnya suami aku ni!' Reen menjeling geram. "Dah tu biar jelah saya pakai tudung 24 jam biar tak mengganggu ketenteraman awak!"

Jazz mengulum senyuman. "Nanti tolong tutup lampu tu. Saya ngantuk, nak tidur."

"Eh, habis tu saya nak tidur mana kalau awak tidur atas katil?"

Jazz buka mata sedikit. "Ikut suka awaklah. Sofa ada. Lantai ada. Bathtub ada."

Reen mencebik geram.

"Kalau tak takut, boleh tidur sebelah saya ni." tambahnya lagi sambil kembali memejamkan mata.

Reen melabuhkan punggung di sofa sambil menghidupkan tv. Dari satu siaran ke satu siaran ditekan, namun tiada yang menarik perhatiannya. Akhirnya dia terlelap di situ.

Tidur Reen sedikit terganggu saat tubuh diangkat. Dalam keadaan separuh sedar, dia memaut leher Jazz. Bersandar manja ke dada bidang lelaki itu.

Jazz tahan nafas, cuba menahan debar di dada.

"Mmm..." gadis itu merengek saat tubuhnya dibaringkan di atas tilam. Jazz ketap rahang.

"Ayam golekkk... mmm... dap."

Allahu!

**********

Pagi itu Reen tersedar dari tidur dan mendapati dirinya berada di atas katil. Cepat-cepat dia menyentuh tubuhnya dari atas hingga ke bawah, memastikan pakaiannya masih berada di tempat asal. Dia meliarkan pandangan ke sekitar bilik dan mendapati Jazz sedang mengerekot kesejukan di atas sofa.

'Aik? Dia angkat aku letak kat katil ke? Macam mustahil.' Kepalanya digaru. 'Ke... aku yang angkat dia letak kat sofa? Lagilah mustahil.'

'Sejuk ke tu? Alolo kesiannya.' Reen menarik selimut lalu menebarkannya ke atas tubuh Jazz. Gaya seorang nelayan menebar jala di laut.

Usai solat subuh dia bergegas mengejutkan Jazz. Kaki lelaki itu dicucuk-cucuk dengan hujung jari.

"Bangun, solat."

Tiada reaksi.

"Bangun yaaa makhluk Allahhh..."

Wajah lelaki itu berkerut sedikit.

"Maa rabbukaaaa..."

"Maa nabiyyuka..."

"Maa dinuka..."

"Maa imamuka..."

"AINA QIBLATUKA!" suaranya dikuatkan.

Bulat mata Jazz dek kerana terkejut. Bingkas dia duduk dan meraup wajah beberapa kali. Reen sudah mengekek ketawa, geli hati melihat reaksi suaminya.

Mereka perlu bersiap untuk majlis resepsi yang akan berlangsung jam 11 nanti. Reen pula perlu menadah muka untuk disolek sejam lebih awal.

Selepas siap bersolek, dia menyarung baju pengantin dari kain songket berwarna ungu itu. Malangnya zip pula tersangkut. Terkapai-kapai Reen cuba membetulkan zip di belakang bajunya.

Telinganya menangkap bunyi tapak kaki seseorang. "Kak Pia, tolong kejap. Zip ni sangkut la, kak."

Tiada jawapan. Tapi Reen tahu Kak Pia sedang menghampirinya. Terasa jemari Kak Pia sesekali tersentuh belakang tubuhnya yang terdedah. "Boleh tak?"

Senyap.

"Awat akak tiba-tiba jadi bi..." Reen berkalih posisi. "...su."

Jazz telan liur.

"Laa... awak rupanya." Reen acah-acah tenang walhal jantungnya terasa bagaikan mahu tertanggal!

Pintu bilik terbuka. Tersembul wajah Kak Pia, jurusoleknya, sambil membebel. "Akak ni makin nyanyuk agaknya. Suka sangat tertinggal barang. Bawak barang ni, tertinggal barang tu. Haihh! Dah la parking sikit punya jauh. Nuuunn hujung alam tu."

"Ni dah kenapa keras kejung pengantin 2 orang ni? Kena sumpah jadi patung lilin ke?"

Akhirnya Reen ketawa. Lucu mendengar celoteh Kak Pia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience