KELUARGAKU langsung tidak mampu mengubah kehendakku bila aku telah
tetapkan hantaran kahwin antara aku dan Jehan . Aku tahu Jehan segan hendak menyebutkan tapi, aku amat berharap dia ikhlas menuturkan jumlah itu.
”Aku terima nikahnya Raeesa binti Ilyas dengan mas kahwinnya
sebanyak RM111.11 ...,” jawab Jehan tenang. Dia kemudiannya melirik ke
arahku dan aku hanya tersenyum lebar dan semakin melebar.
Aku terima cinta Jehan bukan kerana harga. Aku terima dia kerana
kesungguhhannya menjagaku selama ini. Kerana perasaan halus ini adalah
kurniaan Allah buat kami.
Malamnya, aku hanya duduk di beranda menikmati hembusan yang angin malam
bila aku dengar derap tapak kaki Jehan mendekatiku.
“Assalamualaikum, puteri abang yang cantik,” ucapnya romantis. Tanpa
sempat aku berpaling, dia terlebih dahulu memeluk tubuhku dari belakang.
“Waalaikummussalam, abang suami yang saya cinta,” balasku pula. Dapat
aku rasakan kucupan kudus singgah di bahuku.
”Kenapa pakai baju ni?” tanya dia. Aku lihat t-shirt yang tersarung di
tubuhku. T-shirt yang aku bawa pulang dari rumah sewanya.
”Baju ni kan baju pertama yang abang beli untuk Ees ,” jawabku lembut.
Jehan ketawa kecil.
”Baju murah, cap ayam je ni. Sebab tu je abang mampu,” sahut dia
merendah diri. Aku pegang tangannya yang ada di perutku.
“Tapi abang mampu berikan cinta yang terlalu mahal buat Ees , kan?”
Aku rasa anggukan Jehan di bahuku dan dia terus menyelak rambutku membawa
rambut panjang milikku ke tepi. Bila bibirnya singgah bermain di sekitar
belakang leher, aku diam saja. Hanya membenarkan kerana aku adalah
miliknya dari hujung rambut hingga hujung kaki.
”Yang dalam tu, yang abang belikan jugak ke?” tanya dia nakal.
Aku leraikan pelukan lalu aku bara tubuhku menghadap tubuhnya. Lengan
ini aku sangkut di lehernya. Senyuman menggoda aku hadiahkan buat dia.
”Abang nak tahu ke?"
Dia jungkit kening mencabarku dalam diam. Tanpa sedar, dia menarik aku
mengikut langkahnya ke dalam. Pintu luncur dirapatkan membiarkan suasana
bilik ini hening dan sepi. Hanya hembusan nafasnya saja yang mula
berubah resah.
”Abang memang nak tengok,” bisiknya perlahan. Aku renung wajah yang
penuh mengharap itu.
Kerana aku pernah terluka, sekali aku melangkah ke arahnya, aku nekad
teruskan kerana aku hanya punyai satu jalan saja dan hanya dia menjadi
penanda arah buatku. Menantiku di hujung jalan yang kelam lalu
memimjamkan aku sedikit cahaya. Akhirnya aku senyum dan mengangguk
menerima kehendaknya.
Share this novel