Part 66

Action Completed 8842

Bersama langkah yang lekas, Athena jalan menyusuri laman lapang tu sebelum tiba di base latihan para combat.

Tempat itu berbentuk kubah dari luar, sangat besar. Dan berdindingkan kaca sepenuhnya termasukla bumbung.

Terdapat banyak ruangan dan mempunyai empat tingkat keseluruhannya. Dilengkapi dengan lif. Dan setiap tingkat adanya bilik serta dewan tempat mereka untuk berlatih.

Setiba saja dia tingkat tiga dan depan sebuah bilik besar iaitu gim, Athena terus terjah masuk ke dalam ruangan itu. Mata dia meliar lihat sekeliling tempat itu untuk mencari targetnya.

Kehadiran Athena disedari oleh lelaki-lelaki di situ tapi tak orang tu. Seronok sangat punching bag pasir yang tergantung membelakang pintu masuk.

Athena apa lagi. Nampak saja targetnya. Dia atur langkah ke arah orang tersebut. Dengan bersahajanya terus dia berdiri dekat depan punching bag tu sebab nak tarik perhatian orang itu.

Susah sangat kan nak bertemu muka. Sekarang tengok muka dia betul-betul!

Berdesup padu tangan berglove tu berhenti depan muka Athena bila yang nak menumbuk tu tersentak lepas kemunculan Athena di situ.

Manakala yang memerhati dah membutang mata terkejut dan takut. Sampai tak sedar ada yang menahan nafas terkejut dan juga ada yang secara refleks nak gerak dapatkan Athena. Berani betul perempuan ni! Tak sayang muka sangat ke!

Athena sikit pun tak berkedip mata lepas tengok penumbuk tu depan mata dia. Malah dia berdiri dekat situ dengan tangan bersilang di dada. Sekarang ni dia betul-betul tengah marah! Tiada lagi kompromi selepas ni! Apa nak jadi!Jadilah!

"What the hell!"marah Ryder dengan muka berang dan kemerahan kerana penat bersenam sejak tadi. Tangannya yang hampirmenumbuk muka Athena di turunkan ke sisi dengan kasar.

Athena berdengus kasar. What the hell!What the hell! Ryder ni yang what the hell! Susah sangat nak dengar cakap!"Semua...keluar. Tinggalkan kami berdua dekat sini."arah Athena dengan tegas tanpa alihkan mata dari Ryder.

Mereka yang ada dalam gim tu dengar. Tapi teragak-agak nak patuh. Sebab yang bos sekarang ni adalah Ryder bukan Athena.

Ryder pulak yang bersuara. "Keluar." arahnya sambil tanggalkan strap dari glove boxing dari pergelangan tangannya dengan gigi.

Athena pandang mencerun ke Ryder. Berlagak!

Mereka semua pun menurut. Seorang demi seorang beransur keluar dari situ. Meninggalkan mereka berdua sendirian dalam gim tersebut.

Dan tak lama lepas tu, bilik itu pun lengang. Athena pun mula bersuara.

"Aku serius beritahu kau Ryder. Bawa semua orang dan anak buah kau keluar dari tempat ni sekarang jugak!"arah Athena. "Gilbert dalam perjalanan sekarang ni untuk serang kau!"

Ryder campak glove boxing dia ke lantai dengan kasar  lepas ia tertanggal dari tangannya. Sambil itu dia pandang ke Athena. "Tak habis-habis dengan Gilbert. Boleh tak kau berhenti? Hah! Kau nak keluar sangat ke dari sini?"

Athen Mengerang kejengkelan!

"Ya Tuhanku!Ini bukan soal aku Ryder...ini soal kau dengan semua orang dekat sini...berapa kali nak aku jelaskan. Gilbert ayah aku, dan dia ke sini untuk buat perhitungan dengan kau yang mana akan letakkan semua orang dekat sini dalam bahaya. Apa yang susah sangat kau nak faham ni!"dengking Athena dengan bengang.

Dah berkali-kali Athena cuba pujuk lelaki tak faham bahasa depannya ini. Tapi tak ada gunanya jugak sampaikan tempat ni bakal di jarah dengan Gilbert!

Ryder kuak rambut yang basah dengan peluhnya ke belakang dengan kesal."Yang aku tak faham sekarang ni, kenapa kau suruh aku lari...kalau betul Gilbert ayah kau,dan dia nak serang aku sebab aku bawak kau pergi, kenapa kena lari...lawankan je la." bidasnya.

Berasa bengang dan fed up dengan sikap Ryder, Athena cekau kolar singlet hitam yang dipakai lelaki tu lalu digoncang badan tu.

"Sebab aku tak nak kau apa-apakan ayah aku, dan aku tak nak kau mati depan mata aku lelaki tak guna! Tak faham ke! Aku cuba lindungi dua orang manusia yang degil dan keras kepala ni dari tinggalkan aku! Kau nak aku cakap macam mana lagi!"jerit Athena sekuat hati depan muka tu.

Sumpah! Dia dah penat tahu tak! PENAT!

Ryder pegang pergelangan tangan Athena sejurus tu. Dia tarik supaya singletnya di lepaskan. "Kalau macam tu pilih antara satu, aku atau ayah kau. Dekat sini aku tak salah apapun. Kalau kau sedar, yang jahatnya ayah kau, aku hanya seorang vigilante yang cuba lakukan perkara yang orang macam kau takkan sanggup nak lakukan demi kebaikan orang lain. Dan ayah kau menentang aku sebab tak nak legasi haram dia tu musnah..."marahnya.

Mulut Athena tergantung tak percaya.
"Oh my god....Ryder..."ratap Athena sebelum sandarkan kepalanya ke dada tu kerana mengalah untuk pujuk Ryder supaya ikut permintaan dia. "Please la...aku mohon pada kau. Jangan lawan ayah aku..."rayu dia dengan perlahan.

Masa ni, Ryder pandang ke dinding dengan renungan nekad. Dia lelaki. Malu la kalau dia undurkan diri tanpa berlawan. "Kalau dia nak datang. Datang la. Aku terima. Sama ada dia atau aku yang mati. Pilihan kau Athena." lafaznya sambil tu.

Athena rangkul leher Ryder lalu di peluk badan tu dengan erat. Alahai kekasih hati...kenapa la degil sekali. Tak fikirkan perasaan dia ke nanti kalau ada apa-apa yang terjadi?"Aku tak nak tengok kau orang berdua saling berlawan..."rengeknya.

Ryder peluk semula badan Athena. Maafla! Dia tak boleh nak mengalah. "Larikan diri bukan penyelesaiannya Athena."ujarnya sambil pegang belakang kepala Athena.

Athena lepaskan keluhan panjang mengalahnya. Nampaknya dia dah tak ada pilihan lain dah! Terpaksa la dia sendiri yang masuk campur peperangan antara dua orang ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience