BAB 2

Romance Completed 7786

“Kau nak ikut ke tak nak, Suffi? Rasa-rasanya kami balik lambat malam ni, jom la sekali kita gi majlis tu,” ajak Amilia apabila melihat Suffi asyik menyemak buku-buku latihan anak muridnya. Jatuh kasihan pula dirinya apabila melihat Suffi dua puluh empat jam dikelilingi oleh buku-buku. Kalau tak buku-buku latihan anak muridnya, Suffi akan sibuk memasak di dapur. Jenuh dia dan Rozaini dipaksa membawa juadah yang berlebihan ke pejabat masing-masing.

“Alaaaa…perlu ke aku ikut? Aku tak biasa la gi majlis macam tuuu. Lain la kalau jamuan akhir tahun atau jamuan guru kat sekolah aku. Ni berhias bagai. Mana la aku ada baju nak pakai. Tak naklah aku. Kau dan Zaini saja la yang pergi,” jawab Suffi sambil tangannya laju menanda satu-persatu kesalahan esei anak-anak muridnya.

“Aaa la Suffi. Sekali-sekala apa salahnya kau ikut kami. Ni hah, bukan calang-calang orang tau dapat jemputan ke majlis ni. Alang-alang Amilia dapat jemputan ni tak salah kalau kita join sekali. Jom la Suffi. Lagipun itu jamuan biasa jer takda bertema-tema baju. Kau pakai la baju kurung atau jubah kau tu. Kita gi yer? Nanti aku tolong kau make up,” celah Rozaini, seorang peguam di salah sebuah firma guaman yang terkenal di Shah Alam.

“So Suffi..Jadi yer kau ikut kami?” tanya Amilia sekali lagi sambil membelek-belek iphonenya.

“Errr…mmm okaylah. Tapi aku takde la baju yang sesuai nak pakai. Tak per ke aku pakai jubah saja?” tanya Suffi sambil menunjukkan riak muka yang tidak ceria. Risau kalau-kalau dia dipandang sinis oleh para jemputan yang pastinya terdiri daripada orang-orang penting di syarikat Amilia.

“Okay la Suffi. Kau jangan risau la. Semuanya ditanggung beres,” jawab Ami a.k.a Amilia, seorang eksekutif kanan yang sangat dikenali di syarikatnya.

Ami, Zaini serta Suffi atau tiga dara ini, merupakan sahabat baik yang tidak boleh dipisahkan.Tiga dara ini seumpama bff. Apa taknya, sejak mereka bergelar mahasiswa sehinggalah apabila masing-masing meninggalkan alam kampus, mereka masih bersama-sama. Bershopping bersama, berjogging bersama, melepak bersama, makan bersama dalam kata lain serba-serbi dilakukan bersama-sama kecuali hal-ehwal yang bersangkut paut dengan memasak dan bercouple sahaja yang tidak bersama-sama. Antara ketiga-tiga dara yang tersebut di atas, Suffiyah lah yang paling terkebelakang berbanding Amilia dan juga Rozaini.

Suffiyah,…seorang guru di sebuah sekolah di ibu kota. Sederhana perawakannya dan pandai memasak. Walaupun tidak seanggun Amilia mahupun Rozaini, Suffiyah a.k.a Suffi tetap kelihatan ayu, sentiasa bertudung agak labuh berbanding dua sahabatnya itu.

Amilia, merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal di ibu kota, seorang yang cantik jelita, pandai berbicara dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Gadis jelita persis pelakon Charlize Theron itu jika sesiapa yang tidak mengenalinya sudah pasti akan melabelnya, minah sombong kerana sifat semula jadinya yang memilih bulu apabila berkawan.

Seorang lagi sahabat baiknya, Rozaini merupakan seorang peguam dan sentiasa sibuk dengan kerjayanya. Rozaini, seorang yang periang, manis dan sentiasa tersenyum itu dikenalinya semasa di tahun dua di universiti. Mereka sama-sama teman sebilik di Kolej Kediaman 5, Universiti Malaya. Rozaini yang sudahpun bertunang, hanya menghitung hari untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pemuda pilihan keluarganya.

Jika ada waktu senggang sahaja dia akan menyertai Amilia dan Suffiyah melepak ataupun berwindow shopping di KLCC, Pavillion. The Garden ataupun di Midvalley Megamall. Jusco????..hanya Suffiyah sahaja yang rajin bertamu ke pusat membeli-belah itu kerana kedua-dua rakan baiknya tidak sanggup bersentuh bahu di pusat membeli belah itu.

Sebaik selepas menunaikan solat fardhu Maghrib di hotel, Ami, Zaini dan Suffi berjalan beriringan menuju ke dewan utama, tempat majlis makan malam syarikat Amilia berlangsung. Amilia yang memakai gaun labuh, tampak anggun bergaya dengan rambutnya yang disanggul siput, manakala Rozaini, yang sememangnya persis model itu pula mengenakan kebaya nyonya yang dipadankan dengan kain batik lepas sepadan. Rambutnya yang dibiar melepasi bahu menampakkan lagi kejelitaan Rozaini, walaupun peguam muda itu sentiasa sibuk di firma guamannya.

Berlainan dengan Ami dan juga Zaini, Suffi tampak lebih bersahaja dan serba sederhana pada malam itu, bersesuaian dengan bidang tugasnya yang tidak pernah berhias bagai. Tidak mahu memikirkan sut yang harus dipakai, Suffi senang dengan sut jubahnya, hitam polos yang ditabur dengan batu-batu Swaroski pelbagai warna serta digandingkan dengan tudung bernada sama dan bersulam. Tampak ringkas, tetapi dek solekan Ami yang separa professional itu telah merubah gaya dan penampilan Suffi, menjadi seorang gadis yang ayu dan comel.

Usai memasuki dewan utama, Amilia dan sahabat baiknya beriringan menuju ke sebuah meja yang telahpun disediakan.

“Eh…semuanya dah ada,” kata Ami sambil bersalaman dengan para tetamu yang lain. Amilia kemudiannya memperkenalkan Rozaini dan Suffiyah kepada rakan-rakan sekerjanya.

“Er…kenalkan my bff , Rozaini dan Suffiyah,”

Rozaini dan Suffiyah tersenyum apabila diperkenalkan kepada rakan-rakan sekerja Amilia.

“Hai…Rozaini,” Rozaini memperkenalkan dirinya.

Suffiyah yang tidak tentu arah hanya tersenyum memandang rakan sekerja Amilia. Tidak betah dia menuturkan kata walau hanya dengan memberitahu namanya kepada rakan Amilia. Sempat lagi Ami menyikunya apabila dia yang tetiba menjadi pendiam. Alahai…..Suffi.

“Awak serumah lah ni dengan Ami?” tanya Farhana sambil menyisip air yang berada di hadapannya.

“Aaa…kami serumah. Memang kenalpun dah lama, sejak di universiti lagi,” jawab Ami sambil tersenyum memandang Suffi dan Zaini.

“Er…Rozaini, kerja di mana?” tanya Encik Firdaus, yang duduk bersebelahan dengan Ami. Ami mula memandang Firdaus yang sudah mula menjadi wartawan tak terlatih itu. Pantang nampak dahi licin mulalah nak menggatal.

“KL…Jalan Sultan Ismail,” jawab Rozaini sambil tersenyum.

“She’s a lawyer,” Ami menokok tambah sambil memandang ke arah Suffi yang tampaknya sudah berpeluh-peluh.

“Suffiyah…lawyer juga?” Encik Firdaus menyoal Suffi yang sedang meneguk air sirap yang ada di hadapannya.

Aydil yang duduk di sebelah Firdaus merenung Suffiyah yang masih tergagap-gagap untuk menjawab pertanyaan Firdaus. Terasa hendak ketawa pun ada melihat gadis comel itu terkulat-kulat hendak memberi jawapan. Alahai….macam pertama kali menghadiri majlis la pulak. Aydil tersenyum.

“Err..tak. Kerja biasa-biasa jer,” jawab Suffi perlahan sambil tersenyum memandang Firdaus.

“Kerja biasa-biasa. Biasa macam mana tu Cik Suffiyah?” Firdaus sengaja mengusik Suffiyah yang nampak pemalu itu. Merah padam muka Suffiyah diasak begitu.

“She’s a teacher. Kau ni Fir…sengaja nak menyakat Suffi,” celah Ami sambil menjegilkan matanya kepada Firdaus.

‘Okay, okay…Suffi, saya mintak maaf. Jangan ambil hati ya,” Firdaus tersengih memandang Suffi.

“Hah..kalau nak tau nilah tukang masak cekodok kucai yang korang berebut tu…Hah Fir, apa menu yang kau pesan nak mintak Suffi masakkan kau tu?” tanya Ami, sengaja nak mengenakan Firdaus yang lepas laku itu.

“Weii…mana ada. Fir gurau-gurau jer la Suffi. Tapi kalau masak-masak lagi, jangan lupa kirim lagi yer?” balas Firdaus sambil tersenyum memandang Suffi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience