BAB 28

Romance Completed 8951

Aku memegang tangan Baim. Baim membalasnya. Kami merenung kebawah bangunan itu. Terdapat banyak kenderaan yang lalu lalang. Aku membawa Baim datang ke atas bangunan hospital. Atas dasar simpati pihak hospital telah membenarkan aku untuk membawa Baim ke sini. Ternyata Baim sangat gembira.

Kami meluangkan masa bersama-sama menikmati keindahan petang itu. Sesekali aku dapat mendengar gelak tawa Baim yang mentertawakan ku ketika aku masih belajar di sekolah menengah.

“Ingat tak masa kita berdua pergi jalan-jalan dekat kedai cina tu, lepastu anjing gila tu kejar kita.” Baim mengingatkan ku tentang peristiwa kami dikejar anjing. Aku ketawa besar. Aku merindui suasana itu. Kami berlari dengan sekuat hati untuk lari dari anjing gila tersebut.

Tiba-tiba suasana sepi bila Baim sudah tidak tahu mahu berbual apa. Aku merebahkan kepalaku ke atas bahu Baim. Tangan aku erat digenggam Baim.

Kami melihat keindahan langit dan melihat matahari terbenam bersama.

“Marsya apa rasanya bila kita mati?” aku terperanjat bila mendengar soalan dari Baim.

“Awak tanya soalan apa ni Baim” aku memarahi Baim. Aku tidak mahu Baim memikirkan hal itu.

“Ada banyak perkara yang ingin saya ketawakan bersama awak Mar. Dan ada banyak masa yang nak saya gantikan sepanjang tiga tahun kita tak berjumpa. Tapi saya tahu, saya tak akan sempatkan?”

“Stop Baim.” Aku meletakkan jariku ke mulut Baim tanda menyuruhnya diam.

“Awak akan sihat Baim dan lepas awak sihat kita akan kawin dan punya banyak anak yang comel-comel.” Kataku kepada Baim. Baim tersenyum. Lalu tanpa sedar Baim memelukku.

“Janji pada saya Mar. Awak akan kawin dan lahirkan anak-anak saya yang comel bila saya sudah tiada nanti.” aku dapat mendengar esakan dari Baim. Aku tahu dia sedih dan menderita.

“Awak janji Mar.” Sekali lagi Baim menyuruh aku berjanji.

“Saya janji Baim dan saya tahu orang itu adalah awak.” Ujarku sayu. Air mataku sudah deras keluar. Aku sudah tidak dapat menahannya lagi. Aku memeluk erat Baim. Seolah-olah tidak mahu melepaskanya.

Hatiku berat mengatakan bahawa ini adalah saat terakhir aku bersama Baim. Dan Kuat naluriku berkata ini adalah pelukan terakhir Baim untukku.

“Saya cintakan awak Marsya sepenuh hati saya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience