Part 3

Action Completed 8842

"Kau nak ke mana?"soal Aria sekali lagi semasa letakkan hidangan dekat atas meja.

Mata Athena melirik ke hidangan di atas meja depannya sebelum topang pipi memandang kakaknya pula.

"Denmark."jawabnya.

Pada masa itu la Blade muncul sambil mengendong anak kecil. "Eh..Athena. Bila balik sini?Bukan ke kamu ada di Bali?"soalnya sewaktu duduk di kerusi sambil tepuk belakang si kecil.

"Semalam..."jawab Athena bernada kesal. Tak pasal-pasal cuti dia spoilt. "And saya tak balik sini by myself willingly."

Aria dekati Blade lantas dukung anak kecilnya ke dalam pelukan supaya suaminya dapat makan. "Kau nak aku uruskan Menteri Peperangan tu ke?"soalnya.

"Tak payah..."Athena pandang anak buahnya yang baru saja masuk 9 bulan dekat pelukan Aria. Tak nak dia libatkan Aria dengan urusan kerjanya lagi-lagi baru dapat anak kecik macam ni. "Kau jaga la anak kau...biar aku uruskan kerja aku sendiri."

Blade capai makanan dekat pingan lauk lalu diletakkan ke dalam pinggan makanannya. "Kalau nak boleh je saya tolong.."ajunya sambil tu.

Athena geleng kepala. "It okay..."

"Mama call...dia suruh kau jumpa dia. Dia try call kau tapi kau tak pernah nak angkat." maklum Aria  sewaktu mengesat air liur yang mengalir di mulut anaknya dengan tisu.

Terus Athena pandang cergas ke Aria. Yalah!Mama dia. Hari tu dia janji nak jumpa. Sekali tu terlajak bercuti dekat Bali sampai lupa janji dia.

"Alamak..."terus Athena tepuk dahi. "Aku lupa pulak.."

Blade yang sedang menyuap makanan dalam mulut menggeleng kepala sambil tersenyum.

Anak kecil Aria terkutik lalu merengek kecil taktala Aria letakkan semula ke bahunya."Apa yang kau lupa?"terus belakang badan tu di tepuk lagi sebab nak sendawakan si kecil lepas minum susu dengan Blade tadi.

"Aku ada mintak tolong mama pasal sesuatu. Dia janji dia akan tolong kalau aku teman dia sama beberapa hari lepas, tapi aku lupa sebab aku ada dekat Bali sepanjang masa tu." cerita Athena.

"Call la dia balik kalau macam tu...kau tu pun satu, dah ada telefon tapi tak di gunakan. Better tak payah ada telefon. Buang masa je dan sakitkan hati orang."cebik Aria.

Menjeling geram Athena lepas tu. Dia pandang tak puas hati ke Aria. Dah kahwin ke dah ada anak ke sama je perangai kakak dia yang satu ni. Tak ada berubahnya. Masih lagi menyakitkan hati seperti biasa. Dasar mak nenek!

"Untung Ryan ada dekat sini..kalau tak lama dah aku maki kau.."tunding Athena ke anak kecil Aria tu sambil menjegil mata ke Aria.

Tersengih jahat Aria, tahu tak apa. "Maki la kalau nak...kau ingat aku nak terasa...?"

Blade dekat situ hanya pasang telinga. Perbalahan dua beradik ni dah jadi kebiasaan buat dia selama dua tahun ni. Malah dia tak kisah kalau dua beradik ni nak bertekak macam anjing dan kucing. Sebab semua ini la yang akan rapatkan jurang antara Athena dan Aria.

"Memang la kau takkan terasa...kau kan mana ada hati.."cebik Athena dengan jelingan menyampah.

"Kau tahu...kalau Ryan tak ada dekat tangan aku sekarang, lama dah aku smack down kau dekat sini..."ketap Aria yang mulai merinding kejengkelan.

Athena ketawa buat-buat. "Hahaha...mari la. Lama dah aku tak belasah kau sebenarnya..aku sabarkan je selama ni sebab kau pregnant. Now...boleh je.."lengan bajunya di sinsing naik ke siku. Sedia nak bertarung.

Masa ini la baru Blade masuk campur. "Ladies..please.."pesan Blade dengan perlahan.

Kedua-dua orang itu saling membalas renungan laser mereka sebaik mendengar pesan itu.

"Bukan di meja makan...Aria..Athena." tegas Blade lagi bila dua orang tu tidak menghiraukannya.

Athena kecilkan mata saat beri renungan mencabar ke Aria.

Sementara Aria pula hanya balas renungan dengan kening terangkat sebelah.

"Hmmph!Perempuan menjengkelkan." getus Athena yang kemudiannya palingkan muka ke arah lain lantas bersandar di kerusi itu dengan muka tak puas hati.

Aria berdengus tak percaya. "Kalau aku menjengkelkan, kau tu pain in the ass!"getus Aria pula dengan jelingan menyampahnya.

Mengeluh Blade perhatikan dua orang ni. Apa la nak jadi. Jumpa je mesti gaduh. Tak jumpa asyik risau memanjang. Tanya itu la ini la. Sekali dah bertemu muka...hmm...sabar je la.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience