BAB 18

Romance Completed 8951

“Praktikal di Sabah?”

“Ya, pratikal di Sabah.”

“Tapi kenapa saya?”

“Sebab nama awak yang diundi!”

“Tapi Prof saya nak buat pratikal di semenanjung saja.” Balasku agak terkejut kerana namaku yang dipilih untuk membuat Praktikal di Sabah.

“Kalau awak nak bantah keputusan ni awak boleh jumpa dengan Tuan Pengarah.”

Aku runsing. Aku tidak mahu pergi Sabah. Jika aku pergi siapa yang akan menjaga dan membantu ibu? Ohh Tuhan bantu aku.

*****

Kali pertama menjejakkan kaki ke Sabah membuatkanku agak terkejut. Dengan suasana yang agak sejuk dan mendamaikan membuatkan sesiapa saja akan teruja untuk datang ke sini. Aku mencari-cari alamat rumah sewaku di dalam beg. Aku akan tinggal di sebuah rumah sewa di Kota Kinabalu bersama 3 orang lagi rakan baru yang akan membuat praktikal bersamaku.

Aku tiba di rumah sewaktu tepat pukul 6 petang. Sungguh aku berasa penat yang teramat sangat hari ini. Ketika sampai 3 orang rakan baruku itu sudah sampai awal. Kami berkenalan dan beramah mesra. Ellyna, Suki dan Sasa kini menjadi rakan baruku.

Aku berkongsi bilik bersama Elly gadis dusun yang berasal dari Kota Marudu. Kami hanya berkenalan sikit-sikit saja, kerana masing-masing sudah keletihan yang teramat sangat. Aku hanya sempat menanyakan nama panggilan Ellyna yang lebih suka di panggil Elly. Berumur 22 tahun.

Setelah mengemaskan apa yang patut aku terus mencampakkan diriku diatas katil. Tanpa disuruh mataku lena terlelap di ulit mimpi.

Keesokan harinya aku masih terus mengemas apa yang patut. Suki sudah keluar katanya mahu membeli barang. Sasa pula terkurung didalam biliknya. Kini tinggal aku dan Elly saja. Elly sedang leka memegang telefon bimbitnya. Ada kerutan di wajahnya.

“Elly?” panggilku memecahkan kebuntuan diantara kami.

Elly yang sedang leka, memandangku. Ternyata senyumannya sungguh menawan.

“Ya.”

“Kenapa muka berkerut ada masalah ke?”

Elly tersenyum sekali lagi. “Tak ada apa-apa lah Mar.”

Aku hanya mengangkat bahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience