BAB 7

Romance Completed 7786

Ruang tamu utama banglo Tan Sri Ramli sunyi seolah-olah tiada berpenghuni.

“Hah Dyl…termenung lagi? Ada masalah ker,”tanya Datin Sri Rohani memulakan bicara setelah mendekati anak kesayangannya itu.

“Takde apa-apa lah mama. Dyl okay je. Ada apa mama?” tanya Aydil sambil membelek-belek telefon bimbitnya.

“Oh…mama ingat mama nak jemput kaum keluarga kita untuk makan tengah hari hujung bulan ni. Juliana pun insyaallah akan mama jemput,”

“Juliana? Bila dia balik sini mama?” tanya Aydil sambil memandang ibunya. Tak sangka Juliana, teman tapi mesranya yang juga sepupunya dijemput oleh mamanya untuk makan tengah hari di rumah mereka. Aydil tersenyum memandang mamanya.

“Minggu lepas. Kenapa, nak mama tanyakan bagi pihak Dyl ker?” usik Datin Sri Rohani sambil ketawa. Aydil mencebik bibirnya sambil memandang ke luar.

Aydil tersenyum memandang mamanya seolah-olah bersetuju akan kata-kata ibunya itu.

“Tak perlulah mama. Dyl belum sedia lagi,” Aydil memberitahu Datin Sri Rohani.

“Ada apa-apa ke mama nak buat jamuan ni?”

“Saja. Dah lama tak berkumpul. Naper, Dyl nak jemput sapa-sapa ke? Apa salahnya, setakat kawan-kawan Dyl, jemputlah?” kata Datin Sri Rohani sambil membelek-belek telefon bimbitnya

“Mmm..boleh jugak. Nanti Dyl jemput lepas ni,” jawab Aydil sambil tersenyum. Dilihat mamanya sibuk menelefon. Yang pasti mamanya itu pasti akan menjemput rakan-rakannya serta anak-anak gadis mereka untuk dikenalkan dengan dirinya. Dia pasti itu.

Datin Sri Rohani tersenyum apabila terlihat nama Suffi di telefonnya lalu menekan nombor tersebut. Setelah beberapa minit bercakap, Datin Sri Rohani tersenyum memandang anaknya.

“Alhamdulillah….akhirnya…,” Datin Sri Rohani tersenyum lebar memandang anaknya Aydil.

Sudah berkali-kali pelawaan Aydil ditolak mentah-mentah oleh Suffi walaupun hatinya tidak dapat membohongi bahawa dia telah terjatuh hati kepada jejaka itu. Bukan harta dan pangkat yang dinilai, tetapi sikap keterbukaan jejaka itu memikat hatinya. Suffi takut, takut dituduh memilih bulu. Mana taknya, dia pernah dipikat oleh beberapa rakan sekerjanya sebelum ini, namun semuanya ditolak secara baik. Malah abang sulung Rozaini seorang doktor di Kuantan pun pernah cuba merisiknya tetapi dia menolak doktor muda itu dengan alasan belum bersedia untuk berumah tangga.

Leteran demi leteran sudah lali di telinganya. Ibunya sendiri sudah malas hendak bersemuka dengannya jika ada yang cuba merisik akan dirinya di kampung. Buat kering air liur sahaja memujuk, jawapannya tetap sama…TIDAK SETUJU.

Penolakan Suffi memberi cabaran yang hebat kepada Aydil. Mana mungkin CEO muda yang berkelibar sepertinya ditolak mentah-mentah oleh seorang gadis. Inikan pula oleh seorang guru biasa. Geram hati Aydil mengenangkan perihal ini. Pertolongan daripada Amilia juga tidak berhasil. Suffi tetap menolak pelawaannya untuk ke jamuan makan malam yang diadakan di rumah ibunya. Aydil mati kutu memikirkan gadis comel yang mula bertapak di hati kecilnya itu. Pernah dia merisik daripada Amilia tentang status Suffi dan ternyata gadis comel itu masih tidak mempunyai teman istimewa sepertimana yang telah dinyatakan kepadanya dahulu. Pelik benarlah mengapa dia ditolak mentah-mentah oleh Suffi atau gadis itu sengaja main tarik tali dengannya.

Usai menyemak jadual hariannya pada hari itu, Aydil memberanikan dirinya menelefon Suffi walaupun mengetahui Suffi mungkin sedang mengajar di dalam kelas. Aydil kecewa. Tiada sebarang jawapan. Teruk sangatkah dirinya sehinggakan Suffi tidak langsung memandangnya. Wajahnya masam mencuka. Segala kerja yang sepatutnya dilakukan dibiarkan sepi. Aydil hanya merenung telefon bimbitnya di atas meja.

Tiba-tiba…telefonnya bernyanyi menandakan satu panggilan masuk sedang menanti jawapan daripadanya.

“Hello, assalamualaikum. Aydil?”

“Waalaikumsalam. Suffi, maaf kalau menganggu,”

“Mmmm….ada apa telefon. Tadi saya dalam kelas. Silent mode,”

“Oh…takper… Suffi masih dalam kelas ke?”

“Kat bilik guru. Ada apa yer telefon saya?”

“Err…saya nak jemput Suffi datang ke rumah saya. Ada jamuan sikit. Hujung minggu ni. Lepas Maghrib,”

“Mmmm…saya rasa cam tak boleh pergi la. Saya ada jemputan juga malam tu,”

“Sekejap pun tak boleh ke?”

“Saya ada jemputan jugak malam tu, err saya cuba hadir kalau sempat tapi tak janji yer. Kalau tak sempat jangan kecil hati tau!”

“Mmmm…okay saya faham, saya ni tak pentingkan?”

“Tak penting? Tak faham la saya. Tapi Insyaallah…saya cuba hadirkan diri kalau sempat ya,”

“Ohh okay, thanks sebab angkat telefon. Suffi…er er…rindu la nak jumpa awak? Awak tak rindu saya ker?”

Tutttttt tuttuu tututuuuuuu……Senyap.

Suffi yang terkejut akan pertanyaaan Aydil terus mematikan telefon bimbitnya. Dia terkesima. Jantungnya berdengup kencang, berpeluh-peluh Suffi tatkala mendengar kata-kata Aydil sebentar tadi. Serius dia tidak menyangka jejaka yang dirinduinya itu juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience