BAB 5

Romance Completed 7786

Aydil merenung tajam telefon bimbitnya. Sudah dua minggu berlalu dan dia masih tidak menerima sebarang panggilan daripada pujaan hatinya. Lupakah akan janji yang diberikan atau pujaan hatinya itu kekash orangkah? Aydil melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Selepas menunaikan solat Jumaat, dia bertekad untuk mengambil cuti separuh hari pada hari itu. Dia ingin melapangkan fikirannya bersantai ke KLCC. Dah lama rasanya tidak ke sana. Hatinya rungsing apabila ibunya, Datin Sri Rohani asyik bercerita tentang seorang gadis yang ditemuinya. Takut kalau-kalau ibunya cuba menggandingkan dengannya.

Usai menunaikan Solat Jumaaat, dia terus ke KLCC. Dah lama rasanya tidak ke Kinnokuniya untuk membeli buku. Aydil ingin melihat buku-buku yang telah lama dicarinya.

Suffi yang telah lama tidak mencari bekalan baru novel-novelnya bertekad ke kadai buku idamannya selepas waktu persekolahan tamat. Usai menunaikan sembahyang fardhu zohor di surau sekolahnya, dia terus memandu kereta Honda Citynya menyusuri Lebuh Raya AKLEH untuk ke KLCC.

Hari Jumaat adalah hari yang dinanti-nantikan olehnya kerana dia dapat melapangkan fikirannya selepas semimggu bergelumang dengan kerja-kerja di sekolah.

Dengan baju kurung sutera krep merah jambu, serta bertudung warna sedondon Suffi melangkah dengan penuh yakin menuju ke kedai buku Kinokuniya. Ruang buku-buku Melayu ditujuinya.Tak sabar rasanya dia hendak memilih beberapa buah novel baru sebagai pengubat di kala sepinya.

Satu persatu novel dibeleknya. Selepas hampir setengah jam berlalu, Suffi tersenyum puas apabila hampir sepuluh buah novel telah dipilihnya, dia dengan laju terus menuju ke kaunter bayaran.

Aydil yang telah memilih beberapa buah novel karya Susan Sontag serta Nicholas Spark juga dengan senang hati meluru ke kaunter bayaran kerana selepas ini dia ingin naik ke Kafe Coffee Club, Kinokuniya untuk membaca buku yang dibelinya itu.

Malang tidak berbau, dalam enak Aydil melangkah kakinya ke kaunter bayaran, dia telah dirempuh oleh seseorang yang sama-sama ingin menuju ke kaunter bayaran. Habis semua buku yang dipegangnya bertaburan di lantai.

Suffi yang mengelek sepuluh buah novel terjerit apabila dia tidak dapat mengawal dirinya daripada melanggar seorang yang tiba-tiba melintas di hadapannya.

“Awww…..adoii,” Suffi terjerit apabila semua novel yang dipegangnya jatuh di atas lantai. Sengal dibahunya juga makin terasa dek rempuhan yang agak kuat sebentar tadi.

“Errr….maafkan saya. Saya tak sengaja nak langgar encik,” kata Suffi sebaik sahaja dia mengutip semua novel yang terlepas daripada tangannya tadi.

“Saya yang patut mintak maaf daripada cik…,” terkedu Aydil apabila melihat gadis yang berdiri di hadapannya, gadis yang dirempuh secara tidak sengaja sebentar tadi.

“Eh…cik Suffiyah. Tak sangka Cik Suffi rupa-rupanya yang saya langgar. Buat apa kat sini?” senyuman manis mulai menghiasi bibir Aydil. Rindunya yang sekian lama membara terubat kini.

“Hah….Encik Aydil. Maaf la yer, saya tak perasan tadi. Encik buat apa kat sini? Cuti yer?” tanya Suffi untuk menghilangkan rasa gundah gulananya tatkala wajahnya direnung oleh sang jejaka.

“Aaa..saya cuti hari ni. Dah lama nak cari buku, tu yang curi-curi masa untuk datang sini,” jawab Aydil sambil memandang Suffi.

“Suffi tak mengajar ke hari ni?” tanya Aydil.

“Saya ajar pagi. Lepas sekolah terus datang sini. Saja cari novel. Stok novel dah habis kat rumah,”jawab Suffi sambil tersenyum.

“Suffi sorang jer ker?”

“Err…encik Aydil ada nampak saya berdua ker?”

“Oh okay, boleh la saya ajak makan ni? Belum makan kan?”tanya Aydil sambil tersengih memandang Suffi.

“Err…belum. Tapi saya nak bayar buku ni dululah. Encik Aydil dah bayar buku-buku tu? Meh saya bayarkan sekalilah.Tak payah nak beratur panjang-panjang,” jawab Suffi sambil tersenyum.

“Eh..takpelah, biar saya yang bayarkan buku-buku Suffi. Bukan selalu saya bermurah hati nak belanja orang,” Aydil tersenyum sambil mengambil novel-novel yang ada ditangan Suffi untuk dibayar sekali.

“Eh,,,tak payah la. Novel saya, biar saya la yang bayar. Takper..tak seronok orang lain bayarkan,” celah Suffi berkeras.

“Takper…saya bayarkan…Degil juga awak nikan,” Aydil mula meninggikan suaranya sambil meletakkan semua buku di atas kaunter bayaran.

Terkesima Suffi apabila Aydil berkeras untuk membayar novel-novelnya. Untuk menutup malu kerana buku yang dibelinya lebih banyak daripada buku Aydil, Suffi bertekad untuk belanja Aydil makan.

“Terima kasih sebab tolong bayarkan. Tapi…..boleh tak Encik Aydil bagi resit buku tu pada saya,” tanya Suffi sambil tersenyum kepada Aydil.

“Untuk apa?”

“Hish dia ni….tak pernah bayar cukai pendapatankah? Takkan tak pernah kut?” Suffi bermonolog.

“Err saya…saya nak guna untuk cukai pendapatan saya. Kan peruntukan sebanyak seribu ringgit maksimum bagi pembelian bahan bacaan akan ditolak daripada cukai setiap tahun. Encik tak pernah bayar cukai yek? Hish takkan la kut?” tanya Suffi sambil beriringan mengikuti Aydil.

Aydil tersenyum memandang Suffi tanpa sebarang jawapan. Laju sahaja langkah kakinya menuju ke Restoran Chili’s yang terletak di sebelah panggung wayang TGV. Terkedek-kedek Suffi mengikutinya daripada belakang.

“Er..Encik Aydil pesan la apa-apa yang berkenan. Biar saya pula yang belanja encik,” kata Suffi sambil tersenyum memandang Aydil.

“Mmmm..sebelum tu, stop calling me ENCIK. Panggil Dyl saja. Lagipun saya ni bukannya bos awak yang awak nak berencik-encik bagai,” kata Aydil sambil menjeling Suffi.

“Eh…opps….okaylah encik,..eh.. Dyl,” Aydil tersenyum memandang Suffi yang sudah berona merah wajahnya. Minah kalut.

Usai makanan yang dipesan sampai ke meja, Chicken Ceaser Salad dan Beef Steak serta dua gelas jus oren, Suffi dan Aydil makan tanpa sepatah pun kata yang terucap daripada bibir masing-masing.

Tiba-tiba..

“Er Suffi, kalau saya tanya sikit awak marah tak?”

“Tengoklah soalan apa yag awak nak tanya,” jawab Suffi.

Terkedu Aydil mendengar jawapan cikgu comel di hadapannya itu. Belum pernah seumur hidupnya mendengar jawapan sedemikian daripada mana-mana gadis. Kebanyakan gadis yang berjanji temu dengannya akan menonjolkan sifat keayuan mereka secara total dan mengiyakan sahaja segala cadangan yang diberikan. Hendak melawan cakap atau menempelaknya….mak aiii jauh panggang dari api. Langsung tak berani, takut ditolak mentah-mentah olehnya.

“Awak ni memang sorang-sorang ke, maksud saya….tak ada teman istimewa macam orang lain,” tanya Aydil sedikit perlahan takut dipelangkung oleh gadis di hadapannya.

“Kenapa kalau sorang-sorang? Selama ni pun saya hidup okay jer. Takder la pulak jadi tak tentu arah,” jawab Suffi sambil matanya memandang Aydil tanpa kelip. Tidak faham kenapa isu teman istimewa dikaitkan dengan dirinya.

“Kenapa tanya? Awak nak jadi teman istimewa sayakah?” usik Suffi sambil tersenyum sinis memandang Aydil.

“Hah….boleh ke?” tanya Aydil bersungguh.

“Mmmm…takde maknanya. Saya ni tak biasa la berteman bagai ni. Bukankah lebih baik kawan-kawan biasa jer. Sama jer kan?” tanya Suffi sambil menyedut jus oren di hadapannya.

Aydil tersenyum memandang Suffi. Dia tidak menyangka gadis di hadapannya itu susah benar hendak dipujuk rayu, inikan pula hendak dikeneng-keneng menjadi teman istimewa.

“Maaf la, saya tanya jer tadi. Harap Suffi tak ambil hati,” kata Aydil sambil memandang Suffi yang sudah masam mencuka wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience