lapan belas

Romance Series 4901

'Huu... dia ingat aku hantu. Teruk sangat ke muka aku ni...' Reen hentak-hentak kaki, geram! Dia merebahkan tubuh. Baru sekarang terasa letih dek menempuh perjalanan panjang siang tadi.

Tidak lama kemudian, dia terlelap.

Jazz yang baru selesai mandi memandang hairan ke arah Reen yang sudah terbaring kaku. 'She looks so real.'

Jazz merapati katil. Direnung wajah Reen lama. Dia rindu. Rindu yang teramat hingga siang malamnya ditemani bayangan Reen.

"You look like her. Sound like her. Even smell like her." Jazz mencium hujung rambut Reen. Dia tewas dalam kerinduan yang meracuni akalnya.

Tubuh Reen dipeluk erat.

**********

Pagi itu Jazz turun ke meja makan dan 'bayangan' Reen sudah duduk tegak di situ memandang ke arahnya. Jazz hanya menjeling sekilas.

"Jazz, breakfast?" sapa Puan Asyikin sambil menatang teko berisi teh o panas.

"Nak minum sikit je, bu."

"Reen tolong tuang air ni. Ibu nak cedok nasi goreng jap."

Bulat mata Jazz memandang ke arah ibunya. "You can see her?"

Berkerut dahi Puan Asyikin mendengar pertanyaan itu. "Of course I can see her, you silly!" malas Puan Asyikin hendak melayan kerenah Jazz. Terus saja dia berlalu dari situ.

Mata Jazz kembali tertancap pada Reen.

"Minum, abang." tegurnya bersama senyuman manis.

Jazz mendengus. Dia bingkas bangun dan melangkah pergi. Reen mengejar langkahnya hingga ke luar rumah.

"Awak!" Reen cepat-cepat capai hujung jari Jazz. Jazz berhenti melangkah kemudian berpaling merapati Reen. Rahangnya diketap geram.

Reen kaku. Tidak tahu apa yang harus diucapkan. Dia tahu Jazz sedang marah.

"Kenapa balik?" soal lelaki itu, dingin.

"Jade kata abang tak sihat. Sebab tu Reen-"

"Saya sihat walafiat." balasnya dingin. Bukan dia tidak gembira dengan kepulangan Reen. Cuma egonya minta dipujuk. Ya, Jazz merajuk. Ikutkan hati mahu saja dipeluk cium gadis itu sepuasnya. Tapi dia masih belum dapat memaafkan Reen kerana menghilang begitu saja.

Reen buat muka comel. "Reen nak minta maaf."

'Alah alah dia buat cute pulaaakkk.' detik hati Jazz. "No need. Awak tak salah apa pun. Kenapa nak minta maaf pulak."

"Abaanggg..." rengeknya manja.

'Aduhaiii...' Jazz tahan debar di dada. Cepat-cepat tangannya ditarik dari genggaman Reen.

"Abang, nak hug!" Reen mendepakan tangan. Jazz masih buat keras. Permintaan Reen dibiar sepi dibawa angin pagi.

Jazz sumbat telinga dengan earpod sambil menyarung kasut ke kaki. Sejak Reen menghilangkan diri, sudah jadi rutin harian Jazz untuk keluar berjogging setiap pagi. Setidaknya jiwa yang kusut itu dapat ditenangkan seketika.

"Abang cepat balik ya!" teriak Reen. Matanya memerhati kelibat Jazz yang semakin jauh.

Jazz senyum dalam diam. Hatinya tak henti-henti mengucapkan syukur. Doanya telah dimakbulkan.

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-15 14:06:17 

Next please tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience