BAB 3

Romance Completed 7786

Suffi yang sudah berpeluh-peluh itu tersenyum memandang Firdaus tanpa menyedari ada sepasang mata yang asyik merenungnya sedari tadi.

Aydil yang duduk di sebelah Firdaus diam membisu sambil mendengar ucapan yang disampaikan oleh bapanya, Tan Sri Ramli. Tak terlintas sedikitpun dalam hatinya untuk menyertai bapanya duduk bersama tetamu kehormat yang lain. Sikapnya yang bersahaja menyebabkan ramai yang tidak tahu status sebenar Aydil. Aydil yang sedari tadi kepingin untuk menegur Suffi akhirnya memberanikan dirinya untuk berbuat demikian.

“Cik Suffi ngajar di mana?” tanya Aydil sambil merenung tajam wajah Suffi.

“Ampang,” jawab Suffi sepatah.

“Dah lama jadi cikgu? Ngajar subjek apa?” tanya Aydil sambil tersenyum.

“Baru tiga tahun ngajar. Err saya cikgu Sejarah,” jawab Suffi sambil matanya memandang Aydil. Suffi terkesima apabila tertangkap dek mata Aydil yang sedang merenungnya. Kedua-dua pasang mata itu bertaut lama, sehingga menyebabkan kedua-dua insan itu terdiam sejenak, bak sedang dibuai mimpi yang indah.

“Ehem..ehem….Dyl, Tan Sri Ramli mintak kau naik ke pentas la,” celah Firdaus apabila mendapati sepupunya itu masih tidak berganjak daripada tempat duduknya.

“Hah…Opps..,” Aydil terkejut lalu bangun meninggalkan meja hidangannya menuju ke pentas utama.

Suffiyah yang masih malu-malu untuk berbicara terpegun mendengar ucapan yang diberikan oleh Aydil bersempena majlis makan malam itu. Pandai jugak mamat poyo ni berucap yer, bisik hati kecil Suffi.

Usai ucapan yang diberikan oleh Aydil, para jemputan dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan. Terpesona Suffiyah melihat makanan yang dihidangkan di hadapannya. Almaklumlah…budget mahal, sudah tentulah segala makanan boleh ditempah. Bezanya dengan jamuan yang diadakan di sekolahnya yang biasanya makanan akan disediakan oleh tauke kantin sahaja. Paling sedappun, nasi briyani, nasi ayam dan sate. Suffiyah tersenyum sendiri sebelum dikejutkan dengan satu suara di sebelahnya.

“Apa yang Cik Suffi senyum tu? Biar saya ambilkan fish fillet dan butter prawn. Rugi tak rasa. Sedap tau,” celah Aydil sambil meletakkan pelbagai jenis makanan di pinggan Suffi.

“Eh….Encik Aydil, susah-susah jer. Saya boleh ambil sendiri. Depan ni jer pun,” balas Suffi sambil tersenyum malu.

Tingkah laku Aydil yang asyik melayan Suffi makan menyebabkan semua mata yang ada di sekeliling meja hidangan itu memandang ke arahnya. Amilia dan Rozaini yang tersenyum memandang gelagat Suffi yang sudah tidak keruan itu akhirnya ketawa sesama sendiri apabila disiku oleh Suffi yang duduk di sebelahnya.

“Err..Encik Aydil….dah banyak sangat ni..kalau saya makan lagi boleh pengsan ni,” bisik Suffi kepada Encik Aydil yang sedang menikmati hidangan di hadapannya.

“Kalau tak boleh habis, biarlah di situ…nanti saya habiskan,” Sempat lagi Aydil mengejitkan matanya kepada Suffi yang berada di sebelahnya.

“Dyl…asyik-asyik Suffi jugak yang kau layan…aku?”usik Firdaus sambil tersengih memandang Aydil yang menjegilkan mata kepadanya.

Sebelum majlis berakhir pada malam itu, sempat lagi Aydil memesan agar Suffi menghubunginya. Suffi yang terkejut akan permintaan Aydil itu hanya tersenyum memandang Aydil sebelum meminta diri untuk pulang bersama-sama dengan Ami dan juga Zaini.

“Weiii…tak sangka orang tu dah ada peminat,”Rozaini ketawa selepas mereka bertiga menaiki kereta.

“Aaa la…aku rasakan Suffi, bos aku tu suka kau la,”Ami menokok tambah sambil mentertawakan Suffi. Ternyata Amilia dan Rozaini sangat gembira apabila teman mereka yang pemalu itu ada yang ingin menyunting.

“Yelah korang…Sapa la aku ni nak digandingkan dengan bos Ami tu. Lagipun, korang jangan la dok perasan sangat. Tak nak la aku…..nanti tak pasal-pasal jadi Cinderella pulak. Mustahil la sangat orang yang cukup pakej macam bos kau tu takde yang berkenan. Ntah-ntah Datin Sri dah stand by dua tiga untuk anaknya itu. Hish korang ni….,” getus Suffi tidak suka dirinya dikaitkan dengan Aydil yang dirasakan seperti langit dengan bumi itu. Malas untuk memikirkannya. Buang masa aje.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience