Part 7

Action Completed 8842

Awal perbincangan lagi, Athena buat keputusan dia akan bergerak secara solo. Dia serik untuk rasa kehilangan dan lihat lebih ramai lagi yang terkorban sekiranya dia bergerak dalam kumpulan.

Tidak mahu mengambil risiko lagi, Athena atur semuanya dari tempat tinggal, peralatan dan tempat dia untuk beroperasi dua hari sebelum dia bertolak ke Denmark seorang diri tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Debris sahaja.

You know...

Dia ada back ground family yang complicated...

Seorang kakak yang mempunyai pengaruh kuat dalam dunia jenayah

Seorang ayah yang merupakan ketua yakuza

Seorang ibu yang terlibat dalam kumpulan kongsi gelap

Semua itu hanya akan sulitkan lagi situasi yang dia hadapi sekarang ni..

Lagi-lagi target yang perlu dia tangkap bukan la sebarangan target

Target itu adalah musuh yang dia nak sangat elak dari bertembung sepanjang hayatnya...

Untuk itu dia kena stay low profile supaya tidak mudah dikesan atau diketahui oleh pihak musuh mengenai pergeraknnya.

Setelah semuanya selesai, baru la Athena bertolak ke lapangan terbangan umum dan naiki pesawat secara terbuka tanpa private plane kali ni.

Ingatkan tak ada la obvious sangat kalau dia buat macam ni

Sekali tu....

"Laporkan diri sebaik kamu tiba di tempat tinggal kamu di sana nanti."arah Debris dalam panggilan.

Athena yang dengar dalam panggilan tu fokus memandang ke depan dengan postur badan yang tegang.

"Apa semua ni Debris?"soal Athena dengan nada perlahan.

"Apa maksud kamu?"

Terus terpejam mata Athena saat dia menahan sabar. "Aku dah beritahu, aku tak perlukan back up team atau sesiapa...still kau hantar jugak orang dekat aku?"tanya dia sewaktu perasan beberapa kepala yang berada di seat penumpang sekelilingnya itu.

Sebagai seorang ejen yang dilatih ketat, sistem sensitiviti dan naluri dia sangat tajam. Jadi hanya sekilas pandang saja dia boleh kesan kejanggalan di sekelilingnya.

"Mana ada...macam seperti yang kamu inginkan, saya tidak berikan sebarang pasukan back up.." nafi Debris dengan bersungguh seakan benar-benar tidak bersalah.

Baru saja Athena hendak membuka mulutnya untuk berkata, pada masa tu jugak la seseorang bila tempat di seat kosong sebelahnya.

Kehadiran orang itu buatkan Athena palingkan kepala ke sisi lantas ternampak seorang lelaki bercermin mata hitam di sebelahnya.

What

The

Hell!

Kening Athena mencerun marah sewaktu sedar siapakah lelaki tersebut.

"Awak?"sebutnya dengan nada tak percaya.

Debris dekat dalam panggilan kehairanan. "Ada apa Athena?"

Terus merinding jengkel Athena sebelum dia palingkan kepala ke jendela pesawat dan pegang airpod di telingannya. "Talk to you later."pamitnya dengan lekas.

"Tapi-"tak sempat Debris nak habiskan kata-katanya panggilannya itu di putuskan.

Sejurus itu, Athena kembali menghadap lelaki bercermin mata di sebelahnya. "Apa awak buat dekat sini Darius?"tanya dia pada orang kanan a.k.a anak angkat ayahnya itu.

Darius pun palingkan kepala ke Athena sambil menanggalkan cermin mata hitam dari muka handsome miliknya. Sebaik saja cermin mata itu di turunkan, sepasang mata beranak mata coklat terang terarah ke mata Athena.

"Awak rasa kenapa saya dekat sini?"soal Darius

Athena membuat muka menyampah lalu menjuling mata saat mengerang kejengkelan. "Ayah saya hantar awak ke sini?"soalnya sambil bersandar ke kerusi. Dahinya di urut kerimasan dengan jari jemari kiri.

Ini la yang dia anti kan sangat ni!

Rimas tau tak!

"Ya..tuan Gilbert sendiri hantar enam orang kuat dia untuk bantu awak menjalankan misi setelah dia dapat tahu mengenai rancangan awak untuk bergerak secara solo."jelas Darius.

Kepala Athena tersentak sebaik mendengarnya. "What?How he know about it?"soalnya dengan muka dumbfounded.

Seriously!

Urghhh!

Belakang kepala di hantuk ke kerusi tempat duduknya dengan bengang.

Please la! Tak boleh ke biarkan dia sendirian tanpa di awasi!

"He has his own resources."jawab Darius.

"He spy on me?"soal Athena sambil pandang mengalah ke depan.

Kendrik turut sandar ke kerusi itu dan pandang ke depan."Lebih di katakan ambil berat. Awak sendiri tahu yang ayah awak tu overprotective orangnya."

Yeah! She know that very well.

Very very well sampaikan dia sendiri naik rimas.

"Beritahu ayah kalau macam tu...saya bukan anak 5 tahun tapi sebaliknya 25 tahun. Saya tahu nak jaga diri saya sendiri dengan baik dan tak perlukan 'babysitter'."tekan Athena pada perkataan terakhir.

Dia ada banyak benda nak fikirkan, jadi jangan tambahkannya dengan buatkan dia risau sepanjang masa.

"Tapi Athena..."Darius cuba pegang lengan Athena sekali tu Athena menyentap. Athena palingkan kepala laju-laju ke Darius dan beri renungan mencerun kepadanya.

"Just do it can you?"soal Athena desis dia depan muka Darius.

Air muka Darius jatuh kepada sedih sejurus itu. "Saya cuma-"

"Shut it!"deram Athena. "Awak tak faham ke apa saya tengah lakukan sekarang ni?"soalnya dengan bengang namun bersuara rendah.

Darius hanya berkerut kening terasa.

"Ini mungkin misi terakhir saya...atau tak. Nobody know. Still risiko tetap ada. Jadi saya tak nak libatkan sesiapa dalam hal ni. Cukup hanya saya seorang. Sebab kalau apa-apa jadi dekat saya, hal ni takkan effect pada sesiapa kerana saya tiada sesiapa."luahnya dengan marah.

"Kenapa awak cakap macam tu...awak ada family awak.."bidas Darius.

Athena menggeleng kepala. Memang dia ada family, tapi dia tak sepenting orang lain.

"Kakak saya ada suami dan anak dia, ayah saya ada awak, ibu saya ada anak lelaki dia. Manakala orang yang bekerja di bawah awak dan keluarga saya ada family mereka sendiri. Apa perasaan mereka sekiranya sesuatu yang buruk menimpa mereka?Kes paling teruk, mereka terkorban?Awak pernah fikir tak tentang hal tu?"getusnya bersama dada sebu kerana kesal dan marah.

Terkatup buka mulut Darius kerana lelaki itu tak dapat nak katakan apa-apa lagi lepas dengar soalan tu. Sebab apa yang dikatakan Athena tak ada salahnya. Kalau dia sendiri yang jadi Athena dia akan lakukan perkara yang sama.

"See...that what I mean...so back off before I did it for you.."renggus Athena setelah faham akan reaksi Darius. Dia silangkan tangan ke dada dan pandang ke depan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience