BAB 12

Romance Completed 8951

Hari ini genap tiga bulan aku menjalinkan hubungan dengan Baim. Namun tiada seorang pun yang mengetahuinya kecuali Flora. Mimi dan Ailin juga tidak kuberitahu. Aku tidak mahu hubungan ini diketahui orang cukuplah Flora dan Randy sahaja. Aku juga mahu menjaga reputasi Baim selaku pelajar yang paling hot disekolah saat ini.

Aku tidak mahu menjadi bahan mata-mata pelajar-pelajar perempuan yang ingin mendampingi Baim. Aku tidak mahu mengaut publisiti murahan. Takut dikejar abang Nas Melodi nanti.

Ketika sedang makan tengah hari di kafe sekolah, mataku memandang seraut wajah Baim. Dia juga sedang makan bersama rakan-rakannya yang lain. Mata kami bertaut seketika. Baim mengangkat kening tanda dia juga seperti aku sedang merinduinya. Hatiku kembang. Aku berasa sungguh bahagia. Deringan telefon bimbit mematikan khayalan tentang dunia aku dan Baim.

Baim menghantar SMS kepadaku.

+ petang ni ditempat biasa ya. Saya tiada latihan bola hari ni.

Aku membalas pantas. Tidak mahu Baim tertunggu jawapan balas dariku.

– baiklah saya tunggu awak nanti.

Aku tersenyum riang. Namun senyumanku tidak lama. Kedatangan Ailin dan Mimi yang bermuka sangat bengis lagi berlagak memeranjatkan aku. Mereka berdua duduk disebelah kanan dan kiriku. Aku kaku.

“Kami datang bukan nak gaduh. Tapi Cuma nak selesaikan masalah kita berempat.” Mimi memulakan perbualan. Ketika itu aku memandang Baim yang sudah selesai makan. Baim memandangku namun segera ku alihkan anak mataku. Takut Ailin dan Mimi menghidu perhubungan kami.

Flora pula hanya diam sahaja.

“Aku Cuma nak tahu kenapa hubungan kita berempat dah tak macam dulu.” Ailin menyoal aku dan Flora.

“Kita dah tak makan bersama, keluar apatah lagi. Lepak-lepak kat Steert pun dah tak ade langsung. Korang asyik berdua je. Kenapa?” Ailin menyambung lagi.

Aku tersedar. Tiba-tiba aku tersedar dari hakikat itu. Benar aku baru teringat yang kami berempat berkawan rapat namun mengapa sekarang aku hanya berdua dengan Flora.

Aku tiada jawapan untuk soalan Ailin dan Mimi.

“Aku dan Mimi dah buat keputusan yang kami nak putuskan persahabatan ni. Apa gunanya kalau berkawan berempat tapi korang asyik berdua sahaja.” Ailin menjuirkan bibir ke arah Flora. Lalu mengajak Mimi terus pergi dari situ.

Aku dan Flora tergamam. Kami memandang diantara satu sama lain. Tidak tahu mahu bercakap apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience