enam belas

Romance Series 4901

Dua bulan berlalu.

Jade mengecilkan mata melihat susuk gadis yang berdiri tidak jauh darinya. 'Macam kenal...' bisik hatinya. Perlahan langkah diatur.

"Jade? Where are you going?" tegur Kyra, isterinya. Jade terus menyusun langkah seolah-okah tidak mendengar panggilan Kyra.

"Reen!" bahu gadis itu dicengkam kasar. Reen terkejut. Spontan penyapu di genggamannya dihayun ke kepala Jade. Mujur saja lelaki itu pantas bertindak. Penyapu ditepis hingga terpelanting ke dinding.

Jade menyebak helaian rambut ke belakang. "That was close!" mata kembali dipaku ke gadis dihadapannya. "Kerja sini ke?"

Reen kaku, melopong.

Kyra pantas mendapatkan suaminya. "Jade..." lengan Jade dipaut lembut. Jade tidak mengalih pandangan. "Who is she?"

Reen pandang keduanya silih berganti. Otaknya ligat bekerja, cuba mencari alasan untuk pergi dari situ.

"This is Reen. My beloved sister in law." Jade menekan suara. Begitu sinis bunyinya.

Kyra tergamam. "You mean-"

"Yes. She's the one... leaving my brother behind after messing up with his head... and heart."

Reen tertunduk.

"Balik, Reen. Jazz cari macam orang hilang akal. Sampai accident!"

Reen angkat muka. Riak wajahnya terkejut. "Accident?" terketar suara yang keluar.

Jade mengeluh dalam. "Dia injured teruk. Hospitalized for three weeks."

Mata Reen bergenang.

"He can't walk. Got fired from work. Hidupnya a total chaos. He refused to go to therapy session. Dia berkurung dalam bilik. Balik, Reen. Kesian Jazz. Kesian ibu." suaranya kembali lembut, memujuk.

**********

"When did Jazz got into an accident?" Kyra menyoal perlahan, separuh berbisik sebaik mereka berada agak jauh dari Reen yang
masih berdiri kaku di tempat tadi.

Jade menyentuh pipi gadis bermata hijau itu. "I lied." sengih nakal tersungging di bibirnya.

"Are you playing cupid?"

Jade angkat bahu.

**********

Reen teragak-agak mahu menekan loceng. 'Betul ke apa aku buat ni...' monolognya sendirian.

Selepas pertemuannya dengan Jade di resort semalam, Reen jadi tidak tenteram. Sudahnya dia ambil keputusan untuk kemas beg, naik bas dan kembali ke rumah itu. Sempat dia memaklumkan pada penyelianya yang dia ada kecemasan di kampung.

Pasti penyelianya sedang merungut geram.

Lama Reen berdiri di luar pagar rumah itu. Adakah ibu masih dapat menerimanya? Dan Jazz... dapatkah lelaki itu memaafkannya?

Bunyi hon dari arah belakang mengejutkannya. Tercampak beg yang dipegang dari tadi. Cepat-cepat dia kutip beg itu lalu berganjak ke tepi, memberi laluan.

Puan Asyikin meluru keluar dari kereta. "Reen!" tubuh gadis itu dipeluk erat. Reen tidak dapat menahan air matanya lagi.

"Reen minta maaf, ibu. Reen minta maaf." tangisnya sayu.

"Where have you been?" pipi Reen dipegang dengan kedua belah tangan. "Look at you... susut dah badan ni. Tak cukup makan ke?" tubuhnya kembali dirangkul.

"Reen minta maaf..." hanya itu yang mampu terluah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience