DARI jauh aku lihat Jehan tertunduk memeluk mangkuk tingkat dia kerusi
yang sama pertama kali dia menghulurkan sapu tangan buatku dulu.
Cepat-cepat aku dekati dia dengan wajah tenang sedangkan gelojak hatiku
udah digambarkan lagi. Resah, gelisah, rindu, geram bercampur baur.
”Encik buat apa malam-malam kat sini? Bukan ke encik ada rumah? Kenapa
tak balik je kalau dah habis kerja? Atau encik nak saya temankan encik
balik?” Aku jungkit kening dengan wajah tidak beriak bila dia mendongak
padaku.
Dia pantas bangkit memegang bahuku kemas. ”Ees buat apa kat sini?” tanya
dia semula.
”Jehan jawab dulu apa yang Ees tanya.”
Dia kelihatan sebak. ”Jehan cuma tunggu Ees walapun Jehan tahu yang Ees
tak akan....”
”Ees datang. Ees dengar Jehan menyeru nama Ees . Sebab tu Ees kat sini,”
cantasku cepat-cepat. Aku lihat Jehan mengesat hujung matanya.
”Jehan cintakan, Ees . Jehan tak pernah hargakan cinta kita,” ucapnya
bersungguh-sungguh. Aku angguk dan ku ukir senyuman manis buat dia.
Andai dulu dia sering mengatakan aku suka menangis dan hari ini biarlah
aku pujuk kesedihannya itu dengan senyumanku pula.
”Ees dah tahu semuanya. Tapi, kenapa Jehan sanggup biarkan Ees balik
macam tu je?” tanyaku ingin tahu. Sedangkan dia juga tahu yang aku
sedang menantinya malam itu. Aku mahu kejutan daripada dia.
”Rashid datang pada Jehan dan kata Jehan hanya membuat Ees susah dengan
hidup dengan Jehan yang tak mampu nak adakan istana buat puteri ni.
Biarkan Ees dengan baju lusuh, makan di gerai. Memang Jehan tak mampu
seperti mana yang dia mampu.” Dia meluahkan hakikat.
Aku menggeleng kecil. ”Mungkin segala kemewahan itu Rashid mampu tapi dia
tak mampu menjaga dan mennyintai Ees seperti mana Jehan ,” sahutku lembut.
Kali ini, Jehan tersenyum senang. Dia mengetuk kepalanya berkali-kali
seperti menghukum diri sendiri.
”Majlis kahwin Ees dengan dia macam mana?” tanya Jehan padaku. Aku
lebarkan senyum.
”Majlis akan berlangsung. Pengantin perempuan sama yang bezanya hanyalah
pengantin lelaki. Ees nak bawa Jehan ke pentas persandingan. Mungkin Jehan
nak cakap Ees tak malu, tapi Ees tak mampu berjauhan dari Jehan lagi,”
ujarku sebak dan bila dia mengangguk, aku hela nafas lega.
”Tapi, Jehan tak cukup duit lagi nak buat hantaran. Gaji yang Jehan buat
overtime selama ni cukup tebus ni je.” Dia seluk poket jeans nya dan
mengeluarkan seutas gelang dan rantai milik aku yang pernah aku gadaikan
dulu. Mataku bulat.
”Dan inilah kejutan yang Jehan nak bagi pada Ees dulu.” Dia seluk
poketnya sekali lagi dan ternyata, sebentuk cincin belah rotan itu
berkilau menyentuh bola mataku. Aku tekup mulut.
”Banyaknya duit Jehan beli semua ni?” tanyaku tidak percaya.
”Errr...” Dia garu kepala. ”Tak ada langsung dah. Yang tinggal RM111.11
yang ayah Ees bagi malam tadi je. Duit hantaran memang Jehan tak mampu
lagi setakat ni,” ujar dia takut-takut.
Aku capai cincin belah rotan dari tangannya dan terus aku sarung sendiri
ke jari manisku. Muat-muat saja. ”Cukup dah semua ni. Sangat cukup,”
ucapku separuh berbisik dan penuh bermakna. Jehan aku lihat garu kepala.
Hari ini, baru perasan rambutnya sudah kemas dan wajah itu sudah nampak
bersih dan tampan di mataku. Cuma pakaiannya saja agak selekeh.
”Ini ada 50 sen yang Jehan bagi ayah semalam. Ayah cakap keep the change.
Lagipun untuk tambah duit hantaran nanti.” Aku melirik ke arahnya penuh
makna. Semakin berkerut wajah itu.
Share this novel