SPLAT!
Terpercik darah dekat muka lepas pisau belatinya mengelar batang leher orang di depannya yang kemudiannya tumbang ke lantai mengelupur nak bernafas.
Bersama renungan kosong, badan tu dia langkah lalu menyelinap dalam gelap dekat tempat tu untuk ke lokasi tujuannya.
Mana-mana musuh yang bertembung dengan dia, di tumbangkan serta merta dan sesenyap yang boleh. Tak nak ada musuh lain tahu akan kehadirannya di situ.
Sedang dia selinap dari satu tempat ke satu tempat, langkahnya terhenti taktala pintu besi yang berada di hujung koridor terbuka lalu di sertai bunyi tembakan.
BANG!
BANG!
Oh sh*t!
Sh*t!
Dengan kalut dia selinap sorokkan diri di belakang dinding berdekatan lalu intai sedikit dari dinding tu untuk melihat kejadian tembak menembak yang menjadi-jadi bila sekumpulan orang berpakaian seakan sut ninja warna hitam line merah keluar dari situ dan melompat ke sana sini dekat koridor nak elakkan diri dari di tembak dengan kumpulan lelaki berbaju pelindung lab warna putih biru dekat belakang.
What the hell!
Katanya dia seorang je dekat sini?
Asal ada orang lain serang tempat ni jugak!
"Athena...awak dengar tak ni?"
Ni lagi!
Memang nak kena siapa supply info dekat dia salah macam ni!
"Saya dengar..."bisiknya melalui ear in yang dipakai dekat telinga kanan.
"Apa yang tak kena...dekat radar ni beritahu awak tak bergerak."
Pistol dekat belakang seluarnya di tarik keluar dari poket senjata lalu di bawa dekat depan muka. Macam mana dia nak bergerak kalau dia sendiri tak tahu apa yang berlaku! Grr. Memang nak kena betul dia orang ni nanti!
"When I back there alive...you are the first person that I gonna beat half death.." bisik Athena dengan bengang.
"Kenapa pulak?"balas suara dalam ear in tu lagi.
"Sebab kau orang aku terlibat dalam hal ni!"gumam Athena semasa bersedia hendak keluar dari tempat persembunyiannya.
Masa orang berpakaian seperti ninja tadi lari ke arah Athena, time tu jugak Athena munculkan diri depan mereka lantas acukan senjata ke arah mereka yang sedang berlari menuju ke arahnya.
Orang berpakaian seperti ninja tu ingat Athena nak tembak mereka, sekali tu, Athena lepaskan tembakan ke arah musuh yang mengenakan pakaian keselamatan lab putih belakang mereka rupanya.
Berdesup-desup la peluru spygun Athena keluarkan peluru lalu mengenai musuh-musuh tersebut tanpa sikit pun sentuh orang berpakaian seperti ninja tu.
Mereka yang berpakaian ninja tu kehairanan tapi mereka tak berhenti dari berlari, mereka lari berselisih dengan Athena begitu saja tanpa menoleh.
Athena yang di tinggalkan sendirian hanya berdiri di situ tidak brrgerak sehingga la musuh terakhir tumbang di mamah pelurunya.
"Apa yang berlaku?"tanya suara dalam ear in tu lagi.
Athena sentuh ear innya lantas berkata. "Target masih available atau tak?"soalnya sambil jalan melangkah mayat di lantai koridor tu.
Darah jangan cakap la.
"Masih available..."jawab suara tu lagi.
Memang dah banjir lantai berjubin putih tu dengan darah mangsa tembakan Athena tadi.
Setiba di pintu yang sama kumpulan ninja tadi keluar, Athena melangkah masuk ke ruangan tu.
Sebaik saja Athena jejak kaki ke dalam makmal, hidung Athena terhidu bahan kimia. Mana taknya, ruangan tu dah tunggang langgang, banyak tubuh orang terbaring dalam ruangan tu.
Kaca pecah ada di mana-mana, darah merah menghiasa sudut pandangannya. Memang bersepah-sepah. Skrin monitor dan tempat kerja eksperimentasi turut musnah.
Bersama kerutan hidung tak selesa, Athena gunakan lengan dia untuk lindung hidungnya dari terus menerus menghirup udara ruangan tersebut.
Gosh!
This place smell so reek with blood!
"Lokasi di dekati...target tidak kelihatan." bisik Athena sambil jalan mencelah badan manusia di situ.
"Sudah hampir...ada dekat depan awak.."sebut suara tu lagi.
Mata Athena yang tak terlindung dengan penutup mulut itu gerak scan sekeliling bilik tu dengan teliti. "Which one..."desisnya.
"Sebelah kanan awak..dia ada dekat sebelah kanan."
Terus Athena palingkan kepala sebelum ternampak seorang lelaki sekitar 40-an tersandar di kabinet dengan darah berlumuran di dada dan mulut.
No way in hell!
"Sh*t"terus Athena melutut di tepi lelaki tu dan periksa nadinya serta merta.
"Kenapa?"
Argh!Tak guna!"He's dead."jawab Athena setelah memastikan detak nadi di urat karotid lelaki ini tidak lagi berdenyut.
"Awak pasti?"
Athena lepaskan keluhan panjang dengan mata terpejam. Kepalanya tertunduk kesal ke bawah. Macam tak guna je dia datang sini tapi targetnya sudah tiada lagi. Tambahan pula, dia telah bantu ninja yang menyebabkan misinya gagal!
Kenapa ya semuanya tak berjalan seperti yang direncana?!
"Kalau begitu awak boleh dismissed Athena."
Perlahan-lahan Athena berdiri dari bercakungnya lantas mengangkat kepala.
"Kita terlalu lewat."gumamnya dengan perlahan. "Awak semua tahu tentang hal ni?"soal dia saat membuka mata dan terpandang pantulan dirinya melalui cermin yang retak di depannya. Dan dekat cermin tu bukan hanya ada pantulannya saja.
Di situ, berdirinya seseorang di belakang Athena.
"Saya boleh agak hal ini akan terjadi...kerana itu awak di panggil untuk selesaikannya.."
Perlahan-lahan, Athena kemudiannya palingkan badan menghadap ke belakang dimana orang berpakaian seperti ninja sedang berdiri.
"Dan apa rancangannya?"soal Athena lagi dari balik topeng mulut yang dipakainya sambil memandang ke depannya dengan renungan dalam.
Ada orang lain lagi rupanya! Ingatkan dah pergi semuanya tadi?
"Umpan mereka untuk ke situ dan awak menangkap mereka yang cuba merosak segala misi yang sepatutnya kita selesaikan."
Athena cengkam pistol di tangannya erat-erat saat bertentang mata dengan si ninja yang bertutup litup sepenuhnya dari atas ke bawah. Satu pasang mata pun tak kelihatan. Jadi dia tak pasti sama ada di depannya lelaki atau perempuan.
"Macam mana kalau sebaliknya berlaku?"tanya Athena di balik nafas cemas dia.
"Apa maksud awak?"
"Macam mana kalau mereka yang perangkap saya supaya dapat tangkap saya di sini?"soal Athena tanpa alihkan mata dia dari ninja di depannya.
Dan ninja kali ni mengenakan uniform yang berbeza warna dari yang awal tadi.
Iaitu warna putih.
Dari atas sehingga la kasut sendiri berwarna putih.
KLIK!
Athena acukan senjata ke arah ninja di depannya dengan steady dan siap siaga. Dia tak ragu-ragu untuk lepaskan tembakan sebab dia tahu, Ninja di depannya ini tidak gunakan senjata api sebagai alat pertahankan diri sebaliknya pedang dan shurieken semata.
"Well....well...Tengok siapa yang keluar dari lubang tikusnya?"ujar si ninja.
Athena menahan nafas terkejut lepas dengar suara dari balik topeng mulut tu. Mata dia terbutang luas.
Tak mungkin!
"Agaknya apa reaksi dia kalau tahu yang Athena Louisa yang amat dihormati lagi dikasihi telah membuat comeback selepas dua tahun senyapkan diri?"ujar si ninja itu lagi.
Athena beri sedikit tekanan dekat picu pistolnya. "Tak sekiranya awak keluar dari sini hidup-hidup." balas dia dengan mendatar.
"Hahaha...wow..takutnya."seloroh ninja tu seakan cuba perlekehkan Athena. "Cuba la kalau boleh.."cabar ninja tu sambil terincut-incut dekati Athena sambil peluk sebelah badan seakan sedang cedera.
Kaki Athena tergerak sedikit hendak undurkan diri.
Please jangan paksa dia!
"Tembak la.."gesa ninja tu sewaktu menghampiri Athena.
"Athena apa yang berlaku dekat sana?"soal orang dalam ear in tu dengan cemas.
Athena dekat situ hanya pandang kaku ke ninja di depannya. "Kau yang mintak!" gumamnya sebelum lepaskan tembakan sesaat kemudian.
Share this novel