Part 38

Action Completed 8842

Knock!Knock!

"Masuk..."arah Xion sambil meneliti dokumen penting di tangannya.

"Tuan."sapa Jake semasa masuk ke dalam pejabat.

Xion angkat kepala dia sambil pegang kertas dan pen dekat dua-dua tangan. "Hah..kau dah datang..."sambutnya.

Sebaik saja berdiri depan meja, Jake kemudiannya menyerahkan kertas laporan ke Xion. "Athena berjaya masuk ke dalam kubu Robin Hood. Dan sekarang hanya tunggu berita melalui dia." maklumnya sambil tu.

Xion capai kertas tu lalu dibaca dengan teliti. Ianya hasil siasatan dan gambar yang di ambil oleh mata-mata bertugas bagi mengawasi pergerakkan Athena. Tak sangka ya, boleh secepat ni. Ingatkan ambil masa yang lama untuk pancing mastermind Robin Hood a.k.a Ryder King!

"Macam mana keadaan MK?"tanya Xion sambil perhatikan gambar yang di ambil.

"Dia baik-baik saja. Baru keluar hospital semalam."jawab Jake.

Xion mengangguk. "Macam mana alat penjejak yang ada pada jam tangan Athena. Boleh kesan tak?"

"Kami dah dapat lokasinya tuan. Mungkin di situ tempat persembunyian mereka."

Berasa puas hati dengan rancangan dia yang menjadi, Xion letakkan kertas laporan tu ketepi lalu kembali menyambung kerjanya.

Tanpa menunjukkan sebarang ekpresi di wajah Xion berkata lagi."Kalau macam tu teruskan memerhati. Kita akan serbu mereka bila masanya tiba."

"Tuan yakin ke Athena akan berikan kerjasama tanpa bocorkan rancangan kita?" soal Jake selepas tu.

"Dah kenapa tanya macam tu?"soal Xion yang kemudiannya tersenyum nipis sambil tandatangan apa yang patut lepas tu tutup fail dan pegang tetikus sebelum pandang ke Jake.

Jake berkerut kening tak suka sambil melepaskan hela nafas yang panjang. Susah hati betul la."Tak adalah...macam yang tuan katakan, dia adalah bekas kekasih Ryder, jadi bila-bila masa dia boleh berpaling tadah dan berpihak pada kekasih lamanya tu."luahnya.

Xion mendiamkan diri, hanya menanti Jake habiskan kata-kata terlebih dahulu.

"Lagi-lagi dengan isu dia yang jadi buruan ramai untuk dibunuh...belum lagi masalah disiplin dia yang sering timbulkan masalah semasa bertugas..."luah Jake dengan panjang lebar.

Lantas Xion pandang ke skrin komputer dan menekan-nekan tetikus yang di pegang dengan jari telunjuk. " Kau tahu kan hal sebenar yang Athena dah di belot dengan negara dia sendiri? Bukan dia mintak untuk di nilai bermasalah setiap kali jalan kan misi, tapi kalau orang yang dia bekerja dengan berperangai tak guna nak buat macam mana.. sekalipun dia nak berpaling tadah...tak ada apa-apa yang kita boleh buat sekarang ni...itu pilihan dia. Sekarang tugas kita adalah dapatkan presiden Denmark dan Moscow semula. Bunuh mereka dan letakkan kesalahan tu pada Ryder supaya organisasi dia terjejas. Faham?"ujarnya tanpa alihkan mata daei skrin monitor.

"Baik."sambut Jake dengan patuh.

Xion tarik senyuman penuh muslihat dia lalu taip email untuk naib presiden Denmark mengenai perkembangan rancangan mereka untuk pengalihan kuasa.

Dalam email itu, Xion ceritakan dari awal pelannya hingga la akhir.

Pertama sekali, Xion samarkan anak buahnya menjadi tentera Organisasi Robin Hood. Kemudiannya buatkan semua kejadian yang menimpa negara ni dan juga negara jiran mereka iaitu negara Athena porak peranda.

Kerana itu, semua orang sangka Organisasi Robin Hood kini di anggap sebagai sampah dan juga musuh negara. Tujuan rancangan ini di buat adalah untuk alihlan perhatian semua orang supaya fikir apa yang berlaku ni adalah gara-gara Organisasi Robin Hood. Sedangkan semua kejadian yang telah berlaku adalah angkara Jabatan Elit ni.

Infact, Organisasi Robin Hood la yang selama ini lindungi Denmark dan patahkan segala cubaan Xion dan team dia untuk susahkab ramai pihak.

Kebetulan Athena ada sini. Maka menggunakan Athena dapat la mereka pancing Ryder yang selama ni amat sukar di jejaki apa lagi di tangkap untuk keluar dari persembunyian. Melalui Athena, Xion merancang untuk jadikan Athena mata-mata dia dan pada masa yang untum patahkan semangat Ryder bila masanya tiba.

Dengan cara Athena di arahkan untuk merayau di bandar tanpa sebab supaya pemburuh yang nak bunuh Athena tertarik dan pada masa yang sama untuk perangkap orang Ryder kesan Athena. And BAAM! Everything happen like they planned!

Ryder bawa Athena pergi ke tempat persembunyian lelaki tu. Dan kini mereka dapat kesan dimana lokasi rahsia terulung mereka tu!

Ahaha!

Setelah itu baru la mereka dapat kesan dimana kubu rahsia mereka dan musnahkan tempat iru once for all! Selepas ini tiada lagi yang dapar menghalang kegiatan jahat Xion dan teamnya.

Alasan Xion lakukan semua ini adalah kerana kuasa.

Ya.

Timbalan Presiden telah menjanjikan Xion. pangkat dan kuasa yang mana tak ada siapa boleh tandingi dia.

Untuk jayakan semua ini, Xion merancang untuk ambil hati Athena dan buatkan wanita itu berpihak pada dia dan negara ini. Sebab itu dari awal dia layan Athena dengan baik... Yang mana perangkap Xion sendiri.

Elok niat asal nak buat Athena suka dekat dia, sebaliknya, Xion yang tersuka dekat Athena betul-betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience