Part 21

Action Completed 8842

Lima jahitan siap di berikan pada tepi kepala tu. Sebelum ditampal dengan kain kasa padanya. Setelah itu baru la di tinggalkan dekat situ sendirian.

"Jangan libatkan diri. Jaga diri tu sendiri. Jangan cuba masuk campur urusan Robin lagi."

Dengan jelas kata-kata itu terngiang-ngiang dalam kepalanya sekarang ni. Adakah ini bermakna pergerakkan dia sudah pun dikethuai oleh mereka. Sebab itu ke semua rancangan dia berjaya dihalang.

Buat sakit kepala betul la!

Athena picit pelipis kanan dia dengan jari semasa tunduk memandang ke bawah. Sibuk fikirkan siapakah orang yang sibuk tanya akan keadaan dia dan beri pesan. Takkan la..

"Can we talk now?"pintu bilik soal siasat terbuka tiba-tiba sebelum seorang lelaki bersut hitam bertali leher berjalan masuk dengan kain selimut di tangan.

Athena waktu ini berada di bilik soal siasat di biro keselamatan siasatan Denmark setelah ditahan apabila memiliki senjata dan berada di tempat kejadian. Pihak berkuasa yang ada di situ tak dapat kesan dimana keberadaan dua presiden yang kini sudahpun di culik. Jadi mereka sangkakan Athena adalah dalangnya memandangkan khabar angin mengenai pembelotan Athena sudahpun tersebar luas.

Lelaki itu letakkan selimut di atas bahu Athena yang terdedah dan kotor dengan kesan debu itu sebelum duduk di kerusi menghadapnya.

Athena tilik lelaki di depannya dengan renungan dingin. Muda, seakan sekitar usia dia. Mempunyao bentuk wajah yang bujur, berahang tajam, berkening lebar, berbibir plump dan bermata dalam.

"Kenalkan nama saya Carson. Saya adalah ketua pasukan khas yang bertugas untuk handle kes ni."

So what? Sekalipun tahan dia bukannya dia boleh beritahu apa-apa. Bukannya dia bekerja dengan kumpulan Shadow Thieves tu. Dia sendiri cuba dapatkan mereka. Athena hanya buat muka tak peduli. "There nothing I can tell cause I know nothing okay."balasnya.

Carson tilik keadaan Athena yang kelihatan begitu kasihan untuk seorang wanita. Tapi tidak buat seseorang yang sudahpun di label sebagai penjenayah yang dikehendaki.

"Macam ni saja la. Kita pendekkan cerita dan mudahkan urusan masing-masing boleh. Awak beritahu apa yang berlaku di sana. Dan saya boleh pertimbangkan untuk ringankan hukuman awak."cadangnya.

Athena yang dengar silangkan tangan ke dada lalu pandang ke Carson sambil buat muka. Ingat dia peduli ke dengan semua hukuman ni. Entah hidup entah mati dia sendiri tak tahu. Ini lagikan nak penjarakan dia bagai.

"Tak dengar ke?Aku kata aku tak tahu apa-apa. Dan tak ada apa-apa yang aku boleh beritahu sebab aku tak tahu...nak aku cakap bahasa apa biar kau faham?"tanya dia dengan nada jengkel tapi perlahan. Serious la orang dekat sini! Memangnya jenis tak faham bahasa agaknya!

Carson tarik senyuman nipis di bibir. "Athena.. Better awak beri saya kerjasama sebelum orang lain yamg handle soal siasat ni. Saya tak jamin yang awak boleh terlepas dari layanan 'mesra' mereka nanti."

Athena berdecit menyampah. "Cuba la...ingat aku hairan. Hei...aku beritahu kau eh. Dekat luar sana ada pembunuh yang berebut nakkan aku. Kau fikir aku takut apa dengan ugutan kecil kau ni. Please la."julingnya dengan menyampah.

"Jadi awak tak nak beritahu apa-apa la ni?"tanya Carson lagi.

Athena palingkan kepalanya ke cermin tinted yang ada di tepi dinding bilik siasatan tu. Dia tak nampak, tapi dia tahu ada ornag berdiri dekat seberang cermin tu dan perhatikan dia.

"Kalau aku tahu lama dah aku bagi tahu. Tak adanya aku buang masa dekat sini."keluhnya dengan perlahan.

Carson kemudiannya berdiri. Dia betulkan kot lalu gerak menolak kerusi ke bawah meja sebelum pergi begitu sahaja dari situ tanpa berkata apa-apa.

Yang mana dihargai Athena sebab dia sendiri tak nak cakap apa-apa kerana masih marah kerana misinya telah gagal.

Lantas Athena diam memandang ke depan lalu tunduk memejam mata. Dia tka boleh ada dekat sini. Tapi dia tak boleh mintak tolong ahli jabatannya sendiri memandamgkan dan tiga bulan dia undercover tak berhubung dengan mereka. Khuatir misinya akan blow up! Namun lain dirancang lain yang jadi. Sekarang ni identiti dan keberadaan dia dah terdedah. Jadi tiada beza la kalau dia mintak tolong atau tidak. Sebab saat macam ni semuanya bergantung pada diri dia saja.

Nampaknya dah tiba masa dia bersara dalam bidang ni! Sepertinya sengat dia semakin kurang bisanya. Maklum la cuti dua tahun tak buat apa-apa selain besarkan badan dan lemaukan diri.

"Haih..."keluh Athena semasa hendak angkat kepalanya. Dan baru sahaja dia dongak hendak membuka mata, tak semena bunyi tembakan kedengaran lalu diselangi dengan bunyi bising dari luar. Terkejut dengan kekecohan itu, Athena buka mata lalu palingkan kepala ke arah pintu.

Tak sempat nak proses apa-apa, cermin tinted tadi pecah lalu seorang lelaki tercampak melaluinya sebelum tumbang di atas meja depan Athena.

Melompat bangun Athena selepas itu. Matanya bulat melihat keadaan itu.

What the heck!

Dia berdiri kejung memandang lelaki bersut yang tidak sedarkan diri atas meja depannya sebelum pandang ke cermin yang sudah berlubang tadi. Terpandang je Athena, seorang lelaki berpakaian t-shirt dan berjaket kalis peluru dan bertopeng mulut bercorak gigi acukan machine gun ke arah dia.

Please!Not again!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience