BAB 11

Romance Completed 8951

Sebulan aku mengenali Baim. Sumpah aku amat selesa berkawan dengannya. Aku agak terperanjat apabila Baim mengajakku menemaninya keluar.Aku hanya mampu mengangguk.

Kami menuju ke tasik itu dengan perasaan malu yang masih menebal. Habis sahaja sekolah tadi Baim terus menjemputku untuk ke tasik ini. Nasib baiklah ibu membenarkan aku pergi bersama Baim. Mungkin ibu sudah mengenali Baim. Apatah lagi Baim menunjukkan kerajinannya ala-ala anak mithali. Aku apa lagi terus melompat keriangan ketika ibu memberi lampu hijau padaku. Lompat ala-ala kungfu panda.

Kami duduk dibawah sepohon pokok yang sangat rendang. Cahaya matahari pun tak nampak. Baim senyum memandangku. Aku membalas senyumannya. Sungguh dihati bagaikan mahu pecah. Malah tulangku juga seperti mahu patah. Bibirku terketar-ketar menahan debar yang memuncak didalam dada.

Ya! Kami berdua sahaja disini. Dulu aku menemani Flora dan Randy bertemu tapi sekarang aku pula yang mengalami situasi ini.

Suasana sunyi sepi. Namun suara Baim memecahkan tembok kesunyian diantara kami.

“Marsha….” panggil Baim.

Aku membetulkan kedudukan

“Ya,” balasku.

Baim diam. Sesekali dia mengeluh.

“Saya ada hal nak beritahu awak. Tu yang saya bawa awak kesini.”

Jantungku berdebar lagi. Bagaikan mahu gugur. Bicara apakah yang Baim mahu memberitahuku.

“Awak nak beritahu apa?”

“saya harap awak jangan marah saya, Mar”

“Cakap saja Baim jika ada apa-apa saya boleh bantu awak.”

“saya dah jatuh cinta dengan awak Mar.” Senafas Baim mengatakan ayat keramat itu.

Aku terkaku. Malah jantung juga bagaikan berhenti berdenyut. Aku bermimpi atau berkhayal. Aku menampar mukaku berkali-kali namun wajah Baim masih terpacak dihadapanku. Nyata aku tidak bermimpi.

Baim terus memandangku. Matanya memandang tepat ke wajahku.

“Saya serius Mar, saya janji takkan pernah mensia-siakan awak, sudikah awak menjadi kekasih saya buat selamanya?”

Mataku tiba-tiba berair. Adakah Baim cinta pertamaku. Dan Insya-ALLAH akan menjadi cinta terakhirku. Aku berdoa dalam hati. Ya ALLAH terima kasih kau temukan aku dan Baim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience