Part 1

Action Completed 8842

Ini la baru namanya hidup

Hmmm..heaven betul

Berpayungkan langit yang cerah, diselimuti dengan deru angin pantai, di simbahi cahaya matahari yang segar...

Does it sound so good?

No..it no just good!

This is marvelous!

Jauh dari kesibukan

Tidak tertekan kerana kerja

Dapat bersantai tanpa memegang senjata

Hanya relaks dan berehat

Hela nafas panjang dilepaskan dengan senyuman lebar di bibir saat dia merasai bahang panas dari matahari saat berjemur di tepi pantai itu.

Suara orang bersuka ria dalam air memeriahkan suasana di situ. Ditambahkan lagi dengan kanak-kanak riang yang berkejaran di sana sini sambil ketawa menaikkan lagi seri keceriaan tempat tersebut.

Sementara dia, hanya berbaring santai di sini. Rentak lagu bruno mars bermain dalam air pod yang dipakai buatkan mata yang terpejam itu riang menggoyangkan hujung kaki mengikut rentak yang di dengar. Sampaikan telefon yang sejak tadi berdering minta di angkat hanya terbiar di atas meja kecil sebelah bangku tempat perbaringannya.

Namun tak lama suasana meriah itu berlangsung, munculnya anasir asing yang merosakkan mood gembira di pantai itu dari berkekalan.

Ianya di ganggu dengan deru angin yang bertiup kuat dari atas pantai itu.

Oleh kerana hairan mereka semua di situ dongak memandang langit lantas ternampak sebuah helikopter berwarna hitam terbang
terapung di atas mereka.

Kehadiran helikopter tersebut membuatkan semua yang ada di pantai menghentikan segala pekerjaan mereka. Masing-masing payungkan atas kepala untuk lihat.

"Ada apa tu?"

"Kenapa rendah sangat terbang?"

"Helikopter hitam?"

"Mama tengok!"

Tidak semena, masa itu jugak lima utas tali dicampak keluar dari helikopter itu lalu diikuti lima orang bersut combat kemudiannya turun dari helikopter melalui tali tadi.

Masih berdiri tertanya-tanya pengunjung di situ masih dongak sehingga la lima orang yang turun dengan tali tadi mendarat di atas pantai dan mula bergerak sambil mengacukan senjata.

Dari situ la kekecohan berlaku, anak-anak kecil yang mudah takut menjerit sebab terkejut bila orangbbersut combat, bertopeng muka, bercemin mata hitam dan bersenjata lintas depan mata.

Para pengunjung yang tadi bertenang bertempiaran lari nak jauhkan diri. Ada yang tarik anak bini sama, ada yang sampai tergelincir nak bangun dari perbaringan.

Namun ramai-ramai orang yang kelam kelibut nak larikan diri, hanya seorang sahaja masih tenang bersahaja.

Iaitu dia yang sedang baring di atas kerusi panjang menjemurkan diri tadi.  Sambil humming lagu yang di dengar, dia sama sekali tidak sedar apa yang sedang berlaku di sekelilingnya walaupun ada yang berlari melintasi tempat tu.

Perlahan-lahan, bayang hitam pun mula menyelubungi badan tu.

KLIK!

Bunyi kunci pemicu senjata kedengaran taktala muncung pistol dan machine gun di acu ke arahnya.

Pada masa itu la baru dia terkutik.

Hairan kenapa terasa mendung, dia pegang cermin mata hitamnya lalu dilurutkan ke batang hidungnya sedikit. Sekali bila di intai melaluinya keningnya terangkat tinggi.

Aik?

" Koporal Athena Louisa?" seorang dari mereka bersuara.

Seriously?

"Anda di arahkan untuk laporkan diri serta merta."

Arghhh! Baru nak holiday!

"Sila beri kerjasama atau kami akan berkeras."

Dengan bersahaja dia sentuh hujung senjata yang terarah di depan mukanya ke bawah.

"No..awak semua salah orang."nafi Athena.

"Sila ikut kami ke pangkalan Utama Pentagon"

Mati jugak kang lima orang ni nanti!

Tak nampak ke orang tengah holiday ni!

Lagi satu!Macam mana dia orang boleh detect dia sampai ke sini.

"Memangnya awak semua ni tak boleh hidup tanpa saya ke buat sementara waktu?" selorohnya.

Kelima-lima orang bersut itu hanya mendiamkan diri.

"Sila ikut kami dengan cara baik."desak orang bersut itu lagi.

Mengerang kejengkelan, Athena bersandar letih ke bangku itu sambil tekap dahinya.

Siapa pulak yang susahkan hidup dia ni!

Arghh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience