BAB 15

Romance Completed 8951

3 bulan kemudian.

Aku masih menanti panggilan dari Baim. Sudah 2 minggu dia tidak menghubungiku. Hatiku sudah mula terpalit rasa bimbang. Ada apa-apakah yang terjadi kepada Baim? Sehingakan dia langsung tidak menghubungiku. Buku dimeja kucapai. Aku mula menyelak helaian kertas. Esok adalah peperiksaan SPM ku yang terakhir. Buku teks ADD MATH itu kututup semula. Sumpah aku langsung tidak dapat memberikan perhatian apabila keadaanku begini.

Hanya panggilan dari Baim yang kuperlukan disaat ini. Hanya Baim! Otakku mula mencerna pelbagai andaian buruk. Mungkinkah Baim sudah melupakanku? Atau Baim sudah mempunyai teman wanita lain.

Segera semua andaian itu aku buang dari ingatanku jauh-jauh. Jam didinding berdenting keangka 12.30 minit pagi. Namun panggilan dari Baim masih sepi. Panggilan ku juga tidak berjawab. Ahhhhhhh sungguh kusut fikiranku.

Aku tersedar dari tidur ketika azan subuh sedang berkumandang. Segera aku bangun untuk menunaikan solat. Usai bersolat dan mempersiapkan diri untuk ke sekolah aku menjeling sekilas ke arah telifonku. Tiada panggilan apatah lagi mesej dari Baim. Hatiku dirundung pilu. Tiba-tiba aku mendapat satu akal. Bibirku mengukir senyuman manis. Moga-moga menjadi idea ku itu.

Aku keluar rumah lebih awal dari biasa meskipun kertas ADD MATH ku berlangsung pada pukul 10 pagi nanti. Aku tidak terus kesekolah tetapi aku menyinggah ke rumah Flora. Ketika aku datang Flora masih lagi tidur. Setelah penat dipujuk akhirnya Flora bangun dan bersetuju untuk menemani aku ke rumah Randy.

“Kau nak buat apa pergi rumah Si Randy aku tu.” Soal Flora.

“Adalah. Kau ikut jelah. Yang penting kau kena bantu aku.”

Sampai sahaja dirumah Randy aku segera menekan loceng. Seorang perempuan lewat 30-AN keluar dan tersenyum memandangku. Aku pasti itu adalah ibu Randy. “Cari siapa dik” soal wanita itu.

“Randy ada tak Mak Cik?”

“Ohh kamu kawannya Randy ya. Sekejap ya Mak Cik panggilkan.”

Perempuan itu terus masuk kedalam rumah. Lima minit kemudian perempuan itu muncul bersama Randy. Randy tersenyum memandang Flora. Belum sempat Randy membuka mulut aku terlebih dahulu bertanya.

“Randy kau kena tolong aku!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience