BAB 1

Drama Completed 667

AKU melutut di kaki Rashid . Airmataku gugur bagaikan hujan di musim bah.
Usah dikira malu, aku lebih rela mencium kakinya jika itu yang Rashid
inginkan.

“Jangan pergi, Iz. Jangan tinggalkan Ees macam ni,” rayuku tanpa
mempedulikan wajah waRika yang sedang berdiri di sebelah Rashid .
Cebikan dan herdikannya aku telan seboleh mungkin.Betapa pahit pun harus
jua aku telan bila terbias di korneaku wajah mak, ayah dan juga abangku,
Iqbal.

Wajah bengis Abang Iqbal menari-nari di mata. Raut sedih mak juga
terbayang-bayang. Begitu juga dengan amukan ayah. Aku takut. Takut
hendak menghadapi mereka jika Rashid terus nekad meninggalkanku di saat
kami telah mengikat tali pertunangan dan akan dinikahkan dalam waktu
terdekat ini.

“Eh, Rashid … orang dah tak nak, yang kau dok melutut lagi tu kenapa? Tak
ada maruah?” herdik waRika yang ku kenali sebagai Rika itu.
Dia paut lengan Rashid sedangkan aku masih menahan wajah memaut kaki Rashid
agar tidak berlalu.

“Jangan pergi, Iz,” rayuku lagi tanpa mempedulikan herdikan Rika.

“Kita dah nak kahwin ni, Iz. Jangan buat keluarga Ees macam ni. Macam
mana keluarga Ees nak hadapi semua ni, Iz?”

“Ees , Iz minta maaf tapi rasanya kita memang tak serasi dah nak hidup
bersama. Iz lebih selesa bersama Rika. Lagipun, cinta Iz pada Ees dah
tak ada!” Tenang saja Rashid menjawab tanpa memikirkan perasaanku.
Airmataku terus merembes bila Rashid merentap kakinya dari terus dipaut
olehku.

“Iz minta maaf, Ees . Nanti Iz hantar wakil untuk putuskan hubungan
pertunangan kita dengan baik.” Tutur kata Rashid kali ini membuatkan
semangatku lemah.
Aku lepas tanganku dari terus memaut lututnya. Rasanya sudah tiada guna
aku memaksa Rashid terus hidup bersamaku bila dia berkata demikian. Betapa
aku terluka. Sesungguhnya luka akibat tindakan Rashid kali ini.

Aku angkat tubuh. Berdiri dengan kekuatan yang berbaki. Sekarang ini,
aku akan biarlah Rashid berlalu. Yang pasti, aku perlu menghadapi wajah
keluarga pula. Perkara ini harus aku beritahu kepada mereka sebelum
wakil daripada pihak Rashid datang memutuskan segala yang telah terikat
selama setahun ini.

“Jomlah, Iz. Jangan dilayan perempuan tak tahu malu ni. Melutut bagai.
Kalau aku lah, dah lama aku blah kalau orang dah tak nak,” cebik Rika lagi.
Wajahku menekur ke lantai. Pedih hendak menatap wajah mereka berdua.
Andai begini pengakhirannya kisah aku dan Rashid , apalah daya hendakku
halang.

“Sorry once again, Ees . We are not meant to each other. Ees carilah
seseorang yang mampu bahagiakan, Ees .”
Sesenang itu Rashid menuturkan maaf. Dulu dia pernah berjanji tapi kini
dia telah mungkiri kerana seorang waRika yang kini berdiri rapat
padanya. Memaut lengan sasa Rashid tanpa menghiraukan halal atau haram
kulit itu padanya.

Lututku mula terasa longlai. Kepala sudah mula berpinar mungkin kerana
air mata yang semakin galak mengalir. Pandanganku agak berbalam. Bila
aku hampir rebah, tanpaku sedar, seseorang sudah memaut bahuku. Erat!

Aku bulatkan mata melihat empunya diri. Terlopong seketika bila seraut
wajah tampan milik seorang lelaki berdiri tepat di sisiku. Masih memaut
bahuku tanpa ada tanda hendak dilepaskan. Malah semakin kemas pula.

“Kan saya dah cakap. Kalau kata dia tak nak kan awak, saya sanggup
terima awak,” ujarnya bersungguh-sungguh.
Matanya langsung tidak berkedip. Dan aku pula, terus terdiam tanpa mampu
berkata apa-apa. Kelu! Dia terus melarikan pandangan ke arah Rashid dan Rika.

“Terima kasih sebab kau sudi lepaskan dia. Sebab aku akan jaga dia
sebaik mungkin. Lepas ni aku harap, kau tak akan muncul lagi,” tekan
lelaki ini pada Rashid .

“Apa semua ni, Ees ?” Rashid berwajah tidak percaya. Rika juga terkejut
habis namun dari riak matanya, aku tahu galak memandang ke arah lelaki ini.

“Er.. er.. Ees …”

“Aku cintakan, Ees . Dah lama tapi kesetiaan dia pada kau menghalang aku
mendekati dia. So, rasanya kau dengan dia tak tamat, kan? Jadi, tak ada
apa lagi yang akan halang aku mendekati Ees !”

Lelaki ini sudah mula menyebut namaku. Aku langsung tidak pelik kerana
Rashid terlebih dahulu menyebut namaku tadi. Dan aku, terlopong tidak
terkata apa. Tidak langsung rasa hendak menidakkannya.

“Err, kau siapa?” tanya Rashid tergagap-gagap.

“Aku Jehan . Jehan ullah,” jawab lelaki ini tenang. Setenang air di kali.

Rashid mula mengerutkan wajahnya. Rika tersenyum manis pada lelaki yang
memperkenalkan dirinya sebagai Jehan ini.

“Jom, Ees . Jehan hantar Ees balik.” Dia terus saja menarik tanganku
memaksa aku mengikutnya.
Aku hanya memerhatikan wajah itu yang selangkah mendahuluiku. Dia tenang
melangkah dengan tangan yang masih menggenggam pergelangan tanganku.

“Okey, toksah ucap terima kasih.” Dia lepaskan tanganku selepas kami
sudah jauh daripada Rashid dan Rika.

“Saya cuma menolong sebab tak sampai hati tengok awak dok merayu lelaki
tak guna macam tu. Buat malu kaum hawa je. Kalau kata cinta pun, maruah
tu biar terjunjung tak tercapai oleh mana-mana tangan. Jangan rendahkan
harga diri sebab cinta yang belum tentu kekal untuk awak tu,” tekannya
lagi lantas berlalu.

Aku terkedu. Tidak sempat berkata apa-apa untuk mempertahankan diri. Dia
tidak pernah tahu yang aku sudah terhimpit di tengah-tengah. Antara
maruah diri sendiri atau maruah keluarga. Pedih hati ini mendengarkan
kata-kata Jehan tadi. Setitis air mataku gugur jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience