BAB 8

Drama Completed 667

BEKAL di tangan aku peluk kemas ke dada. Masih panas lagi mangkuk
tingkat ini. Puas hati kerana dapat membeli barang dapur dan memasak
untuk makan tengah hari Jehan . Aku duduk di tempat pertama kali dia
menegurku dulu. Menanti dia setelah pada temannya, aku titipkan pesan
agar dia datang padaku waktu rehatnya.

Dalam fikiranku, berbagai soalan yang ingin aku ajukan buat dia. Ke
manakah dia seminggu ini? Kenapa tidak dijenguknya aku? Sihatkah dia?
Makankah dia?

”Buat apa datang sini?” Aku pantas bangkit tatkala mendekatkan suaranya
dekat di telingaku. Langsung tiada kemesraan seperti seminggu lalu malah
rasanya semakin dingin dan beku.

”Err, Ees bawakan awak makan tengah hari.” Aku senyum ceria. Terasa malu
pula dia menatap wajahku kala ini.

”Siapa suruh?” Suaranya dingin dan dia terus saja duduk melepaskan lelah
di kerusi. Aku turut sama duduk sedikit menjarak.

”Tak ada orang suruh. Ees buat sendiri sebab awak tak datang jumpa Ees
dah lama.” Aku menjawab dengan kiasan. Menyatakan rasa rindu padanya
semakin menderu-deru. Jehan mengeluh.

”Jangan susahkan diri sebab saya, Rashid .”

”Tak, Ees tak rasa susah pun. Ees bahagia je.” Aku menggeleng menidakkan
anggapannya. Dia menjeling ke arahku.

”Mana dapat duit buat bekal ni?” Dahinya berkerut. Kening hitam lebat
itu hampir saja bertaut.

”Emm, duit Ees lah.”

”Yalah. Duit awak jumpa ke, rompak ke, magik ke, apa?” sindir dia. Aku
telan liur. Takut pula hendak menyatakan hakikat.

”Err, Ees jual rantai dan gelang emas tu.”

Jehan mengeluh berat. “Rashid , kenapa macam ni? Itu je yang awak ada kan
pemberian mak awak. Tak sayang ke?”

Aku ketap bibir. Tubir mataku terasa sarat lagi. Aku merasakan yang dia
langsung tidak menghargai penat lelahku menyediakan segalanya untuk dia.

”Harta tu boleh cari, Ees lebih sayangkan....” Suaraku mati. Tidak
sanggup hendak meneruskannya lagi. Mangkuk tingkat itu aku peluk erat.
Airmataku mengalir perlahan-lahan.

”Sayangkan apa?” tanya dia lagi. Aku diam membatu melayan rasa pedih di
hati.

”Lebih sayangkan apa?” tanya dia keras.

”Ees , lebih sayangkan awak daripada semua tu,” jawabku bersendu. Aku
dengar Jehan ketawa.

”Sayang lelaki macam saya ni? Tak ada rupa, tak ada harta, tak ada
keluarga, tak ada pendidikan. Semua tak ada. Macam tu?” Nadanya jelas
menunjukkan yang dia tidak mempercayaiku langsung.

”Ees sayang awak sebab perasaan ini anugerah Allah. Tapi, kalau kata
awak tak nak terima Ees , tak apa. Ees faham sebab Ees dah banyak
susahkan awak. Jadi, sebelum Ees pergi izinkan Ees balas budi awak sikit
seperti mana awak pernah minta izin untuk Ees percayakan awak selama
ni,” ucapku lalu aku letak mangkuk tingkat itu di sisinya dan membawa
kaki aku melangkah pergi dan aku tahu, Jehan langsung tidak mengejarku.

Kini, aku yakin dia tidak pernah menyintaiku seperti mana hati ini
merasakan begitu. Aku yakin, renungannya padaku selama ini hanya
disulami simpati semata-mata. Kala dan saat ini, aku benar-benar rasa
bersendiri di dunia tanpa ada teman setelah aku rasakan pengakuanku tadi
akan membawa Jehan terus menjauh daripadaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience