BAB 17

Romance Completed 8951

3 tahun kemudian,

Aku melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia setelah aku mendapat keputusan yang agak cemerlang SPM yang lalu. Kini aku berada di semester terakhir Ijazah Sarjana Muda dalam bidang accounting. Alhamdunilah Allah memberikanku rezeki untuk menyambung pelajaran ini.

Flora dan Randy pula melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak dalam jurusan Pentadbiran.

Kehidupan aku kini lebih tabah. Walaupun kisah itu sudah 3 tahun berlalu, namun segala kenangan aku bersama Baim masih ku simpan rapi di kotak hati yang terdalam.

Baim!!

Dimanakah kau berada sekarang?

Aku langsung tidak mengetahui dimana kini dia berada. Semenjak dia mematikan panggilan tersebut 3 tahun yang lalu, hubungan kami seakan sudah putus seputus-putusnya. Dia langsung tidak menelefonku, malah mesej juga tiada.

Aku mengelap air jernih yang mula terbit di tubir mataku. Entahlah 3 tahun itu jangka masa yang agak lama, namun kenangan aku dan Baim masih tidak dapat aku lupakan.

Aisya mengurut-ngurut belakangku. Aku agak terperanjat. Rupa-rupanya Aisya nampak aku sedang menangis.

“kau masih tak dapat lupakan dia lagi ke?”

Aku memandang Aisya. Lantas aku terus memeluknya entah yang ke berapa kali. Dibahu Aisya aku membenamkan segala rindu yang terbuku dihati.

“Sabar okay! Mungkin ada hikmah di sebalik dugaan ini?” Aisya menenangkanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience