Part 31

Action Completed 8862

KETIK!

KETIK!

KETIK!

Laju saja jari jemari tu menaip atas papan kekunci tanpa alihkan mata dari skrin komputer.

Tiga skrin monitor sekali digunakan dalam masa yang sama. Dan dua keyboard yang berbeza.

Sedang Violet fokus dengan kerjanya, pintu pejabatnya terbuka dari luar lalu seorang wanita yang mengikat rambut satu ke belakang dan mengenakan pakaian serba hitam berjalan masuk ke tempatnya itu.

Mata Violet serta merta melirik ke pintu itu tanpa berhenti menaip. Bertentang saja matanya dengan orang itu, Violet terus menahan nafas terkejut lantas berdiri tegak sambil menekup mulut.

"Dah kenapa reaksi kau macam tu?"tanya Athena semasa tarik kerusi depan meja tu lalu duduk di situ

"Apa yang dah berlaku?You have been gone whole week.."tanya Violet dengan muka tergamam. Terkejut dia. Dah seminggu lebih dia tak dengar berita mengenai Athena sejak kejadian kehilangan presiden Denmark dan Moscow tempoh hari di majlis penyerahan dana tempoh hari.  "Saya ingatkan sesuatu dah berlaku pada awak..."

Athena tanggalkan sarung tangan hitam dari tangan lalu di letakkan atas meja sebelum sandar ke kerusi untuk rehatkan diri. Sambil buat muka jengkel, Athena perhatikan Violet duduk menghadapnya dengan ekspresi baru nampak hantu. "Kau tahu reaksi kau ni tak ubah macam baru nampak hantu?"ujarnya.

"Mana tak nya...saya dengar banyak khabar angin mengenai awak Athena. Ada saya dengar awak dah terkorban semasa letupan berlaku, ada saya dengar awak kena tahan dengan CIA, ada ymsaya dengar awak mati di bunuh dengannbounty hunter...there is a lot of rumor about you around here..."cerita Violet dengan bersungguh sebelum pandang ke skrin monitor dan berikan sentuhan akhir pada kerjanya secepat mungkin.

Athena melepaskan dengusan tak percaya. Dia pandamg ke wajah fokus Violet sebelum silangkan kaki dan sandar ke kerusi dengan letih. Mujur la Xion bebaskan dia. Kalau tak mahunya dia terperangkap dalam kubu lelaki tu.

Lepas rundingan demi rundingan, lelaki freak lagikan aneh tu akhirnya berikan dia kelonggaran untuk keluar dari situ namun di bawah pengawasan anak buahnya.

Pelik!

Macam la dia tak tahu nak lindungi diri sendiri! Dah tiga bulan dia hidup dekat sini tanpa pengawasan hidup je!

"So..apa yang dah berlaku? Siapa culik siapa sekarang ni?"Violet tekan butang ENTER sebelum pandang ke Athena.

Athena buat muka bengang. Siapa tka bengan kalau apa yang dirancang tak berjalan seperti yang dimahukan.

Just imagine.

Okay.

3 bulan.

50 hari.

3 malam.

Dia ambil masa untuk rancang semua ni.

Dan apa dia dapat?

Nothing!

Asalnya Athena merancang untuk pancing keluar Ahli Robin Hood dengan tonjolkan diri melalui misi yang dijalankan.

At first everything is going well!

But suddenly dia jatuh sakit! Kemudian di buru!Kemudian hampir dibunuh dan di tahan. Kemudian hampir terbunuh sekali lahi dan akhir sekali di culik.

Itu belum lagi pelan dia yang cuba hentikan serangan di majlis penyerahan dana yang gagal lagi.

Kemudian rahsia yang selama ni dia simpan dari pengetahuan sesiapa terdedah gara-gara si Xion yang pelik tu.

Hih!

Stress betul!

Lepas ni entah apa pulak!

"Aku tak tahu...apa aku tahu sekarang ni aku tengah di awasi dengan orang pelik yang diketuai oleh lelaki bernama Xion.."cemberut Athena.

"Huh?"Violet buat muka lepas dengar. "Xion?"ulangnya.

Athena angguk kepala tak sudi nak mengiyakan.

"Maksud awak...Xion Ketua Unit Khas Elit Denmark?Awak jumpa dengan dia?"soal Violet dengan terkejut.

Athena yang dengar buat muka. "Hah?Apa maksud kau?"Ketua Unit Khas?Xion?

"Kalau betul la Xion yang awak maksud kan tu adalah Xion yang saya tahu, nampaknya awak ada masalah lain yang perlu di uruskan jugak."

"Hah?!"

"Sekejap eh...saya search..."Violet taip sesuatu dekat keyboard keduanya sambil pandang ke skrin monitor pertama dia. "Okay...ini ke orangnya."monitor tersebut kemudiannya di talakan ke Athena.

Bila Athena pandang skrin tu, dia nampak wajah yang saling tak tumpah seperti Xion. Bezanya lelaki itu kenakan uniform tentera rasmi di badan dan mempunyai lencana berpangkat di uniform tersebut.

"Ha'ah...dia la."angguk Athena.

Violet pusingkan semula monitor tu menghadapnya lalu tersenyum senang. "Wah..bertuahnya awak...dapat jumpa lagenda kami. Saya dengar banyak cerita kehebatan mereka menumpas kejahatan dan kegiatan gelap penjenayah dalam negara ini. Team dia banyak dapat anugerah kehormatan dari presiden kami."

"Dia kerja untuk negara ni?"Athena dumbfounded.

"Of course..untuk siapa lagi kalau bukan untuk negara ni."angguk Violet.

Terus Athena bersandar dekat situ dengan bahu jatuh mengalah. Dia termenung memandang bucu meja kemudiannya.

"Apa dia nak dari awak?Adakah dia mahu bunuh awak seperti orang lain mahukan?"tanya Violet lagi.

Perlahan-lahan Athena pandang ke Violet. "Macam yang kau nakkan, mereka mahu hapuskan Organisasi Robin Hood jugak." jawabnya dengan nada tiada tenaga.

Macam mana ni.

Apa dia kena buat sekarang ni?

Pada masa dia cuba bunuh dia

At the same time orang lain mahu hapuskan apa yang dia cuba lindungi selama ni?

Ya.

Niat Athena bukan untuk hapuskan Organisasi Robin Hood tapi hentikan mereka supaya tidak lagi libatkan diri dalam semua aktiviti ni. Kerana dalam organisasi itu terdiri daripada rakan-rakan lamanya.

Sebab itu la, Athena sedaya upaya jalani misi yang menjadi target Shadow Thieves ini untuk.hentikan mereka.

Tapi sayang, masa dia cuba berbuat begitu, datang pula Xion. Menyelit masa dia hendak jalankan misi dan rosakkan semuanya.

Dan kini dia perlu lindungi diri dia, menjaga Oragnisasi Robin Hood dan juga selesaikan misinya dengan serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience