MAK mengusap bahuku lembut. Wajah itu muram. Bila aku berpaling,
ternyata ayah dan Abang Iqbal juga ada sama di belakangku.
”Jangan risau. Ees akan paksa diri Ees terima Rashid seikhlas hati,”
ucapku bila aku faham akan renungan resah mereka.
”Tak sayang...” Mak menggeleng. Jemariku diraih lalu digenggam erat.
”Ayah tak akan perdagangkan kebahagiaan anak ayah lagi semata-mata untuk
kejayaan,” sela ayah tenang. Aku nampak kepedihan yang ada di bening
mata tuanya yang dulunya terlalu bengis di mataku.
”Ees tak pernah ada pilihan.” Aku lebih rela mengalah begini kerana
takdir di luar sana terlalu menakutkanku.
”Jangan cakap macam tu, Ees . Ees dah buat pilihan yang betul,” tokok
Abang Iqbal membuatkan aku langsung tidak dapat memahami kata-kata mereka.
”Ees pernah buat pilihan, tapi ternyata silap. Ees memang sentiasa
tersilap, mak,” aduku pada mak. Pedih menerima hakikat cintaku dijual
oleh Jehan .
”Ees tak pernah silap,” tekan mak lagi.
”Ees cintakan Jehan dan itu adalah pilihan yang hebat, Ees . Berjuta kali
lebih baik daripada Rashid . Betulah kata Jehan dulu, kita tak akan kenal
seseorang manusia itu kecuali Penciptanya saja. Dan hari ini, abang baru
kenal Rashid dan baru juga kenal Jehan ,” jawab Abang Iqbal berkias.
”Jehan lagi jahat daripada Rashid , bang. Ees tak sanggup fikir pun yang dia
minta bayaran sebab menjaga Ees selama ni. Murahnya cinta Ees pada mata
dia.” Tangisanku semakin meninggi bila mak memelukku.
“Ees , betul nak tahu berapa harga Jehan minta malam tadi?” tanya ayah
tenang. Bibirnya menguntum senyum. Begitu juga mak dan Abang Iqbal.
“Nah.” Abang Iqbal menghulurkan sehelai kertas buatku. Aku sambutnya dan
kala aku menatap tinta tangan itu, mataku bulat.
”Senarai apa ni,bang?” tanyaku pelik.
”Ubat gigi, sabun mandi, pencuci muka, syampu, maggi, makan dekat gerai,
3 helai t-shirt, pakaian dalam...” Aku kembali renung abang dan ayah
serta mak setelah membaca senarai yang tertera di dada kertas itu.
Pelik, sesungguhnya pelik.
”Ada jumlahnya sekali kan?” tanya ayah pula. Aku kembali melihat kertas itu.
”RM 249.50?” tanyaku. Mereka mengangguk dan terus melebarkan senyum.
”Itulah harga yang Jehan minta daripada kami semalam, Ees . Katanya,
itulah jumpa perbelanjaan yang dia guna sewaktu menjaga Ees setakat yang
dia ingat. Lebih terkurang, dia minta halal. Dan bila ayah bagi RM
250.00 pada dia, ini yang dia pulangkan pada ayah.”
Ayah menghulurkan sekeping syiling 50 sen kepadaku. Aku terkedu sendiri.
Bila aku sambutnya, ayah ketawa kecil.
”Itu duit baki yang ayah dapat daripada Jehan semalam. Baki daripada
jumlah RM111.11 yang dia minta tu. Lepas dia letakkan baki syiling ni
kat tapak tangan ayah, dia terus berlalu,” sambung ayah lagi.
“Dan bila abang tawarkan lebih banyak duit pada dia, kerja juga dia kata
dia dah tersangat kaya dan mampu hidup mewah setelah kenal dengan Ees
sebab dia kata dia mewah dan kaya dengan cinta Ees pada dia. Dia akan
hidup mewah dan kaya seumur hidup ini hanya dengan cinta Ees . Yang lain
dia tak perlukan,” tambah Abang Iqbal membuatkan aku terduduk di atas
marmar putih bersih ini.
Airmataku laju lagi. Suara Jehan terngiang-ngiang di telingaku. ”Ganjaran
itu cukup untuk buat Jehan hidup mewah seumur hidup, Ees ,”
“Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?” tanyaku pada diri sendiri.
“Tak terlambat lagi Ees . Kami tak nak Ees kahwin dengan Rashid sebab kami
yakin, Jehan tu yang terbaik buat puteri kami yang cantik ni,” ujar mak
memujukku.
“Tapi, persiapan....”
“Jangan risau. Nanti abang uruskan dengan keluarga Rashid . Nak batalkan
usahasama lantak dialah. Yang penting, senyuman di wajah adik abang ni,
dan keikhlasan Jehan pada Ees je sekarang yang kami nampak,” sampuk Abang
Iqbal pantas.
Aku peluk mak erat. Airmata yang bersisa, cepat-cepat aku seka. ”Ees nak
cari Jehan ,” ucapku bersungguh-sungguh dan bila mereka bertiga mengangguk.
”Kerana Ees pernah terluka, sekali Ees melangkah, biarlah Ees teruskan,
ya?” tanyaku pada mak, ayah dan Abang Iqbal. Mereka mengangguk lagi dan
aku terus bersiap, keluar mencari Jehan sehelai sepinggang lagi tapi kali
ini aku bawa bersama cinta ku pada dia dan juga syiling 50 sen itu.
Share this novel