BAB 13

Romance Completed 7786

Melihatkan abangnya Ammar tersenyum memanjang sejak balik tadi menyesakkan lagi dada Aydil. Geram rasanya apabila ada yang cuba mencuri hati tunang tersayangnya itu. Ammar yang tahu akan gelodak di hati adiknya, Aydil membalas jelingan tajam adiknya itu, CEO yang tidak sedar diri itu.

“Kau ni lain macam je aku tengok, ada yang tak kena ke?” Ammar bertanyakan Aydil yang duduk di hadapannya sambil menyisip minuman yang disediakan oleh Mak Lijah.

“Errr..just want to ask you… semalam pergi mana?” Aydil memandang abangnya serius.

“Oh….jalan-jalan cari makan. Ronda-ronda KL, dah lama tak buat kerja buang masa ni. Seronok jugak. Any problems?” tanya Ammar sambil mengangkat keningnya. Sekali memandang wajah cemberut mamat di hadapannya itu pun dia sudah mengetahui isi hatinya. Cemburu. Mmmmm…padan muka.

“Nope….just asking,” jawab Aydil yang masih bersikap sombong bodohnya.

Tiba-tiba….

“Hello….ya..mmm… speaking,”

“Nak jumpa di mana? Urgent sangat ke?”

“Dyl,…tolong I.. kereta I rosak. Please…I am on the way to Ampang…AKLEH,”

“Dah malam la….I got lots of things to do. Why don’t you panggil mekanik,”

“Please…Dyl, you know kan I ni tak percaya sapa-sapa kecuali you and my family,”

“Mmmm..okay,….give me half an hour,”

“Got to go….. nanti bagitau mama, Dyl ada hal jap. Nak keluar,”

AKLEH…Ampang…

Tok..tok…tok….

“Keluar sekarang,….anda berdua didapati duduk berdua-duaan dalam keadaan yang sangat mencurigakan…..,”

Terkedu Aydil apabila mendapati niatnya untuk menolong Harina berakhir dengan penangkapan khalwatnya dengan bekas kekasihnya itu. Aydil yang kebingungan cuba mengimbas kembali peristiwa yang berlaku ke atas dirinya. Pelik apabila dia tiba-tiba berada dalam kereta berdua-duaan dengan Harina.

“Dyl, thanks for coming,…my car… tak tau sebab apa tiba-tiba terberhenti di sini. Takut I dibuatnya…dah la dekat dengan kubur tu,” Harina merengek-rengek di sebelah Aydil sambil mengusap lengan jejaka idaman Malaya itu.

Usai memanggil mekanik untuk membaiki kereta Harina, dia dihulurkan dengan sebotol air soda cranberry Esprit kegemarannya untuk menghilangkan dahaga. Masih ingat lagi rupanya Harina akan minuman kegemarannya itu. Hilang dahaganya.

Aydil terkedu….dia pasti Harina telah memasukkan sesuatu ke dalam minumannya itu. Pada hematnya, dia sedikitpun tidak berada di dalam kereta Harina. Aydil sangat pasti keadaannya pada masa itu. Sahlah sekarang, Harina telah memerangkap dirinya. Dia memandang Harina dengan renungan yang sangat tajam. Tiba-tiba dia menampar pipi Harina yang sedang duduk menangis di atas kerusi di satu sudut yang terdapat di dalam balai polis yang terletak di Jalan Ampang itu. Saat itulah juga Aydil teringatkan tunangannya Suffi. Suffi yang sangat sederhana dan seorang yang sangat sabar menahan karenah dirinya. Aydil terkesima.

Di saat ini semua anganannya musnah. Dia sendiri tidak tahu di mana dia hendak menyorokkan mukanya….sah-sah berita penangkapannya dengan Harina, seorang model terkenal itu akan menjadi tajuk utama akhbar tabloid keesokkan harinya. Bagaimana dia ingin menyatakan perkara yang mengaibkan ini kepada Suffi. Tidak betah dirinya untuk melukakan Suffi walaupun gadis comel itu bukanlah kekasih hatinya. Sedetik mengenali Suffi seakan bertahun mengenali gadis itu. Aydil menangis teresak-esak sementara menunggu bapanya Tan Sri Ramli dan juga abangnya Ammar.

Suffi terduduk apabila diberitahu oleh kak Munie kejadian yang menimpa Aydil. Peristiwa penangkapan Aydil hampir-hampir menyebabkan dirinya pitam. Nasib baik Ami dan Rozaini ada di rumah pada ketika itu. Hatinya pilu mengenangkan tarikh perkahwinannya dengan jejaka idaman Malaya itu yang semakin hampir. Baru beberapa minggu lepas dia bersama tunangannya itu menghadiri kursus asas perkahwinan di Masjid As- Syakirin, KLCC, usai membuat pemeriksaan AIDS di Hospital Ampang Puteri. Yang menyedihkannya lagi, kad jemputan perkahwinan telahpun diedarkan kepada sanak-saudara serta rakan-taulan. Sungguh Suffi tidak menyangka dugaan yang maha hebat ini.

Di saat-saat inilah Suffi terkenangkan kedua orang tuanya di kampung. Bagaimana perasaan mereka jika mereka mengetahui akan perkara yang terjadi ke atas Aydil dan malukah kedua ibu bapanya jika pertunangan di antara dia dan Aydil terbatal dengan sendirinya. Mana mungkin Suffi dapat menerima Aydil sebagai suaminya jika dengan berbuat demikian dia mungkin akan mengecewakan gadis yang bakal dinikahi oleh Aydil. Suffi buntu. Berulang kali telefon bimbitnya bordering dan sudah beberapa kali jugalah panggilan daripada tunangannya itu dibiarkan sepi.

Untuk kesekian kalinya dan mungkin untuk kali terakhir Suffi menjejakkan kakinya ke banglo tiga tingkat milik Puan Sri Rohani serta Tan Sri Ramli itu. Jenuh dia memaksa dirinya untuk ke banglo itu apabila bakal ibu mertuanya yang tidak kesampaian itu mahu bertemu dengan dirinya. Nasib Amilia serta Firdaus yang menemaninya, jika tidak mana mungkin dia dapat menjejakkan kakinya ke banglo itu. Luka hatinya masih lagi belum pulih.

“Suffi, sebelum tu, mama sekali lagi memohon seribu keampunan daripada Suffi atas apa yang berlaku. Aydil dah bagitau mama semuanya. Dia diperangkap oleh Harina pada malam tu. Tapi yelah Suffi. Nasi dah jadi bubur. Kalau Aydil tidak berdegil dan keluar dengan Harina, mama pasti semua ni takkan berlaku. Mama mohon Suffi maafkan Aydil ya,” pujuk Puan Sri Rohani sambil menitiskan air mata.

Suffi turut menangis tatkala mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Puan Sri Rohani. Ammar yang duduk mendengar dengan tenang di hadapan mamanya itu diam tanpa bicara. Renungan matanya tetap tidak berganjak daripada menatap Suffi. Sungguh dia amat menyintai gadis itu dalam diam. Berdosakah dia memohon daripada Illahi agar dia dapat mengahwini gadis sebaik Suffi jika itu adalah yang terbaik untuknya? Sedih apabila melihat wajah duka gadis yang diintai dalam diam itu. Bengkak mata Suffi jelas kelihatan. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

‘Suffi, sebelum Suffi membatalkan majlis perkahwinan Suffi, izinkan mama memberitahu Suffi satu perkara. Suffi, Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui atas apa yang dilakukanNya. Suffi mama yakin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Suffi, jika mama tidak dapat menyatukan Suffi dengan Dyl anak mama, mahukah Suffi menerima Ammar sebagai gantinya. Mama tidak akan memaksa Suffi. Tapi mama tetap yakin pilihan mama untuk menjadikan Suffi menantu mama merupakan sebuah kurniaan yang terindah daripadaNya,”.

Suffi terkesima apabila dia dilamar oleh Ammar. Dia memandang wajah Ammar tanpa berkedip. Ammar yang sedari tadi memandangnya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

“Suffi, saya minta maaf kerana menyintai awak dalam diam. Saya mengaku saya cemburu apabila melihat awak di samping Aydil. Saya cemburu kerana Aydil memiliki awak, seorang yang sangat sempurna di mata saya. Saya jadi tidak tentu arah tiap kali teringat akan kesederhanaan awak, dan sikap rendah diri awak yang tidak pernah saya nampak pada gadis yang lain. Saya sentiasa berdoa dikurniakan gadis sesempurna awak usai menunaikan solat. Allah Maha Mendengar. Rasanya, masih belum terlambat untuk saya katakan di sini,….Suffi will you marry me…jadi peneman hidup saya, pelindung diri saya di kala saya dalam kesusahan, penghibur hati saya di kala saya berduka, di dunia mahupun di akhirat…. will you Suffi?”

Suffi menitiskan air mata apabila mendengar luahan hati Dr.Ammar Fiqri. Dia tidak menyangka sebegitu dalam sekali cinta doktor muda itu terhadapnya. Suffi kemudiannya memandang wajah Puan Sri Rohani yang sedang tersenyum kepadanya. Suffi menitiskan air matanya buat kesekian kali.

Suffi menyeka air matanya yang bertakung di tubir mata. Sungguh indah kurniaan Illahi. Tidak terjangkau difikirannya akan segala kejadian yang telah diatur oleh Ar Rahman. Burung-burung bangau yang berterbangan di Sungai Swan melekakanya, tanpa menyedari kekasih hati pengarang jantungnya sudah berada di sisinya.

“Suffi….again and again…dah la jangan menangis lagi. Nanti melimpah pulak sungai ni,”

“Mana saya nangis pulak….Saya cuma terharu akan ketentuan Illahi. Saya tak sangka saya kan bersama seorang yang sangat saya sayangi dan benar-benar menjaga saya. Thanks sayang….. kerana sudi terima saya seadanya,” Suffi memeluk suami yang berada di sisinya sambil tersenyum.

“Thanks juga sayang kerana sudi menjadi suri di hati abang setelah apa yang telah terjadi dan sudi menjadi menantu kesayangan Puan Sri Rohani,” Dr.Ammar Fiqri memeluk erat Suffi, peneman yang dikurnia olehNya untuk dijaga hingga ke akhir hayatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience