BAB 25

Romance Completed 8951

Aku menelefon Abang Iqram. Aku mahu meminta cuti buat sementara waktu. Aku ingin meluangkan banyak masa bersama Baim. Diawal pagi aku bangun untuk membuat sarapan untuk Baim. Dirumah itu tiada bibik. Jadi aku mahu menyiapkan sarapan yang paling sedap untuk Baim. Setelah selesai menyediakan sarapan, aku menuju ke bilik Baim ditingkat atas. Aku mahu mengejutkan Baim. Aku mengetuk pintu bilik Baim beberapa kali namun tiada balasan. Aku mengetuk sekali lagi dan akhirnya pintu itu dibuka dari dalam.

Aku terperanjat, Baim telah bersiap awal. Aku memberikan senyumannya kepadanya, ternyata Baim tidak sabar untuk keluar denganku.

“Jom kita sarapan dulu, lepas tu baru kita keluar ok” kataku kepada Baim.

Baim hanya mengangguk. Kami turun untuk bersarapan.

Tepat jam 10pagi aku membawa Baim jalan-jalan untuk mengambil angin. Aku nampak senyuman tidak lekang keluar dari riak muka Baim. Aku tahu dia gembira.

“Awak penat ke Baim, jom kita duduk dulu.” Ujarku yang melihat Baim sudah termengah.

“Tak. Saya tak penat. Mar nak tahu tak saya dah tak keluar rumah 2tahun setengah dah. Bayangkanlah saya hanya keluar apabila mahu dirawat di hospital saja. Lepas tu terperuk balik dirumah. Jadi bila sudah dapat keluar ni saya rasa heaven sangat.” Luah Baim ketika kami sedang berjalan kaki menuju ke sebuah tasik di sekitar rumah Baim.

Aku memandang Baim. Patutlah dia gembira bila aku mengajaknya keluar.

“Kita duduk kat situ nak tak?” ajakku kepada Baim. Aku menunjukan sebuah kerusi d tepi tasik itu. Baim mengangguk laju. Aku memimpin Baim. Kami duduk dikerusi itu sambil menghirup udara segar. Kami melihat langit yang terbentang luas. Tasik yang nyaman dan menenangkan. Tiba-tiba Baim memegang tanganku. Lalu dia membawa tanganku ke mulutnya. Aku membiarkan saja.

“Terima kasih Mar, awak sanggup jaga saya di sini, walaupun saya dah nak pergi.”

“Sssshhh”aku meletakan jariku dibibirnya. “Awak jangan cakap begitu Baim, saya cinta kat awak dan saya ikhlas nak jaga awak.”

Sepi!

Tiba-tiba Sekali lagi Baim bersuara. “Saya nak minta maaf pada awak Marsya sebab saya tinggalkan awak hampir 3tahun lamanya.”

Sekali lagi aku senyum memandang Baim. “Baim saya harap kita dapat lupakan segala hal yang dah terjadi, kita tak perlu ingat kisah sedih tu lagi. Kita buka diari baru. Diari kita hari ini, esok dan selamanya. ” ujarku.

Baim tersenyum dan sekali lagi mengenggam tanganku. Aku sangat bahagia.

*****

Seminggu kemudian…

“Baim ingat esok awak dah start duduk semula di hospital, jadi kita perlu kemas barang-barang awak.” Aku mengingatkan Baim.

Baim merengus. Aku tahu Baim tidak mahu duduk hospital. Tetapi aku tetap memaksanya. Nurse yang merawatnya sudah berulang kali memberitahuku tentang keengganan Baim untuk mendapat rawatan di hospital.

“Kalau kita tak pergi tak boleh ke, nanti saya dah tak dapat keluar dengan awak macam selalu.” Balas Baim.

“Tak boleh Baim awak kena jugak pergi esok. Nanti kita boleh keluar lagikan.”

“Entah sempat entah tidak!” bisik Baim perlahan namun masih boleh didengari.

Aku terpempan. Tiba-tiba hatiku sayu. Sedih mengenangkan hayat Baim yang tinggal tidak kurang dari sebulan.

“Baim awak jangan cakap begitu, saya janji nanti saya bawak awak keluar lagi, ok?”

Baim mengangguk lemah.

Deringan telefon bimbit memecahkan kesunyian. Segera aku mencapai telefon bimbitku dan melihat nama yang tertera di skrin. Abang Iqram!

Segera aku mematikan panggilan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience