SETIAP hari rasanya, begitu jugalah sikapnya. Bila aku bertanya, di
manakah tempat dia tidur, dia diam. Andai berjawab, pastilah ayat yang
sama. Dia lelaki. Bila aku bertanya tentang kerja, jawapannya juga
menghampakan bila tempat kerjanya tidak memerlukan orang. Sudahnya, aku
masih menghuni rumah ini tanpa melakukan apa-apa kerja. Hanya berharap
pada Jehan semata-mata.
Hari ini, sudah hampir dua minggu aku di sini. Setiap hari juga, Jehan
akan datang mengajak aku makan jika dia menerima gaji, atau makan maggi
saja di pertengahan bulan. Hati aku pilu melihatkan dia.
Namun, kenapa tenang benar dia menghadapi hidup ini? Tanpa aku sedar,
rasa pilu ini bertukar menjadi cinta. Cinta yang tidak pernah aku
hulurkan buat Rashid.
”Kenyang ke?” tanya dia sewaktu kami sama-sama keluar daripada sebuah
gerai. Aku angguk dan tersenyum.
Dia tilik aku dari atas ke bawah kemudian dia menggeleng kecil. Bibir
itu herot dengan senyuman sinis.
”Kenapa?” tanyaku ingin tahu.
”Sedih tengok penampilan awak. Pakai baju saya yang lusuh. Maaflah,
Rashid . Saya tak mampu lagi nak belikan awak pakaian. Carikan kerja pun
tak dapat. Agaknya saya memang ditakdirkan untuk jaga awak seumur hidup
ni kot,” ucapnya tenang. Dia ketawa kecil dan terus melangkah
mendahuluiku yang terkedu dan terpaku dengan kata-katanya.
Tapi, bibirku pantas mengukir senyum yang telah lama tidak menghiasi
bibirku. Belakang tubuh Jehan aku pandang dan serta merta kaki ini
berlari anak hendak mendapatkan dia. Baru saja aku melalui depan sebuah
restoran, pintu ditolak daripada dalam dan aku langsung terlanggar pintu
kaca tersebut membuatkan aku jatuh terduduk.
”Err, maaf cik,” ucapku tanpa melihat ke arah empunya diri.
”Heh, buta ke?” jerkah dia. Aku mengangkat wajah sambil menggosok siku
yang sakit mencari wajah yang bersuara kasar itu. Bila aku pandang,
ternyata dia.
”Rika,” seruku terkejut. Mata waRika itu menyala-nyala memandangku.
”Kau lagi?” tanya dia sambil bercekak pinggang. Aku hanya memandang
tanpa mampu mengangkat tubuh. Apatah lagi bila wajah Rashid juga hadir
dekat di belakang Rika.
”Ees , buat apa kat sini?” Wajah Rashid berkerut merenungku. Dia hulurkan
tangan tapi aku langsung tidak menyambut.
Baru saja hendak bangkit sendiri, ada tangan lain yang sudah memegang
bahuku membantu aku bangkit. Bila aku pandang, entah bila Jehan ada di
sisiku tersenyum manis. Dua kali dia tersenyum begini padaku, hati aku
tanpa perlu dipaksa menyelinap keluar daripada dada dan terus saja pergi
kepada hati Jehan . Mengetuk pintu hatinya tanpa aku mampu menyekat.
”Okey?” Jehan jungkit kening. Aku angguk sekali.
“Ees buat apa kat sini?” tanya Rashid lagi.
”Err, kami makan,” jawabku sedikit gagap. Rashid senyum padaku. Senyum
seperti di awal perkenalan kami dulu sedangkan Rika sudah mencebikkan
bibirnya.
”Emm, eloklah Rashid . You dah dapat bekas tunang you ni, so tak ada
masalah lah kalau I blah tinggalkan you, kan?” Rika jungkit keningnya
sebelah memandang aku dan Rashid silih berganti.
”Bukan you yang tinggalkan I, Rika. Tapi, I yang patut tinggalkan
perempuan mata duitan dan murahan macam you ni,” balas Rashid keras.
Aku dan Jehan berpandangan sesama sendiri. Pelik dengan pasangan dua
sejoli ini. Andai dulu, beria-ia mahu meninggalkanku kerana Rika tapi
hari inil lain pula ceritanya.
”Eh, kalau I perempuan mata duitan dan murahan pun, you tetap tinggalkan
betina selekeh ni untuk I dulu, kan? Perempuan yang tak tahu malu
melutut di kaki seorang lelaki masa tu,” sinis dia padaku. Aku ketap
bibir dan waktu ini, aku dapat rasakan cengkaman tangan Jehan di bahuku
semakin kemas. Bila aku pandang dia, dia senyum lagi dan menggeleng.
”Heh, Rika. Kau jangan nak hina Ees . Dia anak orang bermaruah tau tak?
Heh, sedarlah diri tu sikit, kat mana dia kat mana kau?” jerkah Rashid
lalu dia menarik tanganku mendekat pada dia.
”You may get lost, Rika. Hari ni, aku nak cakap dekat kau, betapa aku
menyesal tinggalkan Rashid dulu untuk betina murah macam kau ni.” Rashid
semakin naik hantu. Hampir saja jemari itu menunjal kepala Rika andai
aku tidak menghalang apabila kami sudah menjadi tontotan umum.
Jehan hanya melihat aku di sisi Rashid . Aku tidak sedar bila dia melepaskan
pelukannya di bahuku dan membiarkan aku di tarikh Rashid .
“Ahh, kau pun sama dengan dia lah, Rashid . Bodoh!” tempik Rika dan
serentak itu dia terus berlalu dengan wajah yang keruh sambil menyumpah
seranah aku dan Rashid .
Aku kelu. Tidak tahu hendak berbuat apa. Bila aku cuba leraikan
pergelangan tanganku dari terus digenggam Rashid , semakin kemas dia
mencengkam. Said memandang tanpa perasaan lagi. Hilang sudah senyuman
manis di bibirnya yang kemerahan itu.
“Err, Rashid , lepaskan tangan Ees ,” pintaku dan serentak itu aku rentap
kasar daripada tangan Rashid . Dia mengeluh dan meraup wajahnya berkali-kali.
“Ees , Iz minta maaf,” ucapnya tiba-tiba bila aku mahu melangkah bersama
Jehan membuatkan langkahku terhenti.
“Ees dah lama maafkan, Iz. Tak ada dendam sikit pun,” jawabku jujur.
Sungguh aku memaafkan dia. Malah berterima kasih pula, kerana dia aku
bebas hidup sendiri biarpun terlalu sukar hendak mencari sesuap nasi
sekalipun.
”Kita kahwin?” ajak dia tiba-tiba. Mataku bulat. Jehan senyum lagi dan
pantas aku paut lengan Jehan . Minta dilindungi dan dibawa aku pergi
seperti pertama kali dulu.
Aku menggeleng perlahan bila Rashid mahu mendekat. “Iz dah kahwin dengan
Jehan ,” jawabku lancar.
“Rashid !” tegur Jehan berbisik. Keras saja nada suaranya. Dia merenungku
tidak berkelip. Aku renung anak mata Jehan menghantar rayuan agar dia
diam atau mengiyakan saja.
”Betul, Iz. Kami dah kahwin sebab tu Ees kena halau daripada rumah dulu
dan Allhamdulillah kami bahagia, kan abang?” Aku pandang wajah Jehan dan
lama-lama dia mengangguk saja. Aku tidak tahu anggukan itu terpaksa aku
dia sebenarnya ada suatu rasa di hatinya tentang aku.
“Jangan kacau isteri saya lagi, encik,” tokok Jehan serius.
“Iz tak percaya,” bantah Rashid .
“Kalau Iz tak percaya, Iz boleh tanya keluarga Ees . Tanya Abang Iqbal,
mak atau ayah Ees ,” ucapku tenang. Serentak itu, aku terus menarik
lengan Jehan berlalu dan waktu ini, airmataku mengalir lagi dan entah
untuk apa.
Share this novel