BAB 6

Romance Completed 7786

Semalaman Suffi tidak lena tidur dek pertemuan yang tidak dijangka dengan Encik Aydil. Senyuman serta usikan Encik Aydil masing terbayang di ruang matanya. Kacau Suffi dibuatnya. Takkan Encik Aydil “membela” hantu raya kut. Suffi mula berpusing ke kiri dan ke kanan kerana masih tidak dapat memejamkan matanya. Jam di telefon bimbitnya di renung berkali-kali. Sudah hampir pukul 2.00 pagi tetapi matanya masih segar-bugar. Wajah Encik Aydil juga yang dia nampak. Suffi sendiri tidak tahu apa yang istimewanya bos Amilia itu sampai dia asyik terbayang-bayang wajah jejaka tersebut. Nak kata hensem memanglah hensem, tapi dia tidak pernah tergugat dengan paras rupa. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana dia boleh terjatuh hati kepada Aydil. Suffi mengetap bibirnya.

Parah memang parah dibuatnya. Suffi tidak menyangka penangan jejaka a.k.a bos Amilia itu sangat hebat. Mana taknya boleh pula dia berangan-angan di hadapan bilik darjah tatkala sedang mengadakan kelas tambahan Sejarah pada pagi tadi. Bukan sekali dia kantoi dengan anak-anak muridnya dek anganannya malah beberapa kali dia dipanggil oleh ketua tingkatan kerana anganannya yang melampau itu. Lagi parah apabila dia memanggil nama Aydil apabila mahu memanggil nama anak muridnya sewaktu sesi perbincangan dijalankan. Ngeri apabila difikirkannya.

Sedari tadi Aydil masih lagi duduk termenung di ruang utama banglo tiga tingkat itu. Tayangan filem Korea yang ditontonnya hanya sebagai selingan semata-mata. Kata-kata Suffi yang bersahaja serta ikhlas masih terngiang-ngiang di hatinya. Redup wajahnya tatkala Aydil merenung wajah gadis comel itu menyebabkan gadis itu semakin ingin didekati oleh Aydil. Daripada segi fizikal, memang Suffi tidak seganding dengan banyak gadis yang pernah ditemuinya mahupun Juliana, sepupunya ataupun Amilia, bff Suffi. Namun, keikhlasan Suffi dalam setiap tutur katanya menarik perhatian Aydil untuk mengenali gadis comel itu.

Namun, Aydil takut untuk memulakannya. Takut jika gadis itu telah dimiliki dan takut jika Datin Sri Rohani tidak bersetuju akan pilihannya yang seratus peratus tidak sama dengan mamanya itu. Aydil mengeluh. Mana mungkin anak Tan Sri Ramli, CEO muda lagi tampan itu hendak digandingkan dengan seorang guru biasa yang comel dan berasal daripada keluarga kebanyakan. Perlukah Aydil mencuba nasibnya memberitahu mamanya akan isi hatinya yang sebenar. Mampukah dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience