JAM sudah menghampiri 9.30 malam. Aku masih lagi merayau-rayau sendirian
di dalam Parkson. Banyak kedai yang sudah mahu tutup. Suasana Parkson
juga sudah bertukar sepi. Hanya pekerja saja yang sedang berkemas-kemas
dan pengunjungnya pula hanya aku seorang.
Lenguh kaki ini terus menapak tanpa hala dan tujuan, aku labuhkan duduk
di sebuah bangku. Merenung ke arah beberpa orang pekerja yang sedang
bergelak ketawa. Namun aku, tidak pernah bekerja, dimandikan kemewahan
semata-mata. Mengenali Rashid juga kerana urusan perniagaan antara ayah
serta Abang Iqbal dengan keluarga Rashid tapi aku benar-benar ikhlas
menyintai dia. Hari ini, andai aku dihalau keluar daripada rumah itu,
hendak ke mana aku bawa langkah kaki ini? Terasa bagaikan patah sayapku
hendak terbang tinggi lagi.
Tanpa sedar, airmata aku merintik tanpa paksa. Bermula dengan titisan
tanpa suara hingga menjadi esakan yang kasar dan akhirnya bersendu.
”Tak elok perempuan kat luar malam-malam macam ni,” tegur satu suara
sambil tangan itu menghulurkan sehelai sapu tangan.
Bila aku angkat wajah, tubuhku juga terangkat sama. Mata yang berair ini
buntang melihatkan wajah yang jelas di mataku. Jehan ! Dia pandang aku
tanpa riak. Tanpa senyum, tidak juga terbias dengan riak marah.
”Kan saya dah suruh awak balik tadi. Kenapa awak merayau kat luar lagi
sampai malam ni?” tanya dia keras. Aku ketap bibir. Tidak tahu apakah
jawapan yang harus aku katakan. Rasanya lidah ini sudah terpasung pada
lelangit. Kelu seribu bahasa.
”Saya... saya...,” Aku tidak mampu bersuara. Kala ini, terngiang-ngiang
suara Abang Iqbal dan ayah di telingaku. Silih berganti memarahi dan
menghalau aku daripada rumah.
”Saya apa?’ Dia jungkit kening dan aku pantas menggeleng dengan airmata
yang kembali berjuraian.
”Awak nak cakap awak kena halau dari rumah, macam tu?” tanya dia. Kali
ini aku diam bila telahan dia ternyata benar biarpun semua itu adalah
syarat daripada keluargaku bila aku tidak mahu memujuk Rashid .
Dia mengeluh lalu duduk di atas bangku. Sapu tangan yang dia hulurkan
tadi, dia genggam erat. Aku hanya tertunduk lemah. Tunduk menjadi
seseorang yang tewas. Tunduk menitiskan airmata.
”Kenapa awak kena halau?” tanya dia tenang.
”Tunang saya dah tinggalkan saya,” jawabku teragak-agak.
”Oh, siang tadi tu, tunanglah? Bukan pakwe?” Dia sengih sumbing.
”Kalau kata tunang awak tinggalkan awak, kenapa pulak awak yang kena
halau? Patutnya keluarga awak tak halau awak sebab bukan salah awak.
Melainkan ternyata awak yang curang.”
Aku angkat wajah dan terus merenung wajahnya. Rautnya tenang saja.
Setenang waktu dia menyelamatkan air mukaku siang tadi.
”Dia lebih dulu cakap nak putus sebab saya ada lelaki lain,” jawabku.
Dia angkat kening. ”Siapa? Awak memang ada lelaki lain ke?”
Entah mengapa, dengan lelaki ini, aku berasakan diri ini tertarik dengan
sendirinya. Namun kemudiannya, tertolak pula. Wajahnya langsung tiada
berperasaan. Simpati atau sedih. Cinta jauh sekali. Tiada langsung
kemesraan pada wajahnya.
”Dia cakap saya ada hubungan dengan awak.” Jujur saja aku menjawab dan
kali ini, jawapanku mengundang tawa dia. Tawa halus saja. Atau lebih
tepat lagi, tawa yang cukup sinis.
”Nama awak Ees , kan?”
Aku angguk mengiyakan soalan itu. ”Rashid ,” jawabku menyatakan nama
penuhku.
”Rashid ... Rashid ...,” ulang dia beberapa kali. Aku lihat dia meramas
rambutnya bagaikan kepala itu berat tertimpa masalah sedangkan akulah
sebenarnya yang ditimpa masalah kerana kemunculannya tadi.
“Rashid bermaksud puteri Nabi Adam yang cantik dan memang sesuai dengan
awak sebab awak puteri yang cantik pada mak ayah awak, cuma saya pelik.
Kenapa semua waRika cantik mesti bodoh?”
Aku terkedu dengan soalannya. Dengan kata lain, dia mahu katakan aku
sebenarnya bodoh.
”Apa maksud awak?” tanyaku dengan nafas yang tidak menentu.
”Itulah maksud saya. Kebanyakan waRika cantik yang saya jumpa semuanya
bodoh. Tak sesuai langsung punyai kecantikan pada wajah. Satu lagi,
terlalu lemah. Suka mengalirkan airmata,” ujar dia tenang. Jemarinya
tersulam sesama sendiri.
Aku renung mata itu tajam. Langsung tidak berkedip memberi amaran dalam
diam yang aku tidaklah sebodoh yang disangka. Aku punyai pendidikan
biarpun tidak berkerjaya.
”Saya tak sebodoh yang awak sangka, encik!” tekan aku keras dengan
airmata yang masih membasahi pipi.
Dia ketawa nipis. ”Tak bodoh ke sampai sanggup melutut di kaki lelaki?
Tak bodoh ke sampai sanggup merayau tak tentu hala bila keluarga halau?
Tak bodoh ke sebab suka menangis tak tentu pasal sedangkan awak ada
Allah tempat untuk awak mengadu?”
Terhenyak aku sendiri dengan soalan demi soalan yang terbit daripada
celah bibir kemerahan itu. Dia sengih lagi di hujung bibir dan terus
bangkit. Sapu tangan itu sekali lagi disuakan ke depanku. Bila aku tidak
menyambut, dia tarik tanganku dan diletakkan sapu tangan itu di telapak
tanganku.
”Jangan jadi bodoh, Rashid . Ambil sapu tangan ni. Lap muka tu
bersih-bersih. Tunggu sini kejap. Saya puch card, lepas tu saya hantar
awak balik. Saya tolong awak terangkan yang benar pada keluarga awak
pasal hal siang tadi sebab awak kata kerana saya awak kat sini, kan?"
Dia jungkit kening.
Aku tidak menjawab. Tidak tahu lagi apa yang harus aku katakan. Perlukah
aku mempercayai dia yang baru aku kenali sesaat cuma? Rasa curiga itu
ada tapi aku bagaikan berada di jalan mati. Tiada persimpangan lagi yang
harus aku pilih. Hanya satu-satunya yang tinggal, iaitu Jehan .
Hampir 15 minit aku menanti Jehan datang semula, dia akhirnya muncul
dengan wajah yang penat. Tapi, rautnya tenang. Sukar hendak ku tebak
rasa yang ada di dalam hati lelakinya itu.
”Rumah kat mana?” tanya dia.
”Jalan Haji Ahmad.”
Dia angkat kening. ”Saya ada motor je. Tapi, tak elok nak tumpangkan
awak malam-malam buta ni. Siang-siang pun tak elok. Tak manis. Kita naik
bas je. Nak naik teksi, saya tak dapat gaji lagi. Tapi, tak tahulah
kot-kot awak banyak duit nak naik teksi, saya tak kisah,” jujur saya dia
berkata-kata.
”Kita naik teksi je,” ujarku lalu dia angguk dan terus melangkah.
Jenuh aku menyaingi langkahnya. Rasanya, selangkah dia, dua langkah aku
terpaksa mengejar. Dia menonong saja tanpa menghiraukan aku yang
sesekali terpaksa berlari anak mengejar langkahnya.
Di dalam teksi, Jehan hanya diam sendiri. Langsung tidak dikerlingnya aku
di sisinya. Bila tiba tepat di depan rumah mak dan ayah, aku jadi
terpaku di kerusi teksi itu. Punggung ini bagaikan melekap sedangkan
Jehan terlebih dahulu turun dan terus saja membuka pintu di sebelahku.
”Ni ke, rumah awak?” tanya dia dan aku mengangguk.
”Awak cantik, kaya, apa lagi yang awak nak sesalkan kalau kata
kehilangan jantan perangai macam tu, hah Rashid ?” tanya dia kasar.
Sentiasa dihiasi bunga sindiran itu.
Aku membayar tambang teksi dan keluar juga bila Jehan mendesak. Kini, aku
tegak berdiri di depan pagar rumah bersama lelaki yang mungkin akan
dihempuk oleh Abang Iqbal. Mereka memang begitu. Tidak boleh dibuat main
apatah lagi segala perkara yang berkaitan untung dan rugi ini termasuk
memperdagangkan anak atau adik sendiri.
”Assalamualaikum....,” laung Jehan kuat. Sekali salam saja, aku nampak
wajah Abang Iqbal terjengul di pintu. Pagar otomatik ini terbuka luas.
Dia keluar dengan wajah kelat dengan bercekak pinggang. Diikuti pula
dengan ayah dan mak.
“Hah, Ees ? Mana Rashid ? Aku telefon Rashid dia kata kau tak datang jumpa dia
pun?” tanya Abang Iqbal kasar. Aku terus membawa tubuhku bersembunyi di
belakang Jehan . Dia yang mengerti hanya menjeling sekilas ke arahku.
”Aku memang dah agak yang kau tak akan minta maaf pada Rashid tapi kau
memang akan bawa balik jantan lain. Aku memang dah agak Ees !” marah dia
semakin kuat. Airmata aku menitis lagi. Takut menerima tamparannya lagi.
”Kenapa Ees tak pergi minta maaf dengan Rashid ?” tanya ayah pula. Langsung
tidak bertanya, baikkah aku, dari manakah aku ini? Sudah makankah?
”Pak cik, bang... Saya Jehan ...”
Belum sempat Jehan menghabiskan kata-katanya, dia sudah tersungkur ke
bumi. Rebah di kakiku bila Abang Iqbal menumbuk wajahnya. Peliknya, dia
hanya tersenyum dan mengesat bibirnya yang sedikit berdarah tanpa
merungut atau hendak membalas sedikit pun.
Bila aku hendak membantu dia bangkit, dia menghalang. ”Kita bukan muhrim
untuk awak pegang saya, Rashid . Sepatutnya awak pergi pada abang awak,
darah daging sendiri,” tegurnya berbisik.
Tanganku terhenti. Lalu aku hanya mampu memandang dia bangkit dengan
kudrat sendiri.
”Dengar dulu penjelasan saya, bang... pak cik...,” rayu Jehan
bersungguh-sungguh.
”Saya datang ni nak hantar Rashid balik je. Dia merayau sorang-sorang
dekat bandar waktu-waktu macam ni, tak elok untuk anak gadis macam dia,
bang... pak cik,” ujar Jehan .
Aku lihat wajah ayah dan Abang Iqbal merah. Hanya mak yang diam terkaku
di belakang mereka tanpa ada tanda hendak membela aku kerana aku tahu,
mak juga tidak sudi menerima aku kembali jika tidak bersama Rashid .
”Tunang anak pak cik ni, lelaki tu yang curang sebenarnya. Dia tak
salah.” Jehan jeling ke arahku yang kembali menitiskan airmata.
”Kau jangan nak tuduh Rashid kalau kau tak kenal dia,” jerkah Abang Iqbal
kasar. Jehan mengeluh.
”Kita tak akan kenal seseorang hamba itu kecuali hanya Penciptanya
sahaja, bang. Tak elok abang buat adik sendiri macam ni. Benarkanlah dia
masuk, bang,” pujuk Jehan lagi.
”Eh, budak. Kau jangan nak tutup kesalahan kau dengan dia, kau cakap
Rashid pulak buat hal. Kalau betul dia buat hal, kenapa dia datang mengadu
yang kau dengan Rashid ni....” Abang Iqbal tuding jarinya terus padaku.
”.... ada hubungan sulit kat belakang dia?” Meninggi saja suara Abang
Iqbal. Matanya berapi-api memandang kami silih berganti.
“Jangan cepat memfitnah, bang. Abang tak kenal saya dan saya yakin,
abang juga tak kenal siapa Rashid tu. Ini adik abang, abang lebih kenali
dia daripada saya.” Jehan tolak aku mendekat kepada Abang Iqbal.
Tubuh ini terus membatu berdiri di sebelah Jehan tanpa mampu aku
melangkah bila ditolak. Kali ini, rasanya diri ini hanyalah barangan
yang sedang dijual beli oleh mereka. Ditolak ke sana sini tanpa ada yang
mengerti perasaanku.
”Aku dah agak, kau memang hasut Rashid ni tinggalkan Rashid . Kau memang
suka dia sebab nak tumpang harta kami, kan?” tuduh Abang Iqbal lagi dan
kali ini, penumbuknya sekali lagi mahu menyapa kasar wajah Jehan bila aku
lebih cepat membawa tubuhku berada di depan tubuh sasa lelaki yang tidak
aku kenali ini.
Aku tidak rela dia disakiti lagi sedangkan niatnya terlalu luhur. Hendak
membantu. Namun, kenapa darah daging sendiri tidak mempercayaiku?
”Jangan pukul dia lagi, bang. Sakit dia sakit lagi Ees . Jangan pukul
suami Ees , abang,” tangisku dengan mata yang penuh merayu agar abangku
ini tidak terus berkasar.
Tanpa sedar, terpacul perkataan suami itu dari bibirku. Aku tahu, hanya
dengan cara ini, Abang Iqbal dan ayah akan melepaskan Jehan pergi dan
sudah pastinya aku jua.
Aku rasa tangan Jehan menolak bahuku ketepi, tapi aku tidak mahu berlalu.
Aku mahu dia bawa aku pergi bersamanya bila aku bagaikan tidak berharga
langsung pada keluarga sendiri.
”Jangan pukul suami Ees ,” ulang aku lagi dan kali ini lebih keras
biarpun di dalam esak tangis yang semakin menggila.
Aku palingkan wajah merenung anak mata Jehan . Aku tahu mata itu jelas
terkejut. Dia tidak terkata apa. Kelu saja.
”Aku dah agak dah. Tengok ni mak, ayah apa budak sial ni buat pada
kita?” Berdentum suara Abang Iqbal kali ini.
Mak memandang kami tidak berkelip. Riaknya langsung tidak berperasaan.
Ayah mendekat pada kami dan bila aku renung matanya, pipi aku sekali
lagi menjadi sasaran dan pantas Jehan menyambut bila aku hampir
tersungkur ke simen.
”Mulai hari ini, kau bukan lagi anak aku, Rashid . Iqbal, kamu bekukan
semua kad kredit dia, bekukan semua elaun dan akaun dia. Ayah nak kau
senarai hitamkan nama dia supaya dia tak boleh nak mohon apa-apa jawatan
dekat mana-mana syarikat selagi ayah hidup!” tekan ayah keras. Dia terus
berlalu dengan mata yang merah.
Aku yang mendengarkan hampir saja terkulai sekali lagi. ”Jangan buat Ees
macam ni, ayah. Mak, tolong Ees mak. Ees tak salah...” rayu aku pada mak.
”Pergilah, nak ikut suami kamu. Mak juga punyai suami untuk mak patuh
pada dia dan mak harap, Ees juga patuh pada Jehan .” Mak menitiskan
airmata. Dia membuka seutas rantai dan seutas gelang dari pergelangan
tangannya lalu diletakkan di atas telapak tanganku.
”Ini je mak mampu beri untuk Ees ,” ucap mak. Dia memandang pula ke arah
Jehan yang sedari tadi diam membisu.
”Jehan jaga amanah mak ni baik-baik, nak. Jangan persiakan dia macam mana
kami layan dia tak ubah macam barang selama ni,” akui mak jujur.
Airmatanya terus menitis dan bila aku paut tubuhnya, mak mencium dahiku
lama dan dia terus berlalu tanpa menoleh lagi.
Serentak itu, pagar otomatik tertutup rapat menghalau langkah aku dan
Jehan . Aku tersedu-sedu. Tubuh ini menggigil bila terbukti kini, aku
benar-benar dihalau pergi. Sehelai sepinggang. Tanpa membawa apa-apa
kerana ayah telah mengharamkan segalanya.
Share this novel