BAB 12

Romance Completed 7786

“Ehem…ehemm..ehemm….menung apa tu? Ingat buah hati yer?” satu suara serak-serak basah menegur daripada belakang. Tersentak Suffi yang sedang leka membaca novel Kau Ditakdirkan Untukku nukilan Gee Muszisya. Ditolehnya ke belakang mencari gerangan empunya suara yang menyapanya itu. Pandangan mata Suffi bertemu dengan renungan sepasang mata di hadapannya. Suffi melarikan pandangan matanya ke taman bunga mawar di hadapannya. Suffi resah.

“Boleh saya join?” tanya Ammar ikhlas.

“Err…duduklah. Dr.Ammar tak ke mana-manakah? Rugi kalau cuti-cuti ni dibiarkan habis begitu sahaja,” celah Suffi menutup kemelut yang melanda di hatinya.

“Tak kut. Saya ni mana la ada kawan. Dah lama sangat di Perth. Jom temankan saya jalan-jalan. Nanti saya ajak Kak Munie dan anak-anaknya juga. Dah lama rasanya tak round KL ni,” ajak Ammar sambil memandang wajah Suffi. Bersih dan mulus sahaja wajah gadis di hadapannya ini tanpa sebarang tempelan alat solek. Manis.

“Dr.Ammar pergi la dengan kak Munie, saya ada kerja sekolah sikit yang perlu disiapkan. Nak buat soalan exam. Takut tak sempat siap pulak nanti. Due date,Isnin ni.

“Boleh tak Suffi jangan panggil saya Dr.Ammar! Just call me Am. Semua orang panggil Am aje,”

“Er….,” Suffi tersenyum memandang kembar kepada tunangannya itu.

“Ala jom la. Sekali-sekala cuci minda. Terapi tu Cikgu Suffi,” Ammar sekali lagi mengajak Suffi bersama-sama dengannya serta kak Munie berjalan-jalan pada petang Sabtu itu.

“Mmmm….okay. Nanti bagitahulah pukul berapa ya,”

Usai memakir keretanya, Ammar mengajak kak Munie dan Suffi serta dua orang anak saudaranya ke Chicken Rice Shops di tingkat tiga kompleks itu. Seleranya tiba-tiba melonjak-lonjak ingin menikmati nasi ayam yang dah lama tidak dirasanya. Bukannya tak ada dijual di Perth tetapi tekaknya tidak mampu untuk menelan makanan kegemarannya itu di sana. Hendak memasak sendiri, memang susahlah sikit kerana jadual tugasannya yang agak sibuk di universiti.

Baru sahaja mengambil tempat di restoran nasi ayam itu, mata Suffi terpandang sepasang kekasih yang sedang bergandingan berjalan menghala ke arah ekskalator yang terletak bertentangan dengan restoran nasi ayam itu. Pakaian si gadis yang agak keterlaluan itu menyakitkan mata sesiapa sahaja yang memandangnya. Kasihannya mamat di sebelah gadis itu jika itu adalah suaminya.

Usai pasangan tersebut melintasi restoran nasi ayam itu, Suffi merasakan tangannya dipegang oleh Kak Munie yang berada di sebelahnya.

“OMG , Suffi….nampak tak apa yang kak Munie nampak. Dyl…Ya Allah, dia sedar tak apa yang dia buat tu?”

Ammar yang duduk bersebelahan kak Munie turut terkedu memandang adegan yang tidak sepatutnya terlayar di hadapan mata mereka. Ammar mencuri pandang wajah Suffi yang berada di hadapannya. Ada sedikit kekeruhan di wajah bersih Suffi. Lama Ammar menatap wajah mulus tunangan kembarnya itu. Sungguh dia kecewa dengan sikap Aydil yang sambalewa melukakan hati tunangannya itu.

“Dyl, kalau Suffi tak segandingan dengan kau,…biar abang ambil Suffi sebagai penyeri hidup abang. Tak ada cacat celanya dia. Cuma kurangnya di mata Dyl, Suffi bukan cinta pertama Dyl. Dyl…Suffi sebenarnya…,” Ammar bermonolg.

“Err..Suffi okay tak ni?” tanya kak Munie sambil memegang lemgan Suffi yang masih mendiamkan diri.

Suffi menganggukkan kepalanya, namun titisan air mata sudah mula bergenang ditubir matanya. Lidahnya kelu untuk berbicara. Timbul rasa rendah diri dalam dirinya. Siapalah dia jika dibandingkan dengan Aydil Fahmi, tunangannya. Yang lebih penting lagi, keadaan keluarganya dengan leluarga tunanagnnya itu sendiri umpama mimpi dalam mimpi, bagai langit dengan bumi tanjaknya. Air mata minitis laju tanpa dipaksa. Sudah puas Suffi menahan rasa sedihnya, Suffi tewas. Sapu tangan yang dihulurkan oleh Ammar diambil oleh Suffi untuk mengelap air matanya. Malu terhadap kak Munie serta Ammar semakin menebal. Mengapalah dia tidak sedar akan kedudukan keluarga serta dirinya yang tidak segandingan dengan tunangannya itu, walaupun jawapan Istikharahnya seolah memberi gambaran penerimaan dirinya sebagai menantu Puan Sri Rohani serta Tan Sri Ramli begitu jelas sekali.

“Suffi, are you okay?” tanya Ammar setelah esakan Suffi tiada kedengaran lagi. Kak Munie yang berada di sebelah Suffi mengurut-urut lembut belakang Suffi, memujuk dan mententeramkan jiwa bakal adik iparnya itu. Rasa marah membuak-buah di dadanya mengenangkan keintiman Aydil bersama perempuan yang agak seksi itu. Padanlah muka cemberut sahaja masa makan tengah hari tadi, rupa-rupanya gelisah hendak berjumpa dengan buah hati. Dah tahu ada buah hati, kenapa la dipinangnya Suffi. Arlina Munirah menahan geram akan tindak-tanduk adiknya itu.

Rasa ingin dipelangkung kepala Aydil. Sanggup berkelakuan sedemikian sedangkan diri sudah mempunyai tunang. Dia tidak sabar-sabar ingin bersemuka dengan adiknya, Aydil Fahmi itu. Nama sahaja CEO, tetapi pemikiran masih cetek dalam bab-bab agama. Sekilas dia memandang Suffi dengan perasaan yang sangat kecewa. Ammar yang berada di sebelahnya terdiam. Iris matanya jelas menunjukkan rasa geram dan marahnya terhadap adik kembarnya itu.

Sudah beberapa hari berlalu sejak peristiwa terserempak dengan Aydil bersama dengan buah hatinya, dan sejak itulah juga Suffi tidak mendengar khabar tunangannya itu. Malas dia hendak memikirkan sebarang spekulasi yang berlaku. Dia masih menyerahkan segala-galanya kepada Ar Rahman.

Beg tangan Coach kegemarannya diambil dan kereta kesayangnnya dihidupkan. Sudah lama rasanya dia tidak berjalan-jalan sambil memilih barangan dapur yang sudah habis. Sibuk menyemak kertas soalan peperiksaan serta serabut dek masalah yang dihadapi menyebabkan Suffi sudah lama menyepikan dirinya daripada dunia masakannya. Sesekali apa salahnya dia memanjakan diri dengan membelek-belek barangan keperluan harian.

Dari satu rak ke satu rak Suffi menolak troli di pasar raya Jusco. Macam-macam barang yang dipilihnya. Bukannya apa, tangan yang mengambil barangan tidak selari dengan fikirannya yang masih buntu mengenangkan nasib diri. Mampukah dia menerima qada’ dan qadar jika kelak peristiwa yang berlaku bukan kehendak dirinya. Bagaimana pula dengan perasaan kedua orang tuanya? Tiba-tiba air matanya bertakung di tubir matanya. Cepat dikeluarkan tisu dari ‘tote bag Coach’nya. Tidak mahu orang di sekeliling mengesyaki sesuatu.

“Ehem…ehem..banyaknya shopping Suffi. Nak masak untuk siapa ni?”

Terkejut Suffi apabila disapa dari belakang.

“Eh…Dr.Ammar, buat apa? Shopping ke?

“Tak. Saja cuci mata, ingat nak lepak-lepak makan. Tadi masa lalu sini ternampak Suffi tengah sorong troli. Actually, ingat nak ajak Suffi makan sekali. Tak seronok pulak makan sorang-sorang. Jom, kita makan. Belum makan kan Suffi?” tanya Ammar sambil tersenyum memandang Suffi.

“Err belum..tapi,”

“Takde tapi-tapi, jom saya belanja awak makan. Jangan la malu. Nak ajak awak makan kat kafe hujung sana tu. Lapar la pulak kalau nak ke KLCC, takut lambat sampai, perut dah berkeroncong Untuk Ana ni…,” kata Ammar sambil menolak troli yang dipegang oleh Suffi.

“ Haah…okay. Biar saya bayar dulu yer barang-barang ni,”

Ammar dan Suffi jalan beriringan menuju ke kafe yang dinyatakan oleh Ammar sambil tangannya menolak troli yang penuh dengan barangan yang dibelinya.

“Suffi…dah okay ke? Lama tak nampak Suffi sejak keluar makan hari tu,” jelas Ammar sambil membantu Suffi menolak trolinya.

“Dah kut, ye la, banyak benda lain lagi la nak saya fikirkan. Takpe, insyaallah, semuanya kuasa Tuhan. Kita hanya merancang. Saya tak kecil hati la. Percayalah…,” jawab Suffi sambil tersenyum.

Dug dig dug….bunyi jantung….Ammar terkesima melihat senyuman manis Suffi. Ammar tidak keruan. Berpeluh-peluh dahinya menahan getar di hati. Dalam sibuk membuat pesanan makanan, Ammar dan Suffi tidak perasan ada mata yang cemburu memandang mereka. Walaupun nampak formal sahaja duduknya, Suffi dan Ammar tetapi keriangan yang terpancar pada wajah masing-masing sudah cukup menyebabkan si jejaka idaman Malaya yang sedang memandang berhati gundah. Wajah Suffi direnung lama dari kejauhan.

Terdetik di hatinya akan perihal yang berlaku. Memang salah diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience