BAB 1

Romance Completed 7786

Deringan jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Suffi yang masih menggeliat di atas katilnya bangun dan duduk di birai katil. Masih terasa kantukya. Semalaman dia menyemak kertas jawapan peperiksaan pertengahan tahun para pelajarnya. Tidak terdaya rasanya untuk membuka mata walaupun seketika.

“Mak aiii…..penatnya,” bisik hati kecil Suffi.

Dengan langkah yang longlai, Suffi mengambil wudhuk dan bertahajjud. Sejak di universiti lagi, Suffi tidak pernah meninggalkan Tahajjudnya. Kumpulan usrah yang disertainya semasa di semester pertama banyak memberi tunjuk ajar dan panduan untuk menjadi seorang muslimah.

Usai bertahajjud, Suffi terus turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Waktu-waktu cuti persekolahan begini, Suffi meluangkan masanya memasak dan seperti biasa dia akan melebihkan juadah sarapan paginya itu untuk dibawa oleh Ami dan Zaini ke tempat kerja. Ami dan Zaini yang agak kurang menjamah makanan terpaksa membawa bekal yng diberikan oleh Suffi untuk menjaga hati Suffi yang agak sensitif itu.

“Wei….kau bawak apa tu Ami?” tanya Firdaus sambil cuba untuk membuka bekas Tupperware yang ada di atas meja Amilia.

“Ish kau ni….tak sempat-sempat nak makan. Cuba duduk dulu. Ni makan pun sambil berdiri,” celah Ami apabila melihat Firdaus, rakan sekerjanya dengan rakus membuka bekas yang berisi cekodok kucai, hasil air tangan Suffi.

“Laa…takkan nak rasa sikit pun tak boleh…kedekut la kau ni Ami. Biar la aku rasa cekodok ni, baru la aku boleh letak kau kategori mana,” jawab Firdaus sambil memasukkan cekodok kucai ke dalam mulutnya. Habis satu, satu diambil Firdaus… Terjerit Ami apabila melihat hampir suku bekas cekodok kucai itu telah dihabiskan oleh Firdaus.

“Kau ni…agak-agaklah kalau nak makan, tinggal orang belakang jugak tau,” marah Ami sambil menutup semula bekas cekodok kucai itu.

“Ehem..ehemm….amboi, makan tak ajak saya pun yer?” Encik Aydil selaku CEO syarikat menegur apabila terlihat kelibat Amilia dan Firdaus yang kecoh dek cekodok kucai yang dibawa oleh Ami.

“Err..Encik Aydil, jemputlah makan kalau encik tak kisah. Cekodok kucai jer…buat alas perut sebelum lunch,” pelawa Ami sambil menghulurkan bekas cekodok kucai itu kepada bosnya yang tampan bergaya itu.

“Mmmm…sedapnya. Awak ke yang buat ni Ami?” tanya Encik Aydil sambil memasukkan sebiji lagi cekodok kucai ke dalam mulutnya. Terpejam matanya apabila menguyah cekodok itu.

“Err..Ami, saya bawak masuk ke dalamlah cekodok ni. Awak nak makan lagi ker?” tanya Encik Aydil tanpa ada silu. Apa taknya, cekodok itu mengingatkannya kepada arwah neneknya yang telah meninggal dunia tatkala dia sedang berperang menghadapi peperiksaan akhir semasa menuntut di London.

“Errr…ambil la encik Aydil. Saya tak makan sangat cekodok ni. Nanti nak Lunch lagi,” kata Ami sambil tersenyum. Lega kerana dapat menghabiskan cekodok kucai itu sebelum pulang ke rumah.

“Okay, thanks. Saya ambil yer?” tanya Aydil sambil tersengih.

Usai Encik Aydil masuk ke dalam biliknya, Firdaus terus memarahi Ami kerana tidak menyembunyikan bekas cekodok kucai. Hampa harapannya ingin mengambil barang satu dua biji cekodok tersebut.

“Ala…kau ni Fir,..nanti aku bawak lagi la….ni pun kebetulan Suffi cuti, kalau tak takde nyer dia nak bekalkan aku cekodok ni,” jawab Ami sambil membelek fail-fail yang ada di atas mejanya.

“Oish…aku ingat kau yang buat cekodok tu Ami?” pintas Firdaus sambil bangun daripada tempat duduk di hadapan Amilia.

“Sapa kata aku yang buat cekodok tu. Bff akulah yang buat tu…Aku nak buat cekodok tu…alahai alamat abis la minyak meletup-letup,” jawab Amilia sambil ketawa.

“Kalau macam tu…boleh tak kau suruhbff masakkan aku pengat pisang ke, pengat labu atau bubur caca? Bukan esoklah tapi kalau aku rasa teringin nak makan aku bagitau kau yer,” tanya Firdaus sambil memandang Amilia.

“Kau gila ke apa? Bukan banyak ke bubur pengat kau tu dekat gerai Mak Lijah? Kau beli je lah,” marah Ami apabila Firdaus terus-terusan membuat muka tidak faham. Azrai Firdaus Dato’ Ramlan, sepupu Encik Aydil yang dalam diam diminati oleh Amilia.

Di dalam pejabat yang tata hiasnya ringkas dan moden ala ala Zen itu, Aydil masih mengunyah cekodok kucai sambil tangan kirinya membaca emel yang diterima. Leka benar dia menyuap cekodok kucai itu dan tanpa disedarinya, bapanya Tan Sri Ramli masuk ke biliknya dan duduk di hadapan mejanya.

“Amboi,…asyiknya makan sampai tak sedar abah masuk,” sapa Tan Sri Ramli sambil tangannya mengambil bekas cekodok yang ada di atas meja anaknya.

“Eh…abah. Tak dengar pun pintu Dyl diketuk,”

“Mana nak didengar, dah ke mulut kamu tu penuh mengunyah. Abah tak nampak pun mak kamu buat cekodok ni pagi tadi?” kata Tan Sri Ramli bersahaja sambil menyuap seketul cekodok ke dalam mulutnya.

‘Mmmm…boleh tahan sedap. Padan makan tak nampak orang,”. Tan Sri Ramli kembali mengambil seketul lagi cekodok kucai dari bekas yang terletak di atas meja Aydil.

“Er..ada apa abah jumpa Dyl ni?”

“Saja abah nak lepak jap, dah nak masuk zohor pun ni? Dyl tak keluar lunch ke?”

“Tak kut…fulled already. Kenyang dek cekodok kucai ni,”

“Sapa yang bagi kamu cekodok ni? Sama macam cekodok arwah nenek kamu. Sedap,” kata Tan Sri Ramli sambil meneguk air Nescafe panas yang ada di atas meja.

“Amilia yang bawak,” kata Aydil sambil menutup bekas yang telahpun kosong itu.

“Amilia? Eksekutif Dyl tu? Sempat dia masak?” tanya Tan Sri Ramli sambil menjeling Amilia yang sedang membuat kerjanya di luar bilik Aydil.

Sebelum meninggalkan pejabat pada hari itu, sempat lagi Aydil memulangkan bekas cekodok kucai yang telahpun kosong kepada Amilia.

“Thanks Ami. Lain kali jangan lupa kalau bawak bekal tu, ingat-ingatlah saya jugak yer,” Aydil tersenyum sambil meletakkan bekas cekodok di atas meja Ami.

Firdaus yang sedang berbincang dengan Ami, mencebik bibirnya apabila mendengar pesanan ringkas daripada sepupunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience