Part 2

Action Completed 8842

Bising ruang sidang tu dengan suara dua belah pihak yang berlainan pasukan bergaduh. Mereka saling berbalah sejak sejam yang lepas mengenai topik yang di isukan.

Ada yang membentak-bentak, ada yang cuba leraikan pertengkaran itu, ada juga yang hanya duduk menyaksikan drama di depan mata. Tak lepas juga yang memukul-mukul permukaan meja saat bertegas dengan debat yang di sampaikan.

"Semua ni takkan berlaku kalau dari awal lagi pihak tuan ikut arahan kami.."

"Kes ni dah diserahkan kepada kami kenapa perlu kami yang dengar arahan dari kamu pula...lagipun pelan kami berjalan lancar sehingga la pasukan kamu masuk campur!"

"Kami?!"

"Ya!"

"Kalau tak masuk campur tangan kamu, kami boleh saja selesaikan hal ni sebaik mungkin!"

Bertegang leher semua dekat situ sampai naik semua urat dekat permukaan kulit.

Masing-masing tak nak mengalah.

Ketika semua di situ sibuk, pada masa itu la pintu slide automatik bilik sidang terbuka sebelum sepasang kaki kurus bertumit tinggi melangkah masuk melaluinya.

DETAK!

DETAK!

DETAK!

Tenang dan seragam saja langkah kaki itu.

Dan orang yang duduk paling dekat dengan pintu itu lah yang perasan terlebih dahulu akan kehadiran orang tersebut.

Bersama renungan dingin tak berminat, dia berdiri dekat situ memerhati kekecohan yang berlaku.

Haih..penat la. Dia bosan nak hadap semua ni. Kalau la dia boleh bersara awal. Kan bagus.

Asal ya?

Mana dia pergi sekali tu tak pernah nak aman?

Mesti ada yang bergaduh dan bertekak!

Perlu ke?

Penat la.

Hela nafas dilepaskan sebelum dia angkat tangan yang bersenjatakan pistol tangan ke atas lalu diacukan ke siling.

Well

Waktu macam ni cakap elok-elok takkan ada siapa yang dengar sebab semua ikut kepala angin masing-masing

So

Dari dia sakitkan tekak dan rosakkan mood baik dia lagikan yang indah ni dengan memekik, better

Kita guna cara senang

Ya tak...

Benda dah ada...

BANG!

Bunyi tembakan kuat itu serta merta membuatkan semua yang ada menikus di situ kerana takut lantas terdiam.

Terkebil-kebil mata mereka masa tengok sekeliling. Cuba cari tahu siapa pulak yang buang tebiat lepaskan tembakan dalam bilik sidang ni!

"What the hell?!"soal mereka dengan mata terbutang luas saat tertoleh ke arah orang yang mengenakan sundress putih dengan corak bunga matahari di hujung bilik sidang dengan pistol di tangan.

Sekali lepas mereka sedar siapakah orang itu, mulut masing-masing terbuka tutup seperti ikan.

"Tsk!Tsk!Tsk!"lidahnya diketik kesal. Apa la nak jadi dengan dia orang ni. "Seriously?Saya hanya tinggalkan awak semua untuk dua tahun saja..okay. Just for two years dan...ini yang saya tengok?"

"Athena..."berdiri mereka dekat situ kerana terkejut melihat kemunculan wanita itu di situ.

Mata Athena mengerling ke Debris dengan bosan. Orang tua ni pun satu. Dari dulu sampai sekarang, masih jugak nak buat perkara yang dirinsendiri tak boleh nak handle sendiri.

Dah tahu dia tak ada dekat sini, still jugak nak jalankan misi buat apa? Lagi-lagi dengan kumpulan baru dari Jabatan CIA ni. Memang cari pasal la namanya.

"Kenapa?Terkejut sebab saya hidup lagi?" soal Athena dengan kening terjungkit sebelah.

"Bila kamu sampai?"soal Debris.

Athena berdengus menyampah. Please la...jangan buat macam kisah boleh tak.
"Baru je.." ujarnya sebelum palingkan kepala ke hujung meja sidang dimana seorang lelaki tua berambut putih dan berjambang sedang duduk. "lepas dapat 'jemputan' dari minister peperangan tadi...yang rosakkan percutian saya di Bali..."ujarnya bernada perli.

Serius!

Dia tengah sedap berjemur time tu, tup-tup ada orang datang sergah dia macam dia tu penjenayah dekat tepi pantai siap dengan senjata bagai. Kemudian takutkan orang-orang yang ada dekat situ.

Gila tak gila namanya tu!

"Kamu yang buat saya heret kamu ke sini.." balas Menteri Pertahanan.

Athena julingkan mata menyampah. "Saya tengah bercuti...okay. BER.CU.TI. Eja tu elok-elok..."lantas dia jalan dekati lelaki bersut hitam berambut kelabu dekat tepi meja tu.

Dia tepuk bahu tu hingga buatkan lelaki tu dongak memandangnya. Lantas dia lambai tangan menyuruh lelaki itu ke tepi.

Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu bangun dan berikan tempat dia kepada Athena.

"So....apa yang urgent sangatnya ni?"tanya Athena sebaik duduk sandar selesakan diri di kerusi tersebut.

Debris dan yang lain pandang dengan minat ke Athena seakan wanita itu secebis daging edisi terhad.

"Kamu perlu tangkap seseorang."ujar Debris setelah suasana sunyi tanpa bunyi.

"And...?"soal Athena dengan meleret.

"Dan kamu kenal masak siapa orang ni..." tambah Menteri Pertahanan pula.

Siapa pulak?

Dia kenal ramai orang..

Bukan sekerat dua..

Memang dia tahu kalau mereka cakap sepatah-sepatah macam ni..

"Siapa?"soal Athena sewaktu dia silangkan kaki kanan ke atas lutut kiri dan rehatkan kedua-dua tangan di atas perut.

"Ketua Organisasi Robin Hood."sebut Debris dengan renungan gelap.

Tersentak naik kening Athena lepas dengar.

What?

Robin Hood?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience