BAB 14

Romance Completed 8951

Seminggu kemudian Baim menghantar mesej kepadaku. Maklumlah kami jarang berjumpa di sekolah berikutan jadual kami yang masing-masing sibuk. Kadang-kadang kami langsung tidak bertemu disekolah. Hanya telifonlah yang menyatukan kami. Aku membaca mesej tersebut.

+ Esok kita jumpa ditempat biasa.

Aku tersenyum. Pasti ibu akan bagi pelepasan kerana esok adalah hari sabtu. Segera aku menaip untuk membalas mesej tersebut.

– Baik bos. See u tomorow.

*****

“Saya mintak maaf. Mama perlukan saya. Hanya saya anak yang dia ada. Saya perlu pulang ke kota Kinabalu.”

Aku masih lagi diam. Sungguh aku terperanjat bila Baim menyatakan yang dia mahu bertukar sekolah. Dia akan kembali bersekolah di Kota Kinabalu. Sungguh aku terperanjat. Mama nya mahu dia pulang kesana dengan segera. Habis bagaimana dengan pengajian Baim disini. Lagi 2 minggu SPM akan tiba.

“Marsha…” sayu Baim memanggil namaku.

Aku masih lagi diam. Muka kutundukkan ke bawah. Terasa air mataku mahu menitis deras. Namun masih kutahan.

“Mar saya janji bila cuti saya akan datang sini semula. Habis SPM, Saya akan sambung belajar disini.”

Aku masih diam. Entah aku sendiri tidak tahu apa yang ingin aku katakan. Gembirakah aku dengan kepergian Baim atau sedihkah aku dengan pemergiannya.

“Mar awak jangan diam. Sekali awak diam seribu kali saya merana.”

“Awak pergi sajalah. Saya faham.” Itu sahaja ayat yang mampu ku beri.

“saya janji bila ada kelapangan saya akan pulang jenguk awak disini. Awak jangan risau ye saya akan selalu telifon awak.”

Baim terus mencapai tanganku. Lalu dibawa kedadanya. Aku pura-pura senyum padahal di hati bagaikan koyakan kertas yang begitu menghimpit hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience