Jam tangan.
Spygun.
427.
Dua set sarung tangan bilah pisau automatik.
Pisau belati.
Ear in jarak jauh.
Semua tersusun kemas atas almari lepas mereka selongkar badan tu semasa bersedia.
Dan bila tangan-tangan itu mula pegang jaket di badan Athena, terus dia yang perhatikan jadi tak senang hati hingga buatkan secara refleks dia bersuara.
"STOP!"
Begitu lantang Ryder lontarkan suara dia sampai buatkan semua di situ terperanjat, termasuk Athena sendiri.
Tiga kepala pandang ke Ryder dengan serentak dengan mata bulat masing-masing.
Dah kenapa tiba-tiba bentak macam tu? Itu la muka mereka beritahu masa pandang lelaki yang mengenakan t-shirt putih lengan pendek dan slack combat hitam tu.
Ryder yang sedar dia terlebih reaksi pandang Athena dan dua orang staf perubatan lelaki di situ silih ganti dengan janggal.
"Ya tuan?"soal staf perubatan pertama.
Athena berkerut kening tak faham.
"Ada apa-apa ke yang tuan mahukan?"tanya staf perubatan kedua pula.
Ryder mendiamkan diri buat seketika. Dia buat muka berfikir dalam dilema dia sambil tu.
"What!?"soal Athena dengan geram. Makin lama dia tunggu semakin menipis dinding kesabarannya.
Ryder buat muka tak selesa dia lalu berkata. "Tak ada la...aku just...kau tahu.."katanya teragak-agak.
Dua orang staf perubatan tu berkerut kening sewaktu memerhati tuan mereka yang satu ni. Apa lagi yang tak kenanya ni?
"Tak..tak...gagap terus dah?Cakap betul-betul tak boleh ke?Budak tadika pun petah bercakap la."cebik Athena kejengkelan.
Mereka pandang terkejut ke Athena pula bila tengok keberanian Athena cakap dengan Ryder macam tu. Dekat sini orang lain tak berani nak pandang mata apalagi lawan kata Ryder. Ini..boleh pulak selamba je perli...Hebat!
Ryder yang berdiri dekat penjuru bilik tu terus dekati katil rawatan sebelum berdiri di situ. Sebelum berkata dia melepaskan hela nafas kesalnya. "Aku tak boleh biarkan dia orang undressed kau macam tu je...kau perempuan..dia orang lelaki.."ujarnya.
"Hah?"nganga Athena. "I'm literally dying at here and you say what?"tanya dia dengan muka tak percaya. Time macam ni sempat lagi nak rasa insecure? "Kalau macam tu panggil la nurse wanita. Suruh dia orang yang rawat."
Ryder pandang ke wajah pucat Athena yang basah dengan peluh dingin dan kesan air hujan itu. Memang la mereka telah lama berpisah, tapi sisa perasaan dia pada Athena tetap ada lagi. Sebab itu la...." Aku tak ada staf wanita dekat sini. Majoritinya lelaki. Kalau ada pun tukang masak je."
Berasa dumnfounded dengan jawapan itu, Athena pandang ke staf lelaki yang berdiri dekat depan dia dengan renungan tak berminat. Memang tebiat! "Kalau macam tu tak payah rawat aku. Biar aku mati dekat sini sebab kehilangan banyak darah."katanya dengan nada mengalah.
Staf perubatan dua orang tu pandang bingung ke Ryder. Apa nak buat ni?
"Tuan?"
Ryder pandang stafnya dengan kening berkerut tak sukanya lalu lambai tangan mengalah ke mereka dengan muka jengkel.
"Fine...teruskannya."arahnya.
Tanpa berlengah mereka pun gerak untuk tanggalkan jaket dari badan Athena.
Tertanggal saja jaket tu, mereka dapat lihat bahu kiri Athena sehinggala singlet yang dipakai sudah pun basah dengan kesan darah. Tangan jangan cakap, dah kotor teruk.
Bila Athena gerakkan tangan dia untuk keluarkan lengannya dari jaket tu, dia dah berdesis kuat sebab sakit sampai pejam mata dan gigit bawah bibir dibuatnya. Dia tak fikir malu ke apa dah! Apa yang penting bahu dia di selamatkan dan rasa sakit dia ni hilang!
Sumpah!
Memang dia pencen jugak lepas semua ni selesai! Tak sanggup dah nak hadap semua sakit ni!
Tak nak!
Share this novel