BAB 24

Romance Completed 8951

Keesokan harinya aku mengikuti Randy menuju ke sebuah rumah banglo 2 tingkat yang agak besar dan cantik. Tujuan adalah untuk berjumpa dengan Baim. Aku ingin berada disamping Baim buat kali terakhir. Aku ingin meluangkan masa di saat-saat akhir bersama Baim.

“ Badan Baim dah tak boleh terima ubat dari hospital. Jadi doktor sarankan agar dia duduk dirumah sahaja. merehatkan minda dan lakukan aktiviti yang bermanfaat. Tapi faham sajalah kan Baim masih tak boleh terima hakikat yang dia akan pergi tak lama lagi, jadi dia lebih suka duduk didalam bilik. Melukis dan berehat.”

“Mama dia dah meninggal tahun lalu, jadi semangat Baim memang dah tak ada langsung. Papa dia pula sibuk bekerja. Jadi dia hanya berseorangan dirumah bersama seorang nurse yang merawatnya.” Randy memberitahuku sedikit sebanyak mengenai Baim. “Baru 3 bulan yang lepas aku pulang ke Sabah dan aku tengok Baim sudah berubah. Aku harap kau banyak bersabar Mar. Aku faham kau masih terkejut dengan berita ni, tapi alhamdunilah kau kira bertuah masih dapat berjumpa dengannya buat kali terakhir.”

Aku diam.

Baim. . . Mar datang untuk jumpa Baim. Tunggu Mar.

Seorang Nurse membawaku ke sebuah bilik di tingkat atas rumah banglo tersebut. Dadaku berdebar.

“Inilah biliknya Cik, cik boleh masuk.”

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Ya Allah bantu aku. Lalu aku membuka pintu bilik tersebut.

“Heii lain kali kalau nak masuk ketuk dulu pintu tu. Jangan pakai masuk je. Bodoh!!” tengking Baim yang sedang leka melukis sesuatu di atas sekeping kertas. Baim masih tidak memandang siapakah yang berada dipintu tersebut. Dia masih melukis dengan penuh gopoh.

Mar kaget. Didalam bilik itu penuh dengan lukisan potrait dirinya. Adakah potrait itu dilukis oleh Baim? Potrait itu sungguh cantik. Potrait gambar dirinya.

“Nurse buat apa duduk situ lagi, berambus…..lah” Baim menoleh memandang Mar yang disangkakan nurse. Pensil ditangannya jatuh dilantai. Jantung Baim seakan berhenti berdegup.

Sepi!!

Hanya itulah sahaja yang suasana yang dapat digambarkan di bilik itu.

Baim!!

Aku memanggil Baim sambil mendekatinya. Aku amat merindui lelaki itu. Tiga tahun aku memendam rindu itu. Dan hari ini rindu itu hampir terbias.

Baim terkejut namun akhirnya dia menjauhiku. Langkah kakiku terhenti.

“Kenapa ? Baim tak rindukan Mar ke?”

“Baim dah tak cintakan Mar?”

Aku bertanya kepada Baim bersama titisan air mata yang sudah mula berguguran.

Baim menggeleng. “Jangan dekat dengan aku, aku dah nak mati. Jangan!!”

Bertambah deras air mataku merebes. “Baim saya tahu awak sakit dan disebabkan itulah saya datang sini nak jaga awak.”

Baim masih menggeleng. “Tak boleh kau tak perlu jaga aku sebab aku boleh jaga diri aku sendiri. Kau berambus dari sini aku benci tengok kau.”

Aku tetap cuba untuk memujuk Baim.

“Dan satu lagi aku tak cinta kan kau Marsya. Kau pergi”

Aku menapak selangkah lagi. Kali ini aku nekad. Aku akan tetap menjaga Baim. Jikalau aku dibuang praktikal sekalipun aku sanggup!!

“Kalau awak tak cintakan saya Baim, awak tak akan lukis gambar saya dan tampal semuanya kat dalam bilik ni.”

Kali ini Baim diam. Tidak tahu mahu membalas apa. Kenyataannya memang dia amat mencintai gadis itu. Dan sampai mati sekalipun dia akan tetap mencintai gadis itu. Dan disebabkan cintalah dia meninggalkan marsya. Dia tidak mahu Marsya merasa jijik melihat dia yang sakit itu.

“Lebih baik awak pergi dari sini marsya. Dulu lain sekarang lain. Awak tak perlu jaga saya, awak akan jijik lihat saya ni. ” Baim terus terduduk. Dia membuka snowcap yang dipakainya. Aku sedikit pun tidak terperanjat melihat perubahan yang ada di kepala Baim.

“Rambut aku dah gugur, badan aku dah kurus. Kau tak jijik dengan aku ke??” Baim menuding di kepalanya. Aku tahu dan aku perasan akan perubahan dalam diri Baim. Namun sedikit pun aku tidak terperanjat.

“Saya tak pernah jijik dengan awak Baim. Saya datang sini nak jumpa awak, nak jaga awak. Walaupun awak tak benarkan saya tetap akan jaga awak.” Titik! Aku akan duduk disini.

Baim terduduk dan menekup mukanya dengan tangan. Aku tahu dia menangis.

“Akhirnya saya dapat juga jumpa awak Mar, Allah makbulkan doa saya. 3tahun saya tunggu awak. Harap awak datang sini dan hari ini awak muncul.”

“Baim.” Aku terus mendekati Baim lalu memeluknya. Baim membalas pelukanku. Sungguh aku amat mencintai lelaki bernama Baim. Baim bersyukur kepada Allah kerana masih memberikannya peluang untuk menatap wajah Marsya disaat-saat terakhir kehidupannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience