BAB 10

Romance Completed 7786

Terbeliak mata Suffi apabila melihat gambar Aydil bersama seorang perempuan. Mesra, Tuhan sahaja yang tahu. Turun naik dadanya menahan rasa di hati. Kalau nak diikutkan hatinya, mahunya dia menelefon Aydil dan memarahi lelaki itu. Sikapnya yang masih boleh bersabar sahaja membuatkan dia tidak kalut dan melatah apabila ditimpa musibah seperti itu. Amilia yang merakamkan gambar Aydil itu. Kebetulan haousematenya itu bersama Firdaus ke KLCC untuk mencari hadiah majlis hari jadi Farhana. Nampaknya nasib tidak menyebelahi Aydil, Amilia yang kebetulan duduk tidak jauh daripada pasangan dua sejoli itu, terus mengambil beberapa keeping gambar Aydil.

Suffi tergamam apabila mendengar cerita daripada Firdaus bahawa perempuan di dalam gambar tersebut merupakan bekas kekasih Aydil sewaktu menuntut di London. Hatinya sudah mula berlagu sayu. Bermacam-macam syak-wasangka terbayang di ruang matanya. Ingin sekali Suffi menghubungi Aydil dan bertanya akan hal yang sebenarnya. Namun mengenangkan dia dan Aydil yang masih tidak bertegur sapa itu menyebabkan Suffi mendiamkan dirinya sahaja. Malas dia hendak mencurahkan minyak ke dalam api yang sudah sedia marak itu, takut terbakar hangus pulak nanti.

Aydil tidak dapat melelapkan matanya. Pengakuan Harina untuk menyambung semula hubungan yang telah putus benar-benar meresahkannya. Dia tidak menyangka Harina datang semula setelah dia menemui Suffi, gadis comel yang telah membuka pintu hatinya setelah Harina meninggalkannya dua tahun yang lalu. Namun, Harina merupakan cinta pertamanya. Cinta pertama yang takkan dia lupakan sampai bila-bila. Pengakuan Harina, bahawa dia telah ditipu oleh Jafni dan telah memutuskan hubungan dengan lelaki beranak dua itu sedikit sebanyak menyentuh hati Aydil. Aydil buntu. Dia tidak menyangka Harina kembali menagih cintanya dan ingin menyambung semula ikatan yang telah putus.

“Aydil, Rin sanggup lakukan apa sahaja asalkan kita berbaik semula dan bina istana yang kita janjikan dulu. Rin sedia mengikut kemahuan Aydil. Apa sahaja, asalkan kita dapat bersama semula,”. Harina menangis teresak-esak dibahu Aydil lewat pertemuan dengan bekas kekasihnya itu. Aydil kelu tanpa bicara. Dia tahu daripada renungan mata Harina. bekas kekasihnya itu jujur dan ikhlas. Dia sendiri seakan mahu menyambung semula hubungannya dengan Harina.

Kenangan cinta dengan Harina masih terbayang di ruang matanya. Gadis itu bukanlah seperti gadis-gadis lain yang ditemuinya di London. Walaupun cara berpakaiannya agak kebaratan, Sifat Harina, yang mengambil berat serta pandai membawa diri itulah menyebabkan Jafni merampas Harina daripadanya. Pertemuan dengan Harina membuatkan Aydil berada di persimpangan dilemma. Sama ada Harina atau Suffi, Aydil tetap akan melukakan hati seorang perempuan yang dicintainya. Siapakah yang harus dipilih, Harina kekasih hatinya yang sudah lama bertakhta di dalam hatinya, atau Suffi, tunangannya.

Lama Suffi menadah doa agar diberi petunjuk oleh Yang Maha Esa usai solat-solat sunat yang didirikannya pada awal pagi yang hening itu. Khabar yang dibawa oleh Amilia cukup menghiris hatinya walaupun dia baharu sahaja berkenalan dengan Aydil, tunangannya. Suffi redha dengan dugaan yang menimpa dirinya.

Suffi kemudiannya teringat akan janjinya pada Puan Sri Rohani. Petang semalam, bakal ibu mertuanya itu menelefon memintanya datang ke rumah beliau untuk makan tengah hari bersama-sama. Suffi yang bercadang ingin membawa buah tangan itu kemudiannya bergegas turun ke dapur menyiapkan sarapan seringkas mungkin dan selepas itu, dia ingin membuat sebiji kek karot sebagai buah tangannya nanti. Isu Aydil, tunangannya itu diserahkan sepenuhnya kepada ArRahman. Biarlah. jika ada jodohnya, mereka akan disatukan juga.

Usai menghias kek karotnya, Suffi meletakkan kotak kek yang berhias cantik itu ke dalam keretanya. Honda City hitam berkilat itu dihidupkan enjinnya sementara Suffi mengemaskan tudung kepalanya yang senget. Tiada sebarang solekan tebal diwajahnya melainkan secalit gincu bibir merah jambu yang nipis serta pemerah pipi senada. Serba ringkas namun tetap manis sesiapa sahaja yang memandangnya. Yang lebih penting lagi, Suffi tidak mahu Puan Sri Rohani mendapat malu apabila melihat ketrampilan bakal menantunya itu.

Suasana rumah banglo tiga tingkat di perbukitan Ampang itu riuh-rendah. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang berlari-lari di sekeliling kolam renang sambil ketawa riang. Dari jauh bakal kakak iparnya, Arlina Munirah sedang sibuk mengelap badan anak-anaknya yang basah kuyup selepas berendam-rendam di kolam. Arlina Munirah melambai-lambaikan tangannya kepada Suffi dan meminta agar dia masuk ke dalam rumah.

Antara malu dan terpaksa Suffi memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam banglo bakal ibu mertuanya itu. Salam Suffi bersambut. Seorang jejaka idaman Malaya yang seiras tunangannya tersenyum di muka pintu banglo berkenaan. Suffi membalas senyum sambil memandang jejaka berkenaan sebelum Puan Sri Rohani menjenguk daripada ruang tamu utama.

“Suffi…masuklah. Lamanya mama tak jumpa Suffi. Suffi sihat?” tersenyum mesra Puan Sri Rohani apabila terpandang Suffi.

“Alhamdulillah…saya sihat Puan Sri. Err…ni saya bawakan sikit buah tangan. Saya letakkan di dapurlah Puan Sri yer…,” Suffi tersenyum lalu meminta diri untuk ke dapur.

“Aydil keluar tak balik-balik lagi. Ada hal katanya. Dia tahu tak Suffi nak datang ni?” sampuk Puan Sri Rohani apabila tidak ternampak kelibat anak bongsu kesayangannya itu.

“Tak Puan Sri. Saya tak bagitau saya nak datang,. Saya beransur ke dapur yer?” Suffi tersenyum memandang bakal mertuanya itu dan jejaka idaman Malaya di sebelahnya.

“Siapa tu mama? Staff baru mama ker?” tanya Ammar sambil matanya melirik memandang Suffi yang berlalu ke dapur. Terpegun sejenak memandang wajah gadis comel yang serba sederhana itu. Tidak berkelip-kelip matanya melihat Suffi. Hati Ammar berdebar-debar.

“Kenapa Am tanya? Am berkenan ye?” sengaja Puan Sri Rohani menguji anak sulungnya yang baru kembali dari Australia itu. Anak sulungnya, Dr. Ammar Fiqri seorang ahli Patologi yang masih melanjutkan pengajian PhDnya di University of Western Australia, Perth itu masih solo dan susah untuk digandingkan dengan mana-mana gadis. Cerewet hanya tuhan sahaja yang tahu. Kalau tidak masakan Ammar memilih untuk menjadi seorang doktor dan tidak mahu langsung melibatkan diri dalam selok-belok perniagaan keluarga sepertimana Aydil, adiknya.

“Mmmm tak la mama, cuma…,” kata-kata Ammar terhenti apabila tiba-tiba Aydil masuk ke ruang tamu utama itu.

“Assalamualaikum….mama, abang Am,…ma…Suffi dah sampai ker? Dyl telefon tak diangkatnya pulak?” tanya Aydil sebaik memasuki ruang tamu utama.

“Ada di dapur tu…tolong Mak Lijah masak. Dyl gaduh dengan Suffi ke? Lain macam je mama tengok?” serkap Puan Sri Rohani.

“Eh…mana ada. Err..Dyl ke dapur dululah,”.

Terkocoh-kocoh Aydil berjalan menuju ke dapur. Hatinya berbaur risau. Dia ingin memohon maaf daripada Suffi akan kebiadapannya baru-baru ini. Kehadiran Harina sedikit sebanyak mengganggu hidupnya. Fikirannya kacau. Dia tidak menafikan bahawa masih ada sekelumit sayang terhadap Harina, namun pada masa yang sama Suffi telah menakluk hati lelakinya sejak sekian lama terbiar kosong.

Ammar terpegun melihat adiknya yang terkocoh-kocoh itu. Lain benar tingkah laku mamat poyo itu.

“Mama…apa dah jadi dengan anak kesayangan mama tu? dan siapa Suffi tu mama?”

“Oppsss….since kamu dah tanya, mama lupa nak bagitau kamu, Suffi tu sebenarnya tunang si Aydil. Mama tak sempat nak Skype dengan kamu. Semuanya cepat saja berlaku. Aydil tu…tak sempat-sempat nak ikat si Suffi tu. Mama ingat nak tunggu Am balik baru la hantar rombongan. Mmmm tak sempat dah,…ada orang angau,” terang Puan Sri Rohani sambil memandang anak sulungnya itu.

“Lain benar pilihan Dyl. Tak percaya pulak Am,” Ammar masih tidak percaya apabila adiknya itu memilih Suffi sebagai ratu di hatinya. Pelik bin ajaib. Mana taknya, kalau Harina tu memang betullah itu pilihan adiknya. Tergerak juga hati Ammar untuk mengenali Suffi. Tak salahkan kalau nak berkenalan dengan bakal adik ipar. Bukannya dah jadi Mrs. Aydil. Dr.Ammar Fiqri tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience