BAB 1

Romance Completed 8951

Sedekad yang lalu…

Bila sebut pasal cinta, sumpah sedikit pun aku tak ada pengalaman dalam percintaan. Sedih bukan?. Dalam usiaku yang baru menginjak usia 17 tahun, aku masih lagi duduk dalam lingkungan duniaku sendiri. Masih tidak berjumpa dengan mana-mana cinta waima cinta monyet sekalipun. Berbeza dengan teman-temanku yang lain, Mimi, Ailin dan Flora, mereka ada kekasih hati. Aku pula masih ditakuk lama. Bukan aku tak ada perasaan cinta, tapi cinta yang tak hadir dalam hidupku. Lagipun relaxlah kan, aku masih muda apa. Tapi tulah desakan dan pengaruh sekeliling ni buat aku tertekan memikirkan kenapa hingga ke saat ini aku belum bertemu dengan lelaki yang menyukai aku. Apa aku tak lawa kah?

Dulu ketika aku ditingkatan tiga, aku pernah jatuh hati dengan seorang lelaki, iaitu rakan abangku sendiri. Namun seperti yang dijangkangkan, rakan abangku Ikhram namanya, langsung tidak memandangku. Dia hanya menganggap aku tidak lebih seperti adiknya sendiri. Sungguh aku kecewa tahap gaban. Betul-betul aku frust menonggeng.

Tapi itu kisah dua tahun yang lalu. Bagiku tiada apa lagi yang perlu dingatkan semula. Biarlah menjadi kenangan aku sendiri. Malah aku taklah terdesak sangat inginkan seorang teman lelaki. Hidupku sekarang pun dah kira bagus tanpa seorang lelaki.

Pagi itu aku bersiap ke sekolah seperti biasa. Aku turun kebawah lebih awal untuk membantu ibu yang sedang membuat sarapan. Bau nasi goreng menyengat rongga hidung.

“Wah sedapnya bau.” Pujiku.

Ibu yang sedang leka memotong buah tembikai terperanjat.

“Ada-ada saja kamu ni Mar.”

Aku tersenyum. Aku memang suka mengusik ibu. Sengaja mahu menghiburkan hati ibu. Aku menyalam ibu lalu mencium pipinya. Ibu membalas ciumanku.

“Along mana bu?” soalku.

“Dia pergi kerja awal hari ni katanya ada hal penting.”

“Ohh”

Aku mencapai pinggan lalu menceduk nasi goreng yang ibu sediakan. Ibu turut duduk disebelahku. Aku turut mencedukkan nasi goreng ke pinggan ibu.

“Ibu harap Mar dapat buat yang terbaik SPM nanti.” Ujar ibu ketika aku sedang mengunyah nasi goreng.

“Insyaallah bu, Mar tak janji tapi Mar akan cuba buat yang terbaik.” Ujarku ikhlas.

Sekali lagi ibu mencium aku. Sungguh aku amat menyayangi ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience