Part 30

Action Completed 8842

WHAT

THE

FUDGE!

Menggigil kertas yang dipegang bila Athena tunduk memandang kepingan gambar di situ.
Sumpah dia terkejut sangat!

Lama dah dia tak nampak semua gambar masa dia dekat akademi tentera dulu. Dah 10 tahun berlalu.

Xion tolong tunduk mengutip kepingan gambar dari bawah kaki Athena lalu di susun kemas-kemas. "Ingat lagi ke?"tanya Xion masa Athena pandang tak berkedip ke gambar dimana dia bersama dengan rakan satu troop dia yang ada dekat atas peha.

Kemudiannya Athena teliti butiran dalam kertas yang dipegangnya. Buat beberapa ketika, Athena diam membaca setiap maklumat di situ. Ianya adalah butiran mengenai rekod misi dan juga assignment sewaktu dia velajar dulu. Termasuk la dengan siapa dia jalan kan misi tu,  result misi yang dijalankan dan cara yang digunakan mereka.

Dan paling menakutkan Athena adalah maklumat dimana menceritakan soal peribadinya. Yang patutnya cuma dia dan rakan troop je yang tahu. Namun tak! Nampaknya ia turut di dokumentasikan jugak.

"Apa semua ni?"Athena toleh ke Xion dengan muka dumbfounded dia.

"Things. The one that you ask me. Awak nak tahu kenapa saya bawa awak ke sini, selamatkan awak dan saya nak gunakan awak ke atas Organisasi Robin. Itu la jawapannya."

Mulut Athena terbuka sedikit kerana tergamam dengan semua ini! Memangnya semua maklumat dan privasi dia dah terdedah ke apa ni! Sh*t betul semua ni!

"Macam mana kau orang boleh dapat semua ni?"Athena goyangkan kertas yang dia pegang dengan bengang depan muka Xion.

"Athena..bawa bertenang. Saya tak ada niat jahat. Saya hanya berikan jawapan pada awak dan ingatkan awak semula memandangkan awak ada masalah untuk ingat sesuatu yang telah lama terlepas."jelas Xion dengan perlahan.

Ah! Tenang kepala otak dia! Macam mana nak bertenang lepas semuanya terbongkar macam ni! Tak ada privasi la namanya ni! "Ingat untuk apa?Kau tahu aku alasan sendiri kenapa aku nak lupakan semua ni, kau kata apa?Ingatkan balik!"bentak Athena sebelum mengoyak-ngoyak kertas yang dia pegang serta gambar yang ada jadi cebisan.

ZRAP!

ZRAP!

ZRAP!

MK dan Jake terpinga-pinga.

Sementara Xion hanya duduk tenang di sebelah Athena.

Lepas koyakkan tu, Athena campak sisa kertas tu ke Xion. "Lepaskan aku sekarang! Aku nak keluar! Apapun rancangan kau!Aku tak peduli!"

"Athena..."Xion pegang tangan tu dengan perlahan.

"Aku nak keluar!Dengar tak!"

"Saya boleh lepaskan awak, tapi pembunuh upahan dekat luar sana takkan berhenti cari awak sehingga mereka berjaya bunuh awak. Sebelum hal tu berlaku awak kena ada di sini."

Athena tampar tangan tu. Keningnya mencerun marah."Aku boleh uruskan dia orang. Kalau kau tak kurung aku, lama dah aku cari siapa yang sebarkan surat tawaran bunuh aku dan selesaikan semua ni serta merta."

Xion lepaskan keluhan panjang. Dia diam menatap mata Athena buat seketika sebelum berkata.

"Saya tahu, tapi saya jugak boleh uruskannya untuk awak. Tapi untuk tu saya perlukan awak untuk dapatkan dalang Organisasi Robin Hood dan Shadow Thieves untuk saya."

"Kau nak dapatkan la sendiri. Asal libatkan aku."getus Athena.

"Sebab awak pernah bercinta dengan lelaki bernama Ryder King, a.k.a The Robin. Kan?" duga Xion.

Athena terpempan tapi dia cuba kawal ekspresinya dari kelihatan terkejut sangat. Sambil ketap gigi, dia pandang ke Xion.

"Saya yakin awak adalah kunci untuk hentikan kegiatan mereka. Bukan itu ke sebab awak ke sini?Untuk cari mereka dan hentikan mereka?"Soal Xion lagi.

Nafas Athena naik turun seakan sesak nafas bila merenung tepat ke mata Xion. Lama dia tak sebut nama tu. Sejak tamat belajar di akademi, sejak tu nama ni tak pernah terpacul keluar dari bibirnya.

Ryder King.

Lima tahun jalinkan hubungan percintaan. Tapi terputus di tengah jalan setelah Ryder disahkan menjadi pembelot negara setelah menyertai organisasi rahsia bernama Robin Hood ini.

"So macam mana?"tanya Xion lagi.

Lantas Athena pandang ke MK dan Jake dengan kening mencerlung. Menyusahkan! Argh!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience