BAB 16

Romance Completed 8951

Aku memaksa Randy untuk menelefon Baim menggunakan telefon Randy. Randy agak keberatan. Aku yakin dan pasti Randy ada menyembunyikan sesuatu rahsia dariku. Aku perlu mengorek rahsia itu. Namun aku perlukan plan yang tersendiri.

“Aku bukan tak nak tolong kau Mar tapi masalahnya…. ” Randy terus diam. Aku terus memandang Randy dengan penuh pengharapan.

“Kenapa kau diam? Aku tahu kau dengan Baim ada sorokkan sesuatu dari aku, kan.” Kataku sendu. Mengapa Baim membuatku begini. Apa salahku. Tidak ke Baim terfikir betapa aku mencintainya sepenuh hati. Betapa aku sanggup berkorban demi Baim.

“Aku…” Randy masih tergagap-gagap. Aku pasti ada sesuatu yang tidak kena.

“Yelah-yelah aku call Baim. Tapi masalah korang settle sendiri. Aku tak masuk campur.”

Aku senyum. Semoga rancangan aku kali ini berjaya.

Randy menelefon Baim. Tidak sampai sesaat panggilan dari Randy dijawab sedangkan panggilan dariku langsung tidak diangkat. Aku berkecil hati sedikit. Sampai hati Baim memperlakukanku sebegini rupa.

Aku mengisyaratkan pada Randy untuk memberikan aku telefon itu. Aku mahu bercakap dengan Randy. Ada pelbagai cerita yang mahu aku kongsikan bersamanya. Randy agak keberatan untuk memberikan aku telefon itu. Dengan pantas aku merampas telefon itu.

“Baim” aku memulakan perbualan. Baim yang ketika itu sedang rancak berbual terus terhenti bersuara. Akhirnya aku mengukirkan senyuman dibibir. Rinduku pada Baim sudah terubat walaupun hanya mendengar suara Baim sahaja.

“Baim,” panggilku sekali lagi. Namun suasana tetap sunyi. Aku mula rasa tidak sedap hati.

“Baim…” jeritku berkali-kali.

Rupanya Baim telah mematikan talian tersebut. Kelopak mataku mula terbit titisan air. Sungguh aku sedih. Tega sungguh Baim membuatku sedemikian rupa. Apa salah dan silapku sehinggakan Baim langsung tidak mahu mendengar suara aku.

Randy hanya memandang aku. Mungkin Randy juga tidak mengerti mengapa Baim membuatku begitu.

Dan disaat itu aku seakan mengerti bahawa aku sudah tiada di hati Baim lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience