Sebenarnya dari awal lagi dia tak gemar sangat dengan anak kandung bosnya ni. Kali pertama jumpa dia boleh rasa yang anak bosnya ini hanya akan bawah masalah dan musibah dalam hidup dia.
Serius.
Dia tak suka.
Kalau bukan di sebabkan rasa hormat terhadap bosnya lama dah dia maki perempuan perasan bagus dan menjengkelkan depannya ni.
Apa isu perempuan ni sebenarnya?
Hah?
Apa masalahnya sampai nak jengkelkan dia sepanjang masa.
Sehari dua boleh tahan lagi...ni dah masuk berminggu lamanya!
WargGHhh!!!??
"Are f*cking kidding me?"sebut Darius dengan muka dumbfounded lepas tengok ruang pejabat yang biasanya tersusun dan kemas kini bersepah dan penuh dengan pelbagai objek dan sampah!
Penat dia belum hilang lagi lepas balik dari meeting dengan tengok barang , bertambah dia tengok semua ni!
"Athena!Kenapa dengan awak ni!"marahnya sambil tunduk mengutip tin minuman dan bungkusan makanan ringan dari la tai berkarpetnya. Habis kotor dengan serbuk dan cebisan makanan.
"Oh...dah balik ke?awalnya?"balas Athena yNg sedang baring di atas sofa sambil main permainan melalui ipad yang di pegang. Plastik cip kentang ada di atas dada.
Darius melepaskan dengusan kasar. Dia campak tin dan plastik ke atas badan Athena. Sabar dia dah sampai tahapnya. Dia fed up melayan kerenah Athena yang tak ubah macam budak-budak!
"Hei!"sentak Athena bila terasa dengan balingan tu. Terus dia bangun dari perbaringannya dan menghadap Darius."What the hell was that for?"soalnya dengan muka marah.
Darius apa lagi, terus dia berdiri melangit depan Athena dengan mendabik dada. Ingat dia takut ke...dah la badan tu kecik, nak banding dengan dia, sekejap dia boleh baling Athena ke lantai. "Apa?Marah?Itu yang saya rasa sekarang ni!"luah dia akhirnya.
Athena buat muka sambil kuak rambut panjangnya ke belakang lalu mencekak pinggang sebelah. "Kau marah?Asal kau marah?Aku buat apa sampai buat kau marah?"tanya dia yang saja buat tak tahu walaupun dia tahu apakah ia.
Darius tunduk memandang wajag Athena dengan kening mencerlung tak faham. Harap saja muka cantik tapi perangai tak guna! "Awak tanya saya apa yang buat saya marah?"tanya dia dengan nada perlahan sebab tak kuasa nak tinggikan suara kerana kepenatan.
Hari-hari macam ni! Muak dia.
Athena dongak sebab nak samakan paras mata dia dengan Darius. "Apa?"
Perlahan-lahan Darius dekat muka dia ke depan muka Athena. Sambil tu matanya gerak memandang mata dan bibir tu. Sebaik kepalanya di sengetkan sedikit, Darius berbisik depan bibir tu.
"Kalau ini cara awak nak buat saya bencikan awak dan lampiaskan rasa jelous awak terhadap saya kerana ayah awak lebih favour saya, saya pesan pada supaya berhenti. Ianya tak bawa apa-apa faedah pun. Saya penat awak penat. Dua-dua tak menang tak kalah." ujarnya.
Air muka sassy berlagak dan yakin Athena terus jatuh lepas dengar. Tangan dia yang mencekak pinggang tadi jatuh ke sisi kerana terkejut. Macam mana Darius tahu? Mamat ni ada kuasa psikik ke?
Menyedari yang dia tepat mengenai sasaran, Darius tarik senyuman sinis meleret penuh kemenangannya. "Saya tak kisah apa awak buat...yes saya annoying dengan apa yang awak buat tapi itu tak bermakna saya akan mengalah. Awak tak patut main dengan api Athena...nanti melecur kalau terbakar.." selorohnya dengan penuh sindiran.
Nak cabar siapa naik angin dulu.
Call.
Dia akan join.
"Hahaha..."ketawa Athena tiba-tiba sambil lemparkan kepala ke belakang sekejap lalu memandang Darius semula. "Apa dia?Apa kau cakap tadi?Aku jelous?"tanya Athena dengan sisa ketawa dia. "Excuse you...tak kuasa la." nafi Athena sambil silangkan tangan ke dada.
Darius ikut senyum, dia dekatkan lagi wajahnya ke muka Athena.
Bila mereka terlalu dekat, Athena jarakkab kepalanya ke belakang sambil pandang muka Darius atas bawah.
"What ever you say..."hembusnya depan muka Athena sebelum gerak ke meja kerjanya. "Now clean up my space or else you in trouble." arahnya sambil sepak ke tepi majalah yang terbalik dekat atas lantai sambil tu.
"Tak nak!"protes Athena. "Kau punya bilik, kau kemas sendiri..."dia berpaling untuk keluar dari situ.
Darius sambil bersahaja taip sesuatu dekat keyboard pun berkata. Nak melawan dia sangatkan."Fine...kalau macam tu terpaksa la saya beritahu Ryder yang awak ada di sini."
Dengar saja nama tu, Athena cepat-cepat palingkan kepala. Dia buat muka tak boleh blah.
"Apa?!"Macam mana Darius tahu?
"Ryder...saya tahu tujuan awak ke sini sebab nak larikan diri dari dia lepas awak selesaikan misi awak hari tu kan....?"Darius pandang skrin monitor meneliti emailnya sambil bercakap.
Mukut Athena terbuka sedikit kerana tergamam. "Macam mana?"soal dia sedikt bingung.
"Semua orang tahu, Ryder sebarkan sesi pencarian ke setiap organisasi yang ada." Baru la Darius pandang ke Athena. "So awak patut layan saya elok-elok bukan sakitkan hati saya. Kalau bukan disebabkan saya cover jejak awak, mungkin awak bersama dengan dia sekarang..."
Berasa cuak mendengarnya, Athena gerakkan mata dia ke kanan dan kiri. Serius! Sampai ke tahap ni Ryder cari dia? Marah betul lelaki tu.
Lantas Darius menjungkit bahu dan kembali pandang ke skrin monitor. "Kalau awak tak nak kemas. Tak apa la. Syaa call dia dan beritahu Ryder keberadaan awak. Biar dia bawa awak pergi dari sini. Tak adalah saya hadap perangai annoying awak lagi."
Athena terus menempik. "Fine!Kau tutup mulut kau! Aku kemas!"kalut Athena berkata.
Berasa puas hati, Darius sengih meleret sambil tekan tetikusnya. Dari ekor matanya pada masa yang sama, dia nampak Athena tertunduk-tunduk kemas sepah di situ.
Share this novel