Kecoh satu tempat itu dengan berita kehilangan Athena. Selepas dapqt tahu yang Athena telah hilang mereka senua di situ telah digesa untuk ke tempat kejadian. Cuba cari dan kesan ke mana Athena telah menghilang.
Namun begitu, setelah luangkan masa mencari selama berjam di situ,satu jejak pun tidak di temui.
Lantas mereka yang bertanggungjawab meletakkan alat penjwjak pada pakaian combat Athena mulakan pencarian mereka melalui alat penjejak itu.
Setelah peroleh maklumat yang diperlukan, baru lah di pertanggungjawabkan dalam sesi pencarian itu laporkan hal itu.
"Macam mana, kamu dapat kesan dimana Athena?"soal Gilbert tanpa alihkan mata daru bacaannya.
"Sudah tuan."jawab Darius.
"Di mana dia?"Gilbert angkat kepala.lantas memandang Darius.
Buat beberapa saat Darius kelihatan teragak-agak untuk menjawab. Namun setelah itu dia berkata. "Kubu dimana Ryder berada."
Kening Gilbert mencerun tajam, dia buat muka tak percaya. "Apa dia?Kubu Ryder?"soal dia sekali lagi.
Darius telan air liur sambil mengangguk kepala. Nesti orang tua ni akan naik angin teruk!
"Ryder yang culik Athena?Lelaki tu tahu dari mana Athena anak saya?Dia cuba balas dendam apa?"soal Gilbert lagi dengan marah.
Darius tak cakap apa-apa. Dia hanya tunduk.memandang ke lantai.
Bertahun lama dah Gilbert bermusuhan dengan organisasi Robin Hood ni.
Sejak bertahun lama, organisasi Robin Hood tak pernah tak gagal dari sabotaj projek dan rancangan niaga mereka. Ada saja halangannya.
Iau pertukaran wang dengan senjata la
Pemerdagangan sumber manusia lah
Pencetakan wang haram la
Penjualan dadah dan sebagainya
Semuanya berjaya di halang oleh organisasi Robin Hood. Satu-satunya oramg yang berani macam-macam dwngan Gilbert!
Sebab itu la Gilbert anti pada mereka terutama sekali ketua organisasi tersebut, Ryder. Ya...pemuda yang hampir seusia dengannya itu. Dibenci dan tidam disukai oleh Gilbert.
Sehingga sekarang, Gilbert tak pernah berhenti untuk cari dimana lokasi kubu persembunyian organisasi Ryder..Untuk takluk tanah organosai tu dan hapuskan musuhnya once for all!
BANG!
Permukaan meja di tumbuk kuat dengan Gilbert.
Darius hanya angkat kepala dan pandang ke Gilbert dengan renungan kosong.
"Jadi dia yang rancang semua ni?Dia perangkap saya untuk dapatkan Athena?Sebab dia tahu Athena akan datang ke situ?"Gilbert berdiri. Wajahnya bengis dan menakutkan. Kepalan penumbuk jelas kelihatan di keuda-dua tangan tu.
Darius angguk kepala satu kali. Habis la!
"Ya tuan, dan saya jugak dapat tahu bahawa mereka la yang bertanggungjawab di atas serbuan tempoh hari."jawabnya dengan teragak-agak. Patutnya dia rahsia saja yang sebenarnya dari awal lagi Ryder cari Athena. Kalau dia beritahu makin rumit pulak ceritanya!
Hidung Gilbert kembang kempis menahan diri dari mengamuk di situ, dia mencekak pinggang sambil memandang Darius. Penyangak tu kan...dari dulu sampai tak pernah berhenti dari cari masalah dengan dia la! Dan sekarang Athena pula yang di cari pasal dengan!
"Cari Athena sampai dapat. Saya mahukan anak saya semula tak kira apa sekalipun caranya. Dan bila kamu dapatkan Ryder tak guna tu. Sediakan semua orang dan kita akan serang pangkalan dia!" bentak Gilbert lagi.
Darius angguk kepala patuh. Sesuka dia Athena tiada, suka lagi dia kalau bosnya ini senang hati. Yalah, dari marah je sepanjang masa dan di bentak, dia prefer lagi Athena ada di sini. Tak ada la orang tua depannya ini marah-marah.
Gilbert henyak punggung dengan marah di kerusi itu lalu sandar ke kerusi. Dia tenung skrin monitor tidak menyala itu dengan kening mencerun. Dadanya naik turun kerana berang. Nafasnya deras! Sesiapa boleh cari pasal dengan dia! Tapi jangan melibatkan anak-anaknya!
Share this novel