BAB 9

Drama Completed 667

BEBERAPA helai pakaian yang memang kepunyaan yang telah Jehan belikan
itu, aku lipat kemas dan aku isi di dalam beg tangan. Sehelai t-shirt
lusuh kepunyaannya juga aku sumbat sama. T-shirt yang mempunyai haruman
tubuhnya itu akan menemani perjalananku nanti setelah aku berkeputusan
hendak keluar daripada rumahnya dan berkelana sendiri.

Baru saja aku tarik tombol pintu, tubuh Jehan sudah tegak berdiri di muka
pintu dengan wajah yang jelas lelahnya.

”Nak ke mana malam-malam ni?” tanya dia.

”Ees nak keluar daripada rumah ni. Ini rumah Jehan .”

Dia senyum. “Dan bakal jadi rumah Ees jugak nanti,” jawabnya tenang. Aku
terkaku di situ. Beg tangan yang aku sandang, melurut jatuh ke kaki.

”Jehan ....” Hanya itu yang mampu aku katakan kala ini. Tidak percaya
dengan kata-katanya itu. Kebenarankah atau sekadar mainan kata-kata saja?

”Ees dah banyak kali mengaku Jehan suami Ees dan Jehan nak ingatkan Ees
yang kata-kata ni umpama doa. Ees jangan menyesal bila Jehan jadikan diri
Jehan ni suami Ees yang betul-betul.”Dia jungkit kening lebatnya tinggi.

Aku sudah tidak dapat menahan tangis. Andai tidak diingatkan adat dan
agama, mahu saja aku peluk tubuh tinggi lelaki ini. Mengatakan rasa
syukur yang amat atas penerimaannya.

”Ees sanggup dan Ees tak akan pernah menyesal,” sahutku tertahan-tahan.

”Tapi, tadi kenapa buat tak tahu je bila Ees berlalu?” soalku kemudiannya.

”Ees ,” seru dia semakin mesra.

“Jehan kan tengah kerja. Kalau Jehan kejar tadi, sah-sah Jehan kena buang
kerja. Dahlah seminggu ni, 24 jam Jehan kerja gantikan orang. Buat
overtime saja bila hati ni tiba-tiba niat nak melamar Ees kahwin dengan
Jehan . Lucu sungguh,” luahnya dan dia ketawa sendiri.

Aku melebarkan senyuman dalam tangisan. “Terima kasih, Jehan sudi terima
Ees .”

Kali ini keluhan Jehan makin berat menyapa telingaku. ”Syarat utama nak
jadi isteri Jehan , Ees tak boleh menangis sebab perjalanan kita nanti
akan penuh dengan liku. Jehan nak Ees tabah. Jangan lemah sangat,”
ucapnya menyindir.

”Lagi satu, perempuan cantik ni ingat dia makin cantik ke kalau menangis?”

Soalan itu aku terima dengan tangisan bersulam tawa. ”Ees terharu je,”
protes aku lembut. Dia ketawa.

”Terharu, kita ucap syukur, Ees . Bukan dengan tangisan. Janji dengan
Jehan ,” pintanya lagi. Aku angguk dan menyeka airmata yang membasahi
pipi. Aku benar-benar terharu bila dia memanggilku Ees dan bukan lagi
Rashid . Kedengaran syahdu dan merdu saya suara itu.

”Dah habis nangis, jom kita berkelah kat taman,” ajak dia lalu dia terus
melangkah tanpa menantiku yang masih terkial-kial hendak mengunci pintu.
Pintu mahligai yang bakal aku kongsikan dengan dia nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience