BAB 8

Romance Completed 7786

Jamuan makan malam yang diadakan oleh Tan Sri Ramli serta Datin Sri Rohani meriah dengan kehadiran para tetamu. Pelbagai juadah disediakan mengalahkan jamuan hari raya. Di satu sudut ruang makan, Aydil dengan wajah masam mencuka sedang membelek-belek telefon bimbitnya kalau-kalau Suffi menelefonnya. Para tetamu yang datang ke majlis itu tidak dipedulikannya, termasuklah Amilia dan Firdaus, sepupunya serta adik kesayangannya Firdaus, Juliana. Pelik melihat tingkah laku Aydil yang masam mencuka itu. Masing-masing tidak berani menyemarakkan lagi api kemarahan jejaka tersebut.

Dalam kesibukan para tetamu menjamu selera, tiba-tiba mata Aydil tertancap pada kelibat seseorang yang dikenalinya sedang berpelukan dengan mamanya, Datin Sri Rohani. Suffi? Kenalkah Suffi dengan mamanya? Tidak berkelip mata Aydil memandang drama sebabak yang tertayang di hadapannya sehingga dia tidak menyedari mamanya berdiri tegak di hadapannya.

“Dyl….jauh bermenung?” Datin Sri Rohani menepuk bahu anak kesayangannya.

“Eh..mama, ada apa ma?” Aydil pura-pura bertanya mamanya sambil menjeling ke arah Suffi. Tak sangka cikgu comel itu sanggup datang ke majlis tersebut.

“Dyl…ni ha..mama nak kenalkan Dyl dengan tetamu istimewa mama. Dyl ni Suffi, Khaleeda Suffiyah. Mama kenal Suffi masa sama-sama beli barang dapur beberapa minggu lepas. Suffi ni cikgu tau,” Datin Sri Rohani tersenyum memandang Suffi.

“Err…apa khabar? Terima kasih kerana sudi datang. Sebelum tu, mama Dyl pun nak kenalkan kepada mama seorang insan yang sering buat tidur Dyl tak lena belakangan ni,” kata Aydil sambil merenung tajam wajah Suffi. Suffi terkesima. Terasa sejuk seluruh badannya. Suffi berdoa kepadaNya, agar diberi kekuatan pada malam itu.

“Mmmm…siapa Dyl?” tanya Datin Sri Rohani. Risau kalau-kalau orang yang dimaksudkan anaknya itu akan melenyapkan impiannya untuk menjodohkan Aydil dengan Suffi.

“Mama,…Dyl kenalkan insan yang Dyl maksudkan….Suffi. Suffi, kenalkan, nilah mama saya. Suffi, maaf kerana tak beritahu hal yang sebenarnya kepada awak. Saya tak sangka tetamu mama merupakan orang yang saya nanti-nanti,” Aydil tersenyum memandang Suffi.

“Datin Sri…saya,…saya tak sangka Encik Aydil ni….,”

“Suffi…dah…takde apa yang peliknya. Saya pun tak sangka Suffi merupakan tetamu istimewa Aydil dan saya. Dyl….temankan Suffi makan. Suffi jangan malu malu yer…buat macam rumah sendiri,” kata Datin Sri Rohani sambil menepuk bahu Suffi.

Pertemuan dengan Datin Sri Rohani rupa-rupanya bukanlah terhenti di situ sahaja. Selang beberapa minggu selepas itu, Datin Sri Rohani telah menghantar rombongan peminangan ke rumah keluarga Suffi di kampung.

Suffi tidak menyangka sejauh itu seriusnya Aydil untuk memilikinya. Dia akur akan ketentuan Illahi. Suffi tidak menyangka keluarga Aydil dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Ingat lagi bagaimana terkejutnya dia apabila Aydil memberitahu akan niat sucinya itu beberapa minggu yang lalu. Suffi bukan sahaja terdiam malah kata-kata Aydil itu dipandang remeh olehnya. Suffi rasa bersalah mempermainkan Aydil sebegitu rupa.

Sebelum pihak Aydil meminta keizinan untuk beransur pulang, Suffi dengan rendah hati memohon maaf kepada Aydil yang berdiri di sebelahnya. Tersenyum lebar jejaka hensem itu apabila Suffi memohon kemaafan daripadanya. Aydil bersyukur ke hadrat Illahi, mamanya menerima Suffi seperti menatang minyak yang penuh. Aydil tidak menyangka Suffi, gadis comel yang pandai memasak itu rupa-rupanya mampu mencairkan hati mamanya kerana memiliki ciri-ciri menantu idaman Datin Sri Rohani.

Dengan rasa hormat dan kasih sayang, Aydil seterusnya memeluk dan mencium mamanya atas segala pengorbanan yang ditunjukkan.

“Mama, terima kasih kerana memilih Suffi untuk Dyl. Macam mana pun, Dyl nak mintak maaf kerana tersalah anggap pada mama. Pilihan mama untuk Dyl amat Dyl hargai. Terima kasih mama,”.

Berita pertunangan Suffi anak Pak Dollah atau nama penuhnya, Khaleeda Suffiyah binti Abdullah tersebar luas di serata ceruk rantau kampungnya, Kampung Sungai Setoi. Manakan tidak, Suffi, seorang guru yang biasa-biasa, pada pandangan jiran tetangganya, anak kepada seorang penoreh getah telah dilamar oleh seorang anak Tan Sri yang punya kedudukan dan harta kekayaan dari Kuala Lumpur. Terlopong jugalah wartawan-wartawan tak bertauliah yang senantiasa mencari berita hangat di kampung Suffi. Semuanya gara-gara melihat beberapa buah kereta mewah milik Tan Sri Ramli dan Aydil Fahmi, tunangan Suffi memakir cantik di halaman rumah Pak Dollah sewaktu adat istiadat peminangan berlangsung beberapa minggu yang lalu. Sebenarnya agak lama juga Suffi mendiamkan diri, beristikharah sebelum menerima pinangan Puan Sri Rohani. Hampir dua minggu Suffi melakukan sunat Isthikharah untuk memohon petunjuk daripada ArRahman dan akhirnya gambaran Puan Sri Rohani menggenggam tangannya dalam mimpi seolah memberi keyakinan kepadanya untuk menerima pinangan tersebut.

“Bertuah badan dapat menantu orang kaya-kaya,” kata Mak Bedah sewaktu terserempak dengan mak Suffi.

“Baru bertunang kak Bedah, belum la lagi nak kendurinya, Insyaallah kalau ada jodoh tu,” jawab Mak Suffi sambil mengamimkan doa.

“Mana depa kenai? Setau aku, Suffi tu cikgu sekolah ja!” celah Mak Kiah yang terkenal dengan mulut lasernya a.k.a wartawan Kampung Sungai Setoi.

‘Cikgu sekolah ja’ yang ditekankan oleh Mak Bedah itu menyebabkan ibu Suffi sedikit berkecil hati. Mana taknya, bertungkus-lumus dia dan suaminya menorah getah siang malam untuk menyekolahkan Suffi sehingga bergelar guru siswazah. Suka, duka, pahit, manis hanya dia dan suaminya sahaja yang mengetahui, kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang, memandai-mandai pula orang lain mencemuh anak kesayangannya itu.

“Tak taulah aku Kiah oii. Namanya pun dah jodoh. Semua tu kegheja Tuhan,” jawab Mak Suffi ikhlas walaupun dia tahu bahawa jiran tetangganya itu masih belum berpuas hati dengan jawapannya sebentar tadi.

“Sakan no Suffi tu. Jerung besaq dia tangkap. Mat kata, bakal menantu hang tu memang bos besaq tempat kawan dia kegheja di Kelumpo nuu,” Mak Kiah mula bersiaran.

“Kegheja biasa-biasa ja Kiah oii. Aku ni asaikan depa bahagia sampai akhiaq hayat pun dah Alhamdulillah. Gaji Suffi tu pun dah lebih daghi cukup,” Mak Suffi sudah tidak senang akan cerita yang dibawa oleh Mak Kiah wartawan Kampung Sungai Setoi itu.

“Tu la…kalau aku tengok serba seghebi, Jenab anak Bidin tu lagi lawa. Pandai bersolek berhias bagai. Tup tup dapat drebar teksi ja pun. Mmmm…pandai jugak Suffi nooo..,” ayat tak habis Mak Kiah dibiarkan tergantung begitu sahaja oleh Mak Suffi kerana malas hendak melayan jiran tetangganya yang memiliki hati mengalahkan jin Afrit itu. Cik Joyah janda yang mendengar kata-kata Mak Kiah tiba-tiba sahaja menyampuk,

“Jenab tu lain Kiah oiii,…mana tak dapat dreba teksi, sekolah darjah nam pun tak abis. Kegheja kilang ja pun. Tu pun kleena [cleaner]. Lain la si Suffi, dia tu keluaq universiti mesti la dapat yang sama padan,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience