BAB 5

Romance Completed 8951

Seperti yang dijanjikan aku membantu Flora untuk memberitahu kepada Randy tentang salam perkenalan Flora. Memang nasib menyebelahi Flora dan aku kerana kebetulan Cikgu Shakir tidak masuk ke kelas kerana Cikgu Shakir masih demam. Aku pergi ke kelas tingkatan 5 Maju yang terletak di tingkat 3 bangunan B. Flora tersenyum-senyum memandang kelibat Randy yang sedang berbual-bual bersama rakan-rakannya yang lain.

“Mar itu la Randy. Pergilah cakap dengan dia. Aku dah tak sabar dah ni.” Ujar Flora semakin tidak sabar.

“Sabarlah malu la kawan-kawan dia ada. Tunggu sekejap.” Balasku.

Kebetulan Randy yang terpandang kelibat aku dan Flora terus bangun dan datang kearah kami. Ternyata senyuman Randy memang membuatkan Flora semakin tidak keruan.

“Hai cari siapa?” tanya Randy.

Aku tidak tahu ingin membalas apa.

Flora memijak kakiku. “Mar cakaplah.” Bisik Flora.

“Err sebenarnya saya cari awak Randy.”

Randy kehairanan “Cari saya.” Ujarnya sambil menuding ke dirinya sendiri.

“Err ya boleh cakap dekat sana tak” ujarku sambil menunjukkan kearah sebuah kelas yang agak kosong. Flora mengikutiku dari belakang.

“Yes nak apa?” soal Randy penuh bergaya.

Aku mula kelam kabut. Entah apa yang aku ingin katakan. “sebenarnya saya cuma nak sampaikan salam pada awak. Ada orang kirim salam dan nak berkenalan dengan awak.” Kataku sepantas kilat.

Randy terperanjat. 3 saat kemudian dia kembali tersenyum. “Ya ke, Siapa?”

Flora terjerit kecil. Riang hatinya.

Aku tersenyum. Nampaknya Randy juga seakan bersetuju. Hahaha bila si gatal bertemu si gatal. Memang huru-hara jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience