BAB 31

Romance Completed 8951

2013

“Baim nak kemana tu” ujarku bertanyakan kemana anak kecil itu ingin pergi. Namun anak kecil itu hanya mengelengkan kepala tanda tidak tahu.

Aku terus bangun dan mengambil Baim apabila si kecil itu sudah mula mahu berdiri.

“Baim tak boleh pergi sana. Situ tempat orang besar-besar yang main.” Ujarku kepada anak kecil itu apabila dia sudah mula menangis.

Kemudian anak kecil itu meronta lagi.

“Bagi abang pulak lah yang pegang Baim.” Kata seorang lelaki yang datang ke arahku.

Kemudian si ayah mengambil anak kecil itu dariku. Apabila sampai sahaja anak kecil itu ke pelukan ayahnya, anak itu berhenti menangis. Aku tersenyum. Manja sungguh Baim dengan ayahnya.

Aku memandang jam ditangan lagi 10 minit, flight ku untuk ke Sabah akan berlepas. Aku memandang Abang Iqram.

“Abang jomlah, dah lewat ni.” ajak ku kepada Abang Iqram.

Abang Iqram mengangguk lalu kami bersama beriringan menuju ke bilik berlepas.

*****

Kami tiba ke Sabah ketika itu jam tepat berdenting ke nombor 8 pagi. Seorang pemandu yang disewa sedang menunggu kami. Pemandu yang lebih suka dipanggil Herno itu membawa kami ke sebuah rumah banglo 2 tingkat yang sewaktu dahulu aku pernah kesana.

“Abang tunggu sekejap ya.” Ujarku kepada suamiku, abang Iqram.

Aku mengetuk pintu banglo itu. 2 minit kemudian seorang wanita keluar bersama 2 orang anaknya dan tersenyum memandangku.

“Sampai pun kau. Ingatnya tak sampai.” Flora memelukku erat.

“Marilah masuk Randy dah tunggu dah. Ajak suami dan anak kau sekali.”

Aku mengangguk. Lalu melangkah ke teksi untuk memanggil abang Iqram.

Aku memandang banglo 2 tingkat itu. Hampir 8 tahun aku meninggalkannya. Dan pada hari ini aku menjejakkan kaki semula kesini. Sejak kepergian Baim, Randy telah duduk dirumah itu bersama Flora.

Aku masih dapat menghidu bau arwah Baim disini.

Aku tahu rohnya ada disini. Sedang memandangku gembira kerana sudah menunaikan janjinya. Aku sudah berkahwin dengan Abang Iqram dan sekarang sudah mempunyai seorang anak lelaki yang ku berikan nama seperti nama arwah Baim.

Muhamad Eric Ibrahim bin Iqram Danny.

Itulah nama anak lelakiku. Setiap kali aku memandang anak itu, ingatanku pada Baim akan muncul. Dan kenangan aku dan Baim tak akan pudar dalam kotak memoriku selagi aku hidup di atas muka bumi ini.

Baim!!

Aku sentiasa mengingatinya dan menitipkan doa untuknya agar rohnya tenang di alam sana.

Aku memandang rantai dileherku. Rantai arwah Baim beri kepadaku. Aku tersenyum.

“Saya cintakan awak Marsya sepenuh hati saya.”

“Baim saya sedang meneruskan hidup saya bersama debu-debu cinta kita. Seperti”

Kenangan itu masih segar diingatanku. Untuk sementara ini, biarlah aku mngenang cinta yang sudah beterbangan di udara, menanti di satu sudut hujung pelangi, ia ibarat cinta yang indah tapi hanya untuk dilihat dan dirasa. Biarlah aku mengenang segala keindahan cinta kita yang sarat dengan warna indah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience