BAB 11

Romance Completed 7786

Usai memasak di dapur bersama Mak Lijah, Suffi membantu perempuan yang sudahpun menjangkau 60 tahun itu menyediakan meja makan di ruang utama. Banyak juga lauk yang dimasak oleh mereka berdua. Daripada menu utama nasi pilaf ayam sehinggalah daging masak kurma, acar rampai, sotong goreng tepung. salad telur, ayam goreng dan sagu gula Melaka sebagai pencuci mulut serta buah oren. Sangat membuka selera.

Doa makan dibaca oleh Ammar sebelum beliau dengan ramahnya menjemput Suffi untuk menikmati hidangan tengah hari itu. Berbulu anak mata Aydil melihatkan abangnya cuba untuk menawan hati Suffi. Bukan dia tidak tahu perangai abangnya itu. Renungan mata Aydil merimaskan Suffi, apatah lagi apabila Ammar cuba untuk beramah mesra dengan Suffi. Bakal kakak iparnya, Arlina Munirah tersengih melihat telatah Ammar. Daripada pandangan mata adiknya itu, dia tahu Ammar terpikat dengan Suffi, tunangan Aydil. Hai la Ammar, sudah-sudah la nak bersaing dengan si Aydil tu. Arlina menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menyendukkan nasi ke pinggan anak-anaknya.

“Suffi ke yang masak kurma daging ni? Yummy, so delicious…,”puji Ammar sambil menambah seketul lagi daging masak kurma serta seketul ubi kentang yang dipotong dua ke dalam pinggannya.

Suffi yang termalu dipuji begitu tersenyum memandang Ammar.

“Hah Am, Suffi ni memang pandai masak. You name it… semua Suffi boleh kan?” bangga Puan Sri Rohani mendapat bakal menantu yang serba boleh itu.

Puan Sri Rohani yang sudah masak dengan perangai anak-anak lelakinya itu berdehem-dehem memberi isyarat agar sandiwara mereka dihentikan segera.

“Masak campak-campak je mama, ni pun Mak Lijah yang ajar,” Suffi tersenyum memandang Puan Sri Rohani.

“Campak-campak pun sedap. Macam tuannya jugak. Sedap mata memandang,” terjah Ammar tanpa berselindung.

Tersedak Suffi mendengar kata-kata Ammar. Tidak disangka doktor pakar yang seorang ini, merangkap saudara kembar Aydil boleh berkata sedemikian kepada Suffi di hadapan Aydil tunangannya.

“Amboi, sesedap rasa saja nak puji tunang aku. Agak-agak la oiiii. Tak nampak ke hensem boy kat depan ni,” rungut Aydil di dalam hatinya. Aydil kemudiannya sempat lagi menjeling Suffi yang asyik menyuap nasi, tidak memanggung-manggung kepalanya dek terkejut akan statement maut daripada Dr.Ammar.

“Hah, Dyl. Diam dari tadi. Kamu ni kenapa?” tanya Puan Sri Rohani sambil menceduk seketul daging kurma serta acar rampai ke dalam pinggannya.

“Hah…nothing,” balas Aydil sambil meneguk air sirap selasih di hadapannya.

“Dyl dan Suffi dah beli ke barang-barang kahwin yang mama pesan last time? Did you buy Aydil Fahmi?” Puan Sri Rohani ternyata sudah pening dengan karenah anak dan bakal menantunya itu. Lagi memeningkan kepalanya apabila Firdaus secara rahsia menunjukkan gambar Aydil dengan bekas kekasih hatinya, Harina di KLCC baru-baru ini. Kekasih miskin anaknya, dek selalu sahaja memakai pakaian yang tak cukup kain apabila bertandang ke rumahnya. Panas hatinya apabila mengenangkan tingkah laku Aydil.

“Dah mama, bought already. Tapi masih ada satu dua yang kena beli dengan Suffi,” jawab Aydil sambil menjeling Suffi yang masih mendiamkan dirinya. Masih ada tanda rajuk di hatinya mengenangkan betapa mesranya Aydil dengan bekas kekasihnya itu.

“Nampak tak berselera Suffi makan? Sedap lauk ni, rugi kalau tak makan. Bukan selalu Suffi datang,” tegur Arlina Munirah apabila melihat bakal adik iparnya itu asyik merenung nasi di pinggannya sahaja.

“Mmmm…kena perlahan-lahan makan ni kak Munie, takut tercekik,” Suffi cuba bersahaja namun riak kecewa di wajahnya tidak dapat disorok.

Aydil yang curi-curi pandang wajah Suffi dengan ekor matanya terkesima apabila mendapati wajah keruh tunangannya itu. Ingin sekali dia bertanya tetapi dek perang dingin yang masih belum tamat dia biarkan sahaja. Malas hendak melayan tambahan pula dia sendiri sedang pening memikirkan janji temu dirinya dengan Harina di Kafe Alexis, Great Eastern Mall pada petang nanti. Pening memikirkan bagaimana dia mahu meloloskan dirinya daripada mamanya serta Suffi.

“Suffi, tidur sinilah malam ni yer, lagipun kak Munie bermalam di sini. Suaminya seminggu out-station di Sydney,” pujuk Puan Sri Rohani sambil merasa sagu gula Melaka.

“Err…tapi saya ada….”

“Suffi ada hal ke di sekolah esok? Esokkan minggu pertama. Aktiviti on jugakkah?” tanya Puan Sri lagi.

“Err..tak. Suffi ada hal sikit. Tapi insyaallah, malam ni Suffi tidur sini,” jawab Suffi sambil matanya melirik kepada tunangannya Aydil. Perang Dingin masih berlarutan.

“Mmmm..bagus jugak. Boleh berkenalan dengan Suffi nanti. Sesi orientasi!”celah Ammar sambil mengangkat keningnya kepada Aydil dan mamanya.

“Dah la tu Am…..kesian Suffi. Dah kenal pun tadikan,” celah Puan Sri.

“Belum la mama. Boleh yer Suffi?” tanya Ammar sambil tersenyum manja. Meluat pulak Aydil melihat tingkah abangnya itu. Seolah sengaja ingin mencabar dirinya.

“Errr….,” Suffi tersenyum memandang Ammar.

Sebelum sempat dia berkata, dia melihat Mak Lijah menggamitnya dari ruang utama dapur. Mak Lijah memintanya membawa kek karot yang telah cantik diletakkan di atas dulang kek berkaki ke meja makan utama sebagai pemanis mulut.

“Wah! mana Makl Lijah dapat kek karot ni. Yummy, yummy…” Arlina Munirah tersengih memandang Ammar. Sejak dua menjak ni, ternyata adiknya itu menampakkan perubahan yang agak ketara, tidak lagi adiknya yang pemalu seperti dahulu malahan nampaknya Ammar pula yang terlebih overacting jika dibandingkan dengan Aydil.

“Suffi yang buat ni….mmm, biar kak Munie potongkan,” celah kak Munie apabila menyedari anak-anaknya juga teruja apabila melihat kek tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience