BAB 9

Romance Completed 7786

Hampir sebulan mengikat tali pertunangan dengan Aydil, Suffi masih belum berjumpa empat mata dengan tunangnya itu. Dia masih tidak percaya bahawa dia kini telah menjadi tunangan Aydil Fahmi Tan Sri Ramli. Sungguh dia tidak percaya. Apa yang lebih penting lagi, dia sendiri tidak percaya bahawa kedua-dua bakal mertuanya serta tunangannya sanggup meredah kampungnya nun di ceruk pedalaman untuk bertemu dengan kedua ibu bapanya. Bagai langit dengan bumi tanjaknya keluarga mertuanya itu dengan keluarganya.

Terharu sekali Suffi apabila melihat Tan Sri Ramli memeluk erat bapanya, Pak Dollah ketika baru memijakkan kaki ke rumahnya. Begitu juga dengan Puan Sri Rohani yang saling berpelukan dengan ibunya.

Hanya air mata terharu yang mengalir tatkala peristiwa itu terbayang di ruang matanya. Aydil, tunangannya pula begitu mesra dengan dua orang adiknya. Jika dilihat daripada kriteria tunangannya itu, pasti tiada siapa pun yang akan mempercayai bahawa itulah Aydil Fahmi yang sebenarnya, seorang CEO muda yang sangat berkarisma dan cukup terkenal dalam kalangan masyarakat elit di ibu kota. Suffi memanjatkan syukur ke hadrat Illahi dan berdoa jodohnya akan dipanjangkan sehingga ke akhir hayatnya.

Dalam asyik mengimbau kembali kenangan sewaktu majlis pertunangannya dengan Aydil, telefon bimbitnya berlagu riang. Aydil, tunangannya ditalian.

Assalamualaikum, Suffi. Marking ke?

[Tau la aku ni cikgu asyik tanya soalan yang sama sahaja bila call]

Errr..tak. Tengah baca novel.

Banyak masa. Dah makan?

Alhamdulillah dah. Mee Cintan jer. Awak kat ofis yer? Takde meeting ke?

Mmmm….tak de meeting. Boring, kerja banyak. Baca novel apa?

“Perempuan Nan Satu” Faisal Tehrani”

Ada masa nanti kita keluar cari barang-barang nak tak? Mama dah bising. Oh ya…dia kirim salam.

Waalaikumsalam. Kirim salam mama ya!

Insyaallah…. mmm…mmm Suffi, Dyl rindu la….

Rindu? Siapa?

Ex-girlfriend kat London.

Oh…..mmmm…okay, telefonlah, tak pun Skype ke?

Boleh ke?

Mmmm…okaylah nak marking, Chow dulu…

Assalamualaikum…

Suffi meletakkan telefon bimbitnya sebelum sempat Aydil menjawab kata-katanya sebentar tadi. Suffi tersengih memandang telefonnya. Geram juga dia mengenangkan kata-kata Aydil sebentar tadi. Lucu la sangat.

Tiba-tiba deringan telefon bimbit Suffi berlagu riang. Aydil lagi…

Hello, Suffi please…..

Yea…saya ni. Ada apa?

Siapa suruh awak off phone tadi? Next time please yer…jangan cuba buat lagi!

Terkedu Suffi mendengar suara Aydil. Tak pernah setegas itu. Pelik rasanya.

Saya…saya ingat awak dah habis ber…..

Tut tut tutttuttt…….Tamat.

Terkedu buat yang kedua kalinya. Tak disangka-sangka oleh Suffi, semarah itu tunangannya itu. Malas pula dia hendak melayan. Dia terdiam sejenak memikirkan tindakan Aydil. Pelbagai andaian mula dibuat ke atas tunangannya itu. Pemarahkah dia? Degilkah?King Controlkah?…seribu satu persoalan mula bermain dibenak Suffi. Hatinya berdebar-debar. Perlukah dia menelefon semula Aydil untuk meminta maaf atau biarkan sahaja Si Abu Nawas terjun dengan labu-labunya…

Niat untuk mengajak tunangannya Suffi membeli-belah dibatalkan dek perasaan rajuknya yang masih menebal di hati. Aydil sendiri tidak faham semenjak akhir-akhir ini hatinya begitu mudah berkecil hati dan merajuk atau melenting jika ada yang tidak berkenan. Ada sahaja yang tidak kena dimatanya tambah-tambah jika hal itu berkenaan dengan Suffi. Berbekalkan rajuk di hati, satu persatu butik di KLCC dilawati oleh Aydil seorang diri. Bukannya untuk diri sendiri, tetapi untuk tunang tersayang.

Dari butik Coach, Aigner sehinggalah ke butik Gucci dilawatinya seorang diri. Tatkala sedang membelek-belek beg tangan kulit Aigner bewarna hitam, Aydil terkejut apabila disapa oleh satu suara yang dikenalinya. Harina. Terus nama itu terdetik di hatinya. Harina, bekas kekasihnya sewaktu sama-sama menuntut di London dahulu. Harina, cinta pertamanya.

Usai Aydil memalingkan kepalanya ke arah suara yang lunak itu, seorang gadis yang berseluar jeans ketat dan berblaus corak polkadots menghampirinya. Terkejut Aydil apabila Harina betul-betul berada di hadapannya. Kelu lidah untuk berbicara. Kenangan dua tahun lepas terimbau di matanya.

“Hubungan kita sampai di sini. Pleaseee..leave me alone. Jangan ganggu hidup Rin lagi. It’s over,” Harina mencampakkan semua gambar kenangannya bersama Aydil pada suatu petang selepas waktu kuliah tamat.

“Rin, you tau tak yang Jafni tu dah ada isteri. Sanggup you rampas hak isteri dan anak-anaknya. Boleh you fikir tak sekejap. Fine kalau you nak putuskan hubungan kita tapi I tak sanggup tengok you runtuhkan rumah tangga orang lain,” Aydil cuba menasihati Harina walaupun hatinya luluh apabila cinta yang dibinanya bersama gadis pujaannya itu hancur musnah gara-gara Harina terpikat dan ada hubungan dengan Jafni, pemuda kacak beranak dua, pelajar PhD a.k.a seorang Geologist di Syarikat Carigali Petronas Malaysia.

“Isteri Jaf boleh terima I as her madu, you pulak yang lebih-lebih. Dah la…benci I tengok orang macam you ni tau. Hipokrit,” jerit Harina kepada Aydil sebaik sampai di pintu apartment yang disewa Harina.

Aydil tersentak apabila terdengar namanya disebut.

“Dyl, lamanya tak jumpa. You apa khabar?” Harina bersuara sambil tersenyum memandang Aydil.

“Baik, Alhamdulillah,” jawab Aydil bersahaja sambil matanya melilau memerhati beg-beg tangan di butik tersebut.

“Nak beli untuk isteri ke?” tanya Harina lagi, sengaja melontarkan soalan sedemikian untuk mengetahui status bekas kekasihnya itu.

Soalan Harina dibiarkan begitu sahaja. Setelah pelayan butik itu memberikan dua buah beg kertas kepadanya, Aydil memohon diri untuk beredar. Dia tidak mahu termakan pujuk rayu Harina lagi untuk menyambung semula ikatan yang telah lama hancur. Cukuplah selama ini dia memendam rasa dan kehadiran Suffi telah membuka semula hatinya yang telah lama beku. Suffi, bakal isterinya yang sangat disayangi oleh ibunya, Puan Sri Rohani.

“Aydil, temankan I minum, dah lama tak borak-borak dengan you,” Harina mengekori Aydil daripada belakang.

“Pleaseeee….dah lama tak borak-borak. . Miss you so much,”.

Malas hendak melayan rengetan Harina, Aydil bersetuju untuk ke kafe Dome yang terletak berhadapan water front, KLCC.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience