BAB 4

Romance Completed 7786

Semenjak makan malam syarikat, Aydil sering tersenyum sendiri. Datin Sri Rohani menjadi pelik melihat akan tingkah laku anak kesayangannya itu sejak belakangan ini. Tiada angin, tiada ribut yang melanda, anak kesayangannya itu seolah-olah telah disampuk angau. Dua puluh empat jam asyik membelek telefon bimbitnya. Siapalah gerangan gadis yang telah berjaya menambat hati anaknya itu? Risaunya sudah mencapai tahap maksimum. Takut gadis yang dipuja oleh anak kesayangan tidak segandingan.

“Dyl…mama tengok sejak dua menjak ni, Dyl lain macam jer. Dyl ada apa-apa yang nak dibagitau mama ker?” Datin Sri Rohani bertanya Aydil sewaktu mereka anak-beranak duduk bersantai di ruang utama banglo tiga tingkat itu.

“Hah…yer ke mama? Dyl tak rasa apa-apa pun. Macam biasa jer la. Mama ni….Dyl senyum pun tak boleh ker? Nanti kalau nangis kan susah la pulak,” Aydil tersengih memandang ibunya.

“Dyl dah ada buah hati pengarang jantung yer? Kalau tak masakan asyik dok tersenyum sorang-sorang jer?” serkap Datin Sri Rohani sambil menyisip air teh o yang disediakan oleh orang gajinya, Mak Limah.

“Hish mama ni….sapa la yang nakkan Dyl ni. Orang tau Dyl ni anak Datin Sri Rohani pun orang dah gerun,” usik Aydil sambil ketawa.

Datin Sri Rohani mencebik bibirnya apabila terasa dirinya disindir oleh anaknya itu. Mana taknya, semua pilihan anaknya sejak daripada Aydil di luar negara lagi, semuanya tidak berkenan di hatinya. Dia bukannya memilih bulu tetapi ada sahaja pilihan anaknya itu yang cacat di matanya. Memang kalau dilihat dengan mata kasarnya, dia bagai seorang ibu tiri yang sangat memilih. Dia sentiasa berdoa anak kesayangannya itu akan bertemu dengan seorang gadis yang boleh menjaganya di dunia serta di akhirat.

Cuti sekolah yang masih bersisa dan kerja penyemakan kertas jawapan anak-anak muridnya yang telahpun siap menyebabkan Suffi mulai berasa bosan. Keseorangan di rumah tanpa membuat aktiviti berfaedah atau menonton televisyen bukanlah kegemarannya. Apatah lagi hendak tidur baring sambil mengumpul lemak tepu di badan. Sejak dahulu lagi Suffi tidak pernah membiasakan dirinya tidur jika tiada apa yang perlu dilakukannya. Ada sahaja masakan baru yang dicubanya untuk mengisi masa lapang. Mangsanya adalah kedua-dua bff nya. Tension dibuatnya kerana semua masakan yang dicuba oleh Suffi semuanya sedap dan ala ala hidangan hotel bertaraf lima bintang.

Tanpa membuang masa, Suffi mengambil keputusan untuk ke pasar raya Carrefour yang tidak jauh dari rumahnya untuk membeli barang-barang keperluan dapur sambil bersiar-siar. Waktu cuti beginilah Suffi mengambil kesempatan untuk membeli-belah di sana kerana tidak bersesak-sesak. Seusai sampai ke pasar raya tersebut, Suffi bergegas mengambil troli untuk memilih segala jenis barang. Dari bahan-bahan basah, ikan, sayur, daging, ayam sehinggalah barangan tenusu semuanya diangkut oleh Suffi. Boleh tahan banyak juga barang yang dibelinya.

Namun, dalam leka memilih ikan Solmon di pasar raya itu, dengan tidak sengaja Suffi telah melanggar seorang wanita yang turut sama memilih ikan solmon.

“Aww…mmm, errm maafkan saya puan. Saya tak sengaja tertolak troli puan. Err..puan tak apa-apa ke?” tanya Suffi sambil mengusap-usap lengan wanita anggun yang berada di sebelahnya.

“Mmmm…insyaallah, auntie tak apa-apa. Tak pe nak, sikit saje ni. Err….nak beli ikan solmon ker? Nak masak apa?” tanya Datin Sri Rohani apabila terpandang Suffi sibuk memilih ikan solom sebentar tadi.

“Hah….yer, nak beli solmon. Biasanya saya grill jer bersama lada hitam dan sedikit oregano. Makan bersama asparagus, baby carrot, timun jepun, brokolli serta lada benggala yang disaute.

“Mmmm…nampak cam sedap pulak. Err nanti boleh…,” Datin Sri Rohani bersuara tatkala mendengar resepi ikan solmon yang dinyatakan oleh guru masak tak bertauliah ini.

“Suffi. Panggil Suffi auntie,” Suffi tersenyum memandang Datin Sri Rohani.

“Oh…Suffi. Yer nanti boleh Suffi ceritakan semula cara memasak solmon tu. Nampak sedap pulak,” Datin Sri Rohani tersenyum memandang Suffi.

“Mmm…boleh auntie, Tapi takde la sedap sangat kut. Saya main campak-campak jer,” Suffi tersenyum memandang wanita anggun di hadapannya itu.

“Mmmm…dah nak bayar ker? Jom, lepas ni kita minum-minum kejap boleh? ke Suffi nak balik cepat? Auntie nak tanya semula tentang resepi solmon tu,” jelas Datin Sri Rohani lagi.

“Err…aaa…dah nak bayar ni,”

Usai membayar barangan yang dibeli, Suffi dan Datin Sri Rohani beriringan bersama-sama menuju ke sebuah kafe yang berhampiran. Masing-masing memesan minuman dan makanan.

“Err…rajin Suffi membeli-belah. Banyak pulak tu. Keluarga besar yer Suffi?” tanya Datin Sri Rohani sambil merenung wajah Suffi.

“Comel budak ni. Untung kalau boleh buat menantu, cuma….berkenankah Aydil yang skema sangat tu??” Datin Sri Rohani bermonolog.

“Hah…takla auntie. Saja saya beli banyak-banyak buat stok. Senang kalau nak masak, semua dah ada dalam fridge. Err…saya tinggal bersama dua orang kawan auntie. Kerja membeli barangan dapur ni biasanya tanggung jawab sayalah. Bukannya apa. Daripada semua, saya yang paling banyak masa merayau-rayau,” Suffi tersenyum memandang Datin Sri Rohani.

“Suffi kerja apa? Pagi-pagi sempat lagi beli barang dapur?” Datin Sri Rohani berbasa-basi walaupun tujuan utama ingin mengorek latar belakang gadis comel di hadapannya itu.

“Cuti sekolah auntie… opss saya cikgu sebenarnya. Sebab tulah banyak masa merayau-rayau cuti-cuti ni. Kalau sekolah tak berpeluang saya datang pagi-pagi ni,” jawab Suffi sambil meneguk sedikit air teh o yang terhidang di hadapannya.

“Oh ye ke. Suffi ngajar di mana?” tanya Datin Sri Rohani seolah-oleh berminat.

“Sekolah menengah di Ampang auntie. Auntie ada anak sekolah di sana ker?” tanya Suffi sambil memandang wajah wanita di hadapannya. Cantik walaupun dah berumur.

“Anak-anak semua dah besar panjang, yang bongsu pun dah abis kolej Suffi…Tu yang sibuk nak masak ni. Hujung minggu anak cucu siap berkumpul. Lepas ni Suffi tulis yer resepi ikan solmon tu.Ingat nak masak masa anak cucu berkumpul hujung minggu ni,” terang Datin Sri Rohani.

“Nanti saya tulis auntie,”

“Suffi nampak macam pandai masak memasak ni. Ni mesti dah ada orang chup ni,” Datin Sri Rohani menambah.

“Hish auntie ni. Sapa la nakkan saya, cikgu cabuk ni. Dah la tak lawa, masak pun main campak-campak jer. Tu belum auntie nampak saya ngajar dalam kelas. Mmmm..semua takut. Bakal mak mertua lalu pun boleh lari tengok saya,” gurau Suffi sambil mengunyah karipap.

Tersengih Datin Sri Rohani apabila melihat keletah Suffi. Tampak comel sahaja di matanya.

“Lurusnya budak ni. Kalaulah dia tahu aku ni Datin Sri Rohani, dia akan berubah ker?”

Sebelum pulang ke rumah, Datin Sri Rohani sempat lagi meminta nombor telefon Suffi konon konon senang untuknya berhubung dan bertanya akan resepi-resepi terbaru yang dimasak oleh Suffi. Datin Sri Rohani tersenyum melihat Suffi sebelum berlalu. Berkenan pula dengan Suffi yang serba sederhana dan tidak berpura-pura. Penat dirinya apabila selalu melihat sikap kepura-puraan teman-teman Aydil bagi meraih kasih dan sayang daripada Aydil dan dirinya.

“Mmmm…kalaulah,,,,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience